Dr Lo'Lo' pulang ke Rahmatullah
pada pertengahan Syaaban mulia. Berita pemergiannya memeranjatkan
seantero negara khususnya para muslimat yang sedang gigih berjuang
dijalan Allah. Innalillah...
Hiba
memandang suasana ribuan yang hadir membanjiri tanah perkuburan
bersemadinya Dr. Lo' Lo'. Walaupun tidak pernah mengenal Allahyarhamah
secara peribadi, sekadar mengenali cuma melalui alam maya sudah cukup
meninggalkan kesan dijiwa, mengenali siapa sebenarnya wanita hebat ini,
Sri Kandi negara. Namanya cukup unik yang membawa maksud permata mahal
dari laut dalam menjadikan dia lambang wanita istimewa.
Jadilah
wanita yang berilmu dan berpengetahuan seperti Dr. Lo' Lo'.Wanita
Qanaah. Jika tidak, bila cinta pada dunia sudah berlebihan, wanita
khususnya mudah dipersenda. Carilah teman dalam kalangan orang2 yang
merdeka akalnya, yang mulia akhlak dan apabila mendengar, dia hanya
diam. Seperti seorang doktor yang sebenarnya tahu ubat sebenar ada dalam
dirimu tapi tidak engkau amatinya selalu. Penyakitmu adalah dari kamu
tapi kamu tidak mencatatnya bagaimana terjadi. Sesungguhnya hindarilah
kemasyhuran kerana bila sudah terbenam didada bumi yang sepi, tinggallah
kita seorang diri.
Hakikat
redha sebenarnya adalah bila kita berperasaan sama biarpun ketika
ditimpa musibah maupun ketika mendapat nikmat. Rasa terpanggil untuk
menulis catatan tanda kenangan rahsia keindahan Lo' Lo' seperti kata
Ibnu Abbas;
'
Sabar dalam agama kita ada tiga peringkat. Tahap pertama, sabar dalam
melaksanakan kewajipan yang akan mendatangkan pahala 300 ( Tiga ratus).
Sabar kedua adalah terhadap apa yang diharamkan oleh Allah akan
menghasilkan pahala 600 ( Enam ratus). Terakhir adalah sabar pada
permulaan terjadinya musibah pahala baginya 900 ( Sembilan ratus )'
Berilmu,
berpengetahuan apatah lagi bila beramal bagi simiskin tanda dirinya
sudah pun kaya. Bagi orang2 kaya pula berilmu dan beramal jadi perhiasan
hidup mereka. Masing2 sudah bersiap sedia menemui Allah bila2 masa
sepertimana perginya Dr Lo' Lo' tanpa banyak bicara seperti sudah
bersedia. Pemergiannya ditangisi dan di insafi oleh tiap insan yang
pasrah seperti pasrahnya Ismail. Insan yang sabar seperti sabarnya Ayub,
insan yang bermurah hati seperti kemurahan hati yang dimiliki Ibrahim.
Insan yang berkemampuan berkomunikasi secara simbolik seperti kemahiran
Zakaria, bersikap menjauh diri seperti Yahya, berpakaian pahlawan
seperti Musa, hidup berpengembara seperti Isa dan sudah tentu insan yang
memiliki kerendahan diri seperti Muhammad. Terbuka ciri2 Lo' Lo' yang
teristimewa.
Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali.
Al Fatihah.