Hari ini hari yang cukup bermakna dalam episod Qaseh Bonda, tambahan pula jatuhnya pada hari Selasa. Hari Nostalgia. Hari Selasa hari bondaku diangkat pulang. Tinggal hamba berdukacita pada panggilan tiba-tiba. Demi Tuhan semangat bonda masih membara didada. Bonda sudah melekat dihati. Kekuatanmu sukar dicari ganti. Qaseh ayahbonda, sesungguhnya wali keramat yang tidak pernah mati. Selagi ada keturunan selagi itu bakti kekal sampai bulan bertemu matahari.
Ya Tuhanku, jadikanlah aku seorang yang mendirikan sembahyang, begitu jua anak2 cucuku.
Ya Tuhan kami..Engkau perkenankanlah doaku.
( Surah Ibrahim ayat 40 )
Bonda mengajarku erti ketabahan. Hakikat mengenal Tuhan bila tahan dengan ujian. Menilai makna qaseh sayang dan erti persaudaraan.
Masih segar dalam ingatan ketika hamba mula belajar menulis dari hati,
' Adakalanya ketidakserasian itu membosankan,lebih2 lagi bila jiwanya tidak sama,kehendaknya juga berbeza lalu perjalanan kehidupan menjadi semakin hambar. Semua itu tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan tanggungjawab kerana matlamat perkahwinan bukanlah untuk memuaskan hati sendiri semata-mata. Banyak lagi hati-hati yang perlu dijaga dan dibaja. Andai si ibu juga mencari jalan keluar dengan cara mudah tentunya akan melebihkan bilangan anak2 yang tidak tahu jalan pulang. Di teruskan hidup ini dengan penuh kesabaran dengan harapan pasti ada kemanisan di penghujungnya nanti.
Dari situ saya belajar dari seorang sifu yang meletakkan kepentingan anak-anak dihadapannya dan sanggup mengorbankan hati dan perasaan kerana kasihnya pada anak-anak. Dari dia juga saya belajar mengenal erti cinta kerana cinta bukan untuk ditangisi tapi untuk dinikmati. Cinta juga bukan membinasakan hidup tapi sentiasa subur menghiasi dan menemani kita dalam meniti kehidupan. Sungguhpun kehidupan yang dilalui itu kadangkalanya agar sukar, begitulah kehidupan. Segala yang melanda tidak pernah diperdebatkan...'
Yang terindah, ' Maafkan ketidaksempurnaan hamba '. Penawar segala nestapa. Thank You Allah!
Allah menemukan jawapan. Jodoh pertama pilihan Tuhan. Kita redha pada ketentuan kita dianugerahkan sumber kasih sayangNYA yang suci. Isteri adalah pakaian suami dan suami adalah pakaian isteri. Saling melengkapkan ketidakseimbangan.
Renunglah dalam matahati betapa istimewanya anugerah Allah ini pada yang mahu mengerti.
' Wanita yang baik lazimnya untuk lelaki yang baik juga.'
(Surah An Nur ayat 26)
Hari ini genap usia perkahwinan selama 25 tahun. Alhamdulillah!! Hamba panjatