Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

Sampai bila....

Akan tiba waktunya nanti. Entah sampai bila lagi aku sendiri tidak pasti. Aku belum bersedia lagi wahai Tuhanku. Banyak lagi hutang yang belum dilangsaikan samada berhutang dengan manusia mahupun dengan Tuhanku.

Mudah2an Dia lepaskan aku dari bebanan ini sebelum aku dijemput pulang menemuimu wahai Tuhanku. Sayu hati tatkala setiap Jumaat jika tiada aral aku kepusara bonda. Pusara yang tempat sepinya jasad bersemadi. Walaupun ribuan nesan terpacak kemas, ada juga yang senget benget namun yang hadir disisi hanyalah manusia yang sama, yang serupa, yang setia, yang ada masa, yang tak de kerja yang dekat dimata.


Nun dihujung sana ada pusara anak kecil yang tiap kali tidak pernah walau sekalipunku lihat ibu bapanya tidak hadir menziarah pusara anaknya. Membaca yasin, mengemas kubur agar bersih selalu. Kira ibunya aral, bapanya akan keseorangan mengalunkan bacaannya untuk dikongsi bersama penghuni tetap disitu yang tak nampak dimata namun hadir dihati manusia bernyawa.


Bukanlah untuk menyalahkan sesiapa yang tidak berkunjung. Sesungguhnya kehadiran kita menziarah pusara bukan untuk kepentingan sesiapa malah satu pengajaran dan petunjuk untuk diri kita sendiri. Mendidik rohani supaya tidak mati.Mengambil iktibar apa itu mati.


Seperti jugak bacaan Talkin, bukan untuk simati tapi yang masih hidup yang ada disitu. Sampai bila lagi nak melihat yang mati itu tiada memberi impak maksima. Samalah juga tatkala menziarahi pusara.


Semakin kita taat melihat nesan2 terbentang luas, pusara nyaman lagi sepi, pohon2 segar dan layu terkulai diatas batas2nya, semakin pilu rasanya hati. Sampai bila lagi aku harus ke sini. Tak sanggup rasanya nak ku biarkan bondaku tidak dikunjungi sedang aku punya masa selesa.


Pohon pandan yang Kak Ani tanam hidup subur lalu aku tidak perlu menghiris pandan dari rumah. Mak memang suka wangi. Mak suka bersih. Periuk mak sentiasa berkilat. baju mak cerah2 belaka tiada yang luntur, mak cukup jaga bab makan dan pakai. Mak jaga kesihatan sendiri, mak minum anlene, mak tak pernah tinggal pharmaton.Pendek kata di usia 83 mak tak pernah mengharap ehsan sesiapa. Segalanya mak buat sendiri. Aku cuma tukang belinya saja.


Keupayaan mak sukar ditemui dari orang2 tua sebaya mak. Jadi seharusnya mak berada ditempat paling tinggi dihatiku. Segala kenangan bersama membuatkan aku tak sanggup lagi untuk tidak menziarahi pusara mak sedang aku diberi waktu dan kesempatan.


Dengarlah pantun mak,


Tenang air nampak dikali,
Tenang dihati terpancar diwajah.
Sudah diuji berkali-kali.
Maknanya kita dicinta Allah.



Mak balik sehelai sehelai sepinggang. Aku langsung tak punya apa bahkan RM 10 yang ada pun duit mak.Ada yang tergamak tanya depan jenazah mak...ada ke duit nak simpan mak. Belanja kebumi mak RM 930.00.

Aku yakin pada cinta Allah yang tidak akan membiarkan jasad mak busuk.

Aku kata Ada...dia tanya lagi, betul ke ada..aku kata aku ada padahal hanya pada Allah aku berserah.


Allah Maha Melihat, tanpa lengah lagi bantuan datang secepat kilat, bukan setakat wang ringgit. Segala khemah diberi percuma. Jiran tetangga setia bersama bahkan pak imam jiran terdekat menguruskan segalanya sempurna dan pada malamnya dimasjid dia sendiri mengepalai tahlil.


Persekitaran mengajarku untuk tidak jadi hamba duit. Ada yang menghina bila kita tidak berduit namun aku peduli apa. Teman setia masa menangis itulah teman sejati.Aku memang tidak punya siapa2 tetapi aku bersedia menjadi teman bagi mereka yang kehilangan, yang sedang berduka nestapa yang dalam gundah gulana namun yang pasti aku tetap ceria malah akulah tok guru mereka. Seharusnya tok guru kena in better position and best performance.


