Tak lari dari topic entry semalam.
Ibu mithali....Ibu sejati...Tonggak pada keluarga bahagia...Kaulah pendidik pembimbing pengasuh.
Alhamdulillah aku di pertemukan Allah dengan seorang wanita solehah.
Di ruang menunggu HUKM, seorang wanita berpurdah mundar mandir ke hulu kehilir sambil menolak kerusi roda, mungkin suaminya bergegas menuju surau..
Lama selepas itu, dia singgah duduk disebelahku. Berehat sebentar setelah penat menghantar bapanya pula ke surau.
Dia menyapa ramah mesra. Sempat juga menceritakan perihal anak-anak. Pandangan matanya tajam, menyelinap masuk ke sanubari biarpun renungan hanya disebalik purdah hitam..
Benarlah kata orang, kecantikan seorang wanita, bukanlah dari pakaian yang di kenakannya atau susuk badan yang ditampilkan.
Kecantikan wanita harus dilihat dari matanya kerana disitulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.
Terpegun melihat matanya yang bersinar-sinar lalu kelu untuk berbalas kata hanya mengangguk kepala sehinggakan tak sempat bertanyakan nama. Tidak sempat pula bertanyakan tentang anak-nak yang lain kerana dia sedang mengejar masa.
Apa yang sempat dia beritahu, anak-anaknya sembilan orang..SUBHANALLAH !!( Sesungguhnya wanita yang ramai anak di kasihi ALLAH ) anak-anaknya bebas membuat pilihan. Sebagai ibu saya sudah buat yang terbaik dan saya juga mahu anak-anak buat yang terbaik dalam memilih kerjaya asalkan semuanya dengan niat to serve mankind. ( Power giler ayat yang di lontarkan )
Anak sulung seorang Hafiz.,yang ke 2 engineer.,yang ke 3 Hafizah.,yang ke 4 Dr. Gigi yang ke 5 seorang peguam. Akhir kalam dia mengingatkan anak-anak kecil bersih seputihnya. Tanggungjawab kita nak colourkan mereka. Kita yang bertanggungjawab mewarnakan.
Terpesona hamba pada kata-kata dari siapa gerangan yang dihadirkan Tuhan didepan mata walaupun hanya sepintas kenangan.
Mesej dari ilham semalam.
Maha Suci Tuhan menemukan aku dengan IBU MITHALI.
" Perempuan( Ibu ) adalah madrasah pertama yang membentuk dan memformatkan model generasi, bagaimana cara pengarahan yang diterima seorang anak itulah yang menentukan perjalanan bangsa dan umat "
- Imam Hassan Al Bana.