Seronok juga mengikuti perkembangan politik negara. Walaupun bukan orang politik, suasana berpolitik sikit sebanyak meledakkan semangat untuk turut serta berkempen demi anak2 bangsa tercinta.
Kalau boleh biarlah kita mempunyai wakil rakyat yang berwibawa. Wakil yang sentiasa menunjukkan sikap dan teladan yang baik. Wakil yang bekerja bukan untuk tembolok sendiri tapi bekerja demi rakyat. Sepertimana ibu bapa yang bekerja demi anak2. Kepentingan dan kebajikan anak2 adalah paling utama. Ketika anak2 sedang membesar disitulah kita berada.
Saling menyimpan amanah rumahtangga. Biar badai melanda, berpisah kita tidak sekali, bercerai kasih apatah lagi. Semuanya gara2 mengorbankan hidup demi anak2.
Begitulah juga orang2 berpolitik. Setelah menunaikan tanggungjawab hakiki, mereka memikul amanah lebih besar demi ugama, demi bangsa merdeka dan demi tanahair tercinta.
Kalau isteri pun tak boleh nak tegur, mampukah dia jadi orang politk terunggul?
Kalau asyik jadi pengampu, mampukah dia jadi pentadbir telus?
Kalau asyik berhias cantik, ke mana hiasan itu hendak dibawa?
Kalau asyik mengumpul harta, bukankah dia pengkhianat umat ?
Semuanya gara2 hilang jati diri bila berkuasa. Orang politik kena mantap akidah, kena kuat berpegang pada ugama dan adat resam bangsa.
Sebab itu DAP semakin mantap. Sepertimana sebuah rumah orang cina mampu dihuni banyak keluarga. Tokong2 cina adalah pusat rakyat cina menjana dan mengagih kekayaan. Sekolah2 swasta cina lengkap dengan segala kemudahan.
Orang melayu yang nak berpolitik kena banyak belajar mengutip ilmu dalam masyarakat cina.
Orang2 cina memberi kelebihan pada sang bapa sedang ugama kita memberi kemuliaan lebih pada ibu.
Rumah orang2 cina bukan Islam meletakkan tokong sembahyang ditengah2 ruang tamu. Tanda hormat secara langsung pada nenek moyang.
Ada sejarahnya pada yang mahu belajar kelebihan berugama bila kita meletakkan Islam agama pegangan.
Kenapa orang2 melayu semakin lemah ikatan kekeluargaan. Saling tidak hormat sesama ahli keluarga apatah lagi ibu bapa. Macamana rapuhnya ikatan kekeluargaan begitulah juga senario orang2 melayu berpolitik. Jangan hanya tahu sembahyang tapi tak faham kenapa kita wajib bersembahyang. Jangan hanya pandai mempertikaikan makna solat dan sembahyang sedangkan hakikatnya kedua2 bahasa itu memberi maksud sama.
Bermusuh sesama sendiri, mengata dusta, mengaibkan mangsa tanpa menghiraukan dosa pahala. Bila emak dan bapa terlalu takut pada manusia, macamana nak melahirkan orang2 politik yang takutkan Pencipta yang Esa.
Aku mengingatkan diriku dan anak2 cucu supaya jangan mudah lupa diri, lupa asal usul, renunglah semula sementara ada tenaga dan ada kuasa yang Allah pinjamkan. Ingatkanlah mak bapa dalam doa kita selalu.
' Ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil'
Sedih juga melihat UMNO yang menabur beribu2 janji demi mengekalkan kuasa. Agaknya, macam tu lah juga mereka mendidik anak2 dengan mengikat seribu janji. Akhirnya lahirlah duplikasi.
Tahniah Pada PAS, PKR dan DAP yang berjaya menambat hati rakyat yang dahagakan pendidikan ruh, jasmani dan akal.
Kalah menang adat pertandingan. Kalah bukan bermaksud tewas tapi permulaan segala kelangsungan dalam perjuangan.