Walaupun adakalanya tok guru sendiri langsung tak berduit. Percayalah...kekuatan sebenar bukan pada duit ringgit. Aku terima segalanya dengan redha dan berlapang dada. Aku yakin ada sebab mengapa kita diuji. Semua ujian jika ditempuh dengan sabar ganjarannya SubhanAllah...Alhamdulillah....AllahhuAkbar.



Esok hari Jumaat. Mudah2an tak hujan. Dapatlah lagi berkunjung kehalaman teman2 yang mendahului khususnya ke halaman pusara Qaseh Bonda.Padanlah setiapkali kita melintasi halaman pusara walau dimana kita berada kita dipesan untuk mengucapkan salam dan menghadiahkan Fatihah. Sesungguhnya kita tidak akan tahu dimana bakalnya tempat bersemadi tapi yang pasti teman2 lama sudah setia menanti dimana saja kerana mereka sudah cukup mengenali suara hati. Tentunya kita disambut mesra kerana membantu merehatkan seksaan untuk seketika.


Sampai bila lagi aku dapat menghantar pahala khatam Al Quran  Menghantarkan Fatihah, Qulhu dan memanjatkan doa serta mengirim pahala kebajikanku jika ada untuk kedua orang tuaku.


Love does not make your world go round and round. Love makes your ride worthwhile. 

Thursday, October 7, 2010

Tiga Talian Hayat

Isa a.s. mengingatkan manusia hayat diuntukkan pada asas tiga perkara.

' Tiga hari, tiga saat dan tiga nafas '

Hari yang berlalu, apakah masih ada hari esok bagi kita. Hari ini pula bagaimana kita menfaatkan. Sesaat yang lalu, sesaat yang tak pasti, dan saat ini yang kita berada di dalamnya. Syukur kita masih bernafas, apakah ada peluang untuk kita bernafas lagi esok. Usah di sia2kan nafas hari ini pada yang mahu mengerti.  Bila jantung sudah berhenti. Cukup bernafas sampai disini.

Dari Abu Bakar r.a.

' Sesungguhnya berdiri iblis didepanmu, jiwa berada disebelah kananmu, nafsu disebelah kirimu, dunia dibelakangmu, semua anggota berada disekitarmu sedang Allah s.w.t. berada di atasmu'

Untuk tidak terbawa2 dengan iklan tiga dalam satu, ikan tiga rasa. rangkaian tv3 dan segalanya keseronokan yang mengaburi mata, sila pastikan talian hayat kita di aktifkan bersama kekuatan emosi, mental dan fizikal.

Aku, Dia dan Lagu kaedah tiga dalam satu paling berkesan dalam merapatkan hubungan diantara ruh jasad dan akal dalam mengenal diri yang hakiki.

Orang bukan Islam cukup yakin pada hayat yang akan datang.

Cukuplah orang2 melayu saling ingat mengingat, pesan berpesan dalam kebenaran dan dengan kesabaran. Keindahan bahasa melambangkan bangsa, keluhuran budi peninggalan nenek moyang kita  sepatutnya menjadi sumber kekuatan abadi seperti kata pantun melayu:

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik dikenang juga

Islam. sains  dan seni melengkapkan maksud ungkapan indah SenTuhan bagi melahirkan insaniah yang kaya dengan budi, luhur dengan pekerti beriman, berilmu, beramal.

Sementara hayat masih ada, fikir2kanlah masterskill yang di anugerahkan itu untuk siapa sebenarnya.

Rebutlah peluang dengan talian bertahajud, pengikat anugerah cinta.

Friday, July 2, 2010

Love, Dance, Sing n Live




Love as though u never been hurt before

Dance as though no one is watching u

Sing as though no one can hear u

Live as though heaven is on earth

Sunday, June 20, 2010

Bunga rampai

Aroma semula jadi mengekalkan haruman tradisi.


Hiris dedaun pandan sehalus munkin
Campurkan bersama bunga2 melor atau apa saja kuntuman yang mudah dibeli dijalanan
Titiskan haruman pilihan
Masukkan kedalam bekas2 kecil yang comel2 yang terbiar begitu saja
Tempatkan disemua sudut yang dirasakan perlu
haruman pandan menyegarkan suasana
mengembalikan nostalgia
menyamankan minda
mengingatkan kita pada
Qaseh lama
Kasih sayang
ayahbonda

Wednesday, June 2, 2010

Gender dan janda.

'Memang lidah tak bertulang...tak terbatas kata2...tinggi gunung seribu janji...lain dibibir lain dihati'



Bahasa orang sekarang cakap tak serupa bikin.

Dalam Quran ada ummul kitab

Dalam rumah ada ibu rumah.

Ibu teras utama kekuatan akar pohon keluarga.

Bila Ibu nak jadi bapa, nak jadi guru tak minat jadi murid...nak jadi doktor lupa satu hari dia jadi pesakit...dah jadi menteri lupa tanggungjawab jadi bini....nak jadi itu nak jadi....menjadi hakim dan menjatuhkan hukum bukan ditangan ibu.

Ibu usah lupa pada fitrah asal kejadian orang perempuan

Sampai kiamat ibu membiarkan anak2 seperti dalam buaian bila sibuk dengan isu2 gender dan mengada2 bila jadi janda.

Kenapa Muhammad memilih Khadijah.

Kenapa ada Aisyah.

Kenapa Allah jadikan Fatimah.

Bukan emas dipandang orang.

Nabi S.A.W. bersabda:

' Sesungguhnya di antara pokok ada satu pokok yang tidak gugur daunnya dan dia adalah seperti seorang muslim, beritahulah aku pokok apakah itu '

" dan pohon kurma yang tinggi2 yang mempunyai mayang yang bersusun2 "

( Qaf : 10 )

Thursday, April 1, 2010

Diari kelmarin

Seronok bila bercerita tentang pasangan tua yang semakin hari semakin intim bagaikan bunga dengan tangkainya. Saling berpaut pada yang satu, selagi hayat masih ada.

Kelmarin sewaktu bersama abang Bakar dan isteri, tersentuh rasa dihati mengusik disanubari. Suami yang tanpa jemu menjamu isteri bagaikan tetamu. Isteri yang seakan tidak bermaya tetap ceria tanpa sengketa. Suami mengurus segalanya biarpun sudah lewat usia abang Bakar masih perkasa menguruskan rumahtangga. Memasak sudah memang kepakaran...mencuci pakaian, membersih laman bahkan segala2nya suami berbakti tanpa jemu. Yang terukir jelas hanya senyuman dan sekali sekala menjengah isteri apa mahunya lagi.

Andai salah satu yang pergi dulu, tak dapatku bayangkan apa akan jadinya nanti.

Terkenangkan kakak sulongku menjaga suami yang cuma ada nyawa. Terbaring diatas katil tanpa nada suara. Masa mudanya hebat sekali. Garang dan bengis sudahlah pasti. Bila terdampar begini, isteri masih setia melayan suami.

Tersenyum sendirian bila terkenangkan kekandaku ini...yang bijak menyembunyikan segalanya dilubuk hati.

Sambil memapah suami kebilik mandi sempat juga menghiburkan hatinya yang sunyi dengan alunan suaranya yang sepi.

' Merpati dua sejoli...terbang dua sekawan...dimana matahari....disitu pula bulan'

Begitulah diakhir2 kehidupan manusia. Masing2 punya cara berbeza dalam menghabiskan sisa2 hidup yang cuma sementara.

Hamba berdoa mudah2an hidup kita di akhiri tanpa menyusahkan sesiapa.

Semua ini mengajar kita rasa keinsafan dan belas kasihan kerana segala yang bermula dan berakhir dengan kesudahan yang baik adalah dengan mengikat tali hubungan mesra dengan ibu bapa.

Sandaran paling utama dalam meniti dunia pancaroba.

Persembahan akhir drama kehidupan apabila kita sedar tiada kasih yang lebih bermakna melainkan kasih ibu yang membawa ke syurga.

Diari kelmarin ini mengingatkan kita supaya tidak leka menyempurnakan tanggungjawab pada ibu bapa biarpun sudah tiada lagi disisi, keduanya seperti wali keramat yang tidak mati.

'Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
kasihnya saudara
masa berada '

Al Fatihah dikirim khusus buat ibu bapa tanda cinta yang tidak terhingga.

Sekali dikirim rasa tak puas
Sepuluh kali tak cukup lagi
Pengorbanan ibu tidak terbalas
113 kali kiriman Al Fatihah sehari sudah akan cuba dikirim hari demi hari, InsyaAllah.

Diari 2007

Masjid lama


Kukuh pembikinanya. Tegap berdiri walau dimamah usia.Lambang sebuah rumahtangga.

Bila teringatkan suara kak yam bergurau senda bersama suaminya En. Zamberi sambil mengekek2 ketawa dalam kelambu...dihati berbunga selalu...alangkah bahagianya pasangan veteran ini.

Ada lagi kah pasangan yang macam tu??? Nabi kita ada tinggalkan pesanan;

' Segala sesuatu yang tidak mengingatkan kepada Allah adalah sia2 dan main2 kecuali 4 perkara. Salah satunya seseorang yang bergurau dengan isterinya'

Begitu hebatnya gambaran gurauan suami isteri lambang cinta Ilahi.

Tidak mustahil bagi seorang isteri yang mampu menggerakkan hati suami untuk ketawa berdekah2.

Begitu juga orang2 muda kena belajar ilmu berkasih sayang dari orang2 lama yang nampak bahagia dimata sepertimana ungkapan dari mata turun kehati lalu terpancarlah seri.

' seri, seri cahaya hai naik ke muka, tak ubahlah pinang dibelah lah dua '

Hati milik Allah seumpama masjid yang dibina atas dasar cintakan Allah.

Sama2 kita saling mencari redha Ilahi dengan melihat pada keutuhan masjid2 yang lama terbina.

Sunday, February 21, 2010

Pendengar setia

' Sudah sekian lama aku jadi pendengar yang setia. Berulang2kali dimainkan segala yang tersimpan. Ada cerita ceria, duka nestapa penglipur lara. Tidak kurang juga beralun irama kisah cinta yang tiada kesudahannya. Sampai masa segala rasa inginku kongsi bersama dimaya ini.'

Yang tidak pernah tua dalam diri kita adalah suara. Walaupun berkurun tidak bersua namun suara kekal serupa sampai bila2.

Kita munkin lupa pada raut wajah ayu yang manja bila sudah dimamah usia...mana munkin manusia luput lupa pada suara yang mesra.

Suara2 juga yang membuat ramai manusia bermuram durja, merasa tidak selesa, rimas disini sana gara2 gangguan suara.

Belajarlah memiliki suara yang lunak didengar anak2...bijak melantunkan nada...berdiam tanda marah...bukan berleter ungkit mengungkit sehingga menimbulkan rasa jemu dan marah lalu ujud pelbagai kerenah biadab akibat bahang yang ditimbulkan dari gerak suara.

Bermula suara tangisan pada tanda kelahiran dan berakhirnya hidup manusia bila sudah tidak bersuara lagi. Hanya tangisan yang mengiringi jika ada, pada yang menyayangi perjalanan hidup yang pernah dilalui bersama.

Segala2nya bermula dengan suara yang berada didalam rumah.

Lain pula jadinya bila cinta yang lahir atas dasar saling percaya dan saling mengerti, tanpa bersuara atau tanpa kata2 adalah tidak perlu sama sekali.

Monday, January 18, 2010

Istilah Cinta

Ada yang kata perkahwinan satu perjudian...ada pula namakan hubungan suami isteri seperti daki luar kulit...ada yang gelar isterinya lauk.

Apa pun gelaran hatta nak panggil apa pun percayalah yang perkahwinan satu ikatan suci...yang disatukan dalam adunan mengikut citarasa...yang ditemukan dari pelusuk dunia dalam anika ragam perangai untuk dicantumkan menjadi satu hala tuju.

Beruntung orang yang beristeri cantik, awal2 lagi dia dah dibekalkan dengan pakaian yang menarik...isteri yang hodoh pula kena pastikan suaminya sentiasa berpakaian kemas dan cantik... isteri pakaiannya suami sepertimana ilmu pasangannya akal.

Disinilah bermulanya teras pokok perkahwinan...terpulanglah pada pengusaha tanaman bagaimana nak menyemai tanaman yang diciptakan...bajalah selalu dengan senyuman...sabar paling utama dalam menentukan hidup matinya pokok perkahwinan...sampai masa merimbun membuahkan hasil yang lumayan untuk dipetik.

Sayangnya ramai orang2 sekarang ambil mudah...cepat putus asa...tak nak mengalah...baru nak cambah benih dah tak sabar2 nak kutip hasil...tanpa rasa bersalah pada benih2 yang tumbuh...itukan amanah Tuhan...nak uji manusia menjaga ladang dunia dalam perjalanan ke akhirat.

Bila pohon masih tak menjadi...mengadulah pada Pembuat diri...yang Mengaturkan tanaman ini. Salahkan diri selalu...berdosakah hamba kerana lalai menyiramMu...sebelum salahkan orang lain kenapa kita tak bahagia dengan tanaman kita, kena tanya diri kenapa agaknya aku tidak berhak untuk menikmati hasil tanaman ini.

Apakah sudah tiada lagi cinta untukku???

Bila ada cinta kena lepaskan cinta bebas...biar jiwanya mengembara...melepasi tembok tinggi yang memerangkap diri...cinta tidak boleh ditakluki, tidak juga boleh dikuasai...cinta itu merdeka.

Terciptalah keindahan dalam ikatan perhubungan antara manusia dan tanam2an...dah siram sepenuh hati..dah dibaja dengan senyuman secukup rasa...sudah diikat dengan sentuhan sepenuh jiwa..apa yang tinggal adalah doa bertawakkal...InsyaAllah!! akan terbitlah bunga2 cinta seperti warna2 pelangi.

Indah jadi kehidupan ini bila manusia saling kenal mengenal tentang hubungan..cinta, Qaseh dan sayang sesama insan.

Kuatkanlah Istilah bercinta dengan air mata gembira.

Tuesday, December 8, 2009

Pemberi atau penerima

' Tangan kanan memberi,sorokkan tangan kiri,derma bukan tontonan, lakukan dalam sepi '

Semua bercita2 nak jadi pemberi...hina jadi penerima...lalu dihitungkan semua yang diberi satu persatu.

Tanpa menyedari sebelum dia dianugerahkan untuk menjadi pemberi..dia adalah penerima dari yang Maha Memberi..Pemberi segala nikmat.

Saat aku terkenang pada ibu yang hanya tahu memberi tidak pernah menerima.

Sedang aku hanya mampu sediakan teh dan roti bakar untukmu bersarapan.

Terimalah doaku wahai Tuhan yang Maha Mendengar.

Ampunilah hambamu yang tidak berdaya ini.

Tuesday, December 1, 2009

Kain Batik Panjang

Hari ni hari Selasa...hari kenangan silam...untuk mengingatkan aku tentang mati.

Ramai yang lupa tentang kepentingan kain batik panjang...arwah ibu mertuaku paling gemar memakai baik panjang...dirumah dia sentiasa selesa berbatik panjang.

Bila bapa mertuaku meninggal dunia...aku lihat betapa pentingnya keperluan kain batik panjang...aku kagum melihat segala berjalan lancar dengan adanya batik2 panjang.

Nak buat tirai nak buat serba serbi lebih mudah dengan adanya batik panjang apatah lagi nak menutupi jenazah.

aku mengingat diri aku dan diri kawan2ku supaya jangan kita lupa pada batik panjang

aku mula mengumpul tanpa tujuan sekadar memang minat pada batik panjang...tiap kali memandang ibu mertuaku berbatik panjang...terselit rasa dihati...begitu anggunnya wanita itu tapi mampukah aku berbatik panjang saban hari.

Tiba satu pagi Selasa...aku kembali sedar aku perlukan batik panjang...Alhamdulillah walaupun tak sehebat ibu mertuaku tapi aku mampu menyediakan segala kemudahan untuk keperluan di hari kematian ibundaku sayang.

Tuesday, November 3, 2009

Nilai Cinta

Hari ini hari yang cukup bermakna dalam episod Qaseh Bonda, tambahan pula jatuhnya pada hari Selasa. Hari Nostalgia. Hari Selasa hari bondaku diangkat pulang. Tinggal hamba berdukacita pada panggilan tiba-tiba. Demi Tuhan semangat bonda masih membara didada. Bonda sudah melekat dihati. Kekuatanmu sukar dicari ganti. Qaseh ayahbonda, sesungguhnya  wali keramat yang tidak pernah mati. Selagi ada keturunan selagi itu bakti kekal sampai bulan bertemu matahari.

Ya Tuhanku, jadikanlah aku seorang yang mendirikan sembahyang, begitu jua anak2 cucuku.
Ya Tuhan kami..Engkau perkenankanlah doaku.
( Surah Ibrahim ayat 40 )

Bonda mengajarku erti ketabahan. Hakikat mengenal Tuhan bila tahan dengan ujian. Menilai makna qaseh sayang dan erti persaudaraan.

Masih segar dalam ingatan ketika hamba mula belajar menulis dari hati,

' Adakalanya ketidakserasian itu membosankan,lebih2 lagi bila jiwanya tidak sama,kehendaknya juga berbeza lalu perjalanan kehidupan menjadi semakin hambar. Semua itu tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan tanggungjawab kerana matlamat perkahwinan bukanlah untuk memuaskan hati sendiri semata-mata. Banyak lagi hati-hati yang perlu dijaga dan dibaja. Andai si ibu juga mencari jalan keluar dengan cara mudah tentunya akan melebihkan bilangan anak2 yang tidak tahu jalan pulang. Di teruskan hidup ini dengan penuh kesabaran dengan harapan pasti ada kemanisan di penghujungnya nanti.
Dari situ saya belajar dari seorang sifu yang meletakkan kepentingan anak-anak dihadapannya dan sanggup mengorbankan hati dan perasaan kerana kasihnya pada anak-anak. Dari dia juga saya belajar mengenal erti cinta kerana cinta bukan untuk ditangisi tapi untuk dinikmati. Cinta juga bukan membinasakan hidup tapi sentiasa subur menghiasi dan menemani kita dalam meniti kehidupan. Sungguhpun kehidupan yang dilalui itu kadangkalanya agar sukar, begitulah kehidupan. Segala yang melanda tidak pernah diperdebatkan...'

Yang terindah, ' Maafkan ketidaksempurnaan hamba '. Penawar segala nestapa. Thank You Allah!

Allah menemukan jawapan. Jodoh pertama pilihan Tuhan. Kita redha pada ketentuan kita dianugerahkan sumber kasih sayangNYA yang suci. Isteri adalah pakaian suami dan suami adalah pakaian isteri. Saling melengkapkan ketidakseimbangan. 

Renunglah dalam matahati betapa istimewanya anugerah Allah ini pada yang mahu mengerti.

' Wanita yang baik lazimnya untuk lelaki yang baik juga.'

(Surah An Nur ayat 26)

Hari ini genap usia perkahwinan selama 25 tahun. Alhamdulillah!! Hamba panjatkan rasa syukur pada pertemuan ini.

Thursday, October 15, 2009

Belajar sampai mati

Untuk hidup dipandu ke jalan yang lurus kita kena berguru..tak kira ilmu dunia maupun akhirat semuanya kena berguru. Hidup selamat,berkat aman bahagia didunia. Mudah-mudahan menempa syurga.

Beruntung mereka yang cari akhirat semata, dunia jadi pengikutnya.

Bagi kita yang jahil akan terus diuji,di uji dan diuji...sehingga DIA menemukan kita tentang makna CINTA...cinta  tulus lagi suci.

Nak berjaya dalam bisnes kena belajar dengan orang cina..tapi jangan menipu untuk cepat kaya. Ingat pesan tok guru.

Tak kira sifu, mentor,idola atau pun apa gelaran mereka...semuanya memimpin kita ke arah lebih maju...mengeluarkan kita dari kejahilan.

' Barang siapa yang hanya membincangkan soal kehidupan dan alam semata2 tanpa mengenal cinta, ini bererti setengah daripada umurnya masih perlu didewasakan'

Semua ilmu pengetahuan boleh dipelajari kecuali CINTA.

Yang pasti jangan tersasar dari menjadi manusia bertamadun.

Usah berguru dengan buku yang kaku...cukuplah di jadikan teman yang membisu penuh makna.

Berhati2 dalam memilih dengan siapa kita berguru...ramai sungguh tok guru pelita sekarang ni...konon nak terangkan sekeliling sedang di bawah ruang lingkupnya gelap gelita..alim2 pelita.
Yang muda2 pun sibuk dalam menunjuk ajar ilmu agama...cut sana cut sini...copy..copy n paste...

Nak kenal guru sebenar..dia mengajar dengan ikhlas tanpa upah....benarkah begitu??Hanya yang kenal CINTA saja yang mengerti makna sebenar dalam berguru...kadang2 kita tak sedar dengan kanak2 juga kita boleh belajar macamana nak bergurau senda...sebabnya Cinta juga diibaratkan seperti kanak2.

Sebab tu guru ada dimana mana...memang benar pun semakin banyak kita tahu semakin bodoh jadinya kita...kalau tak takkan orang tua2 jadi budak2 balik semula bila sudah tua sebab terlalu banyak yang mereka tahu...akhirnya mereka ingin kembali pada fitrah manusia yang ingin dibelai dan dimanja.

Dengan kucing pun manusia boleh belajar...kalau tak takkan kucing di katakan ada 9 nyawa.tak putus2 membawa pelajaran pada yang mahu mengerti mesej yang nak disampaikan oleh sahabat nabi ini.

Begitulah hidup...jadi marilah sama2 kita belajar...belajar sampai kemati.

Bila dah berumur 60 ke atas tu dah kira subsidi dari Tuhan..berlumba2lah mencari keuntungan hasil dari pelajaran yang kita dapat disepanjang perjalanan hidup ini.

Modal asas yang Tuhan beri adalah nyawa.

Monday, June 22, 2009

Mari Mengaji

Mari mengaji mengenal diri. Mari mengkaji siapa kita. Kenapa kita dijadikan, untuk apa dan kemana kita akhirnya. Bila kita kenal siapa kita, tidak susah bagi kita untuk mengenali orang lain. Menyelami hati dan perasaan mereka lalu terbitlah rasa cinta sesama insan. Komponen utama dalam fitrah manusia adalah CINTA.. Cinta buat kita hidup dan bergerak. Bersama Cinta kita sanggup mengorbankan diri sendiri demi kebahagiaan orang lain. Hidup damai tanpa rasa sunyi bila cinta sudah bertakhta. Kita bahagia dimana saja.

Dua unsur diciptakan kita wahai manusia, unsur lahiriah dan ruhaniah. Lahiriah kita adalah jasad tanah,darah,daging,roma,kulit,tulang,jantung,pedu,limpa dan sebagainya. Unsur ruhaniah adalah persoalan ruh yang berasal dari Allah S.W.T.

Apa yang nak di kenali adalah hati, akal, nafsu dan perasaan kita. Hati ibarat raja, anggota lain adalah pengikut dan rakyat jelata. Baik hati kita baiklah kesemuanya. Ukurlah kebaikan hati dengan iman, ilmu dan amal. Kenalilah akal kita..Hati tempat letaknya iman dan akal tempat letaknya ilmu.

Kita kena kenal perasaan kita yakni nafsu. Di ibaratkan nafsu seumpama kuda liar., Kuda liar biasanya ganas. Bila sering dilatih kuda juga boleh dijinakkan, tak boleh di biarkan berlari sendirian tanpa di pandu.. Jika di abaikan dia akan kembali liar. Begitulah juga kita manusia. Sejauh mana kita dapat mengawal nafsu bergantung pada sejauh mana kita kenal diri sendiri.

Awal ugama mengenal Allah. Bila kita mula belajar mengenali siapa kita. Kita  mula mengenal  siapa Pencipta. DIA adalah Allah yang Esa. Timbul rasa takutkan DIA yang Maha Kaya.  Maha Pengasih, Maha Penyayang. Dalam ketakutan,  bangkit rasa berani, tidak takut dan tidak gentar, DIA sentiasa bersama kita selalu. Dalam takut , terbit rasa rindu, seperti merasakan diri  diperhati dan dijaga saban waktu. Dalam diam kita merayu, merintih, meraih cintaNya.. 99 Nama Allah, nama terindah.  Kita sebut selalu supaya  hidup  kita dipandu. Sesungguhnya semua yang hidup senantiasa memerlukan air. Begitulah juga kita manusia, samasekali tidak boleh berpisah dengan BISMILLAH.

Sebelum kita dijemput pulang ke kampung halaman yang kekal abadi, bersama kita menabur budi, menyemai Qaseh, menuai bakti untuk dibawa pulang berjumpa Tuhan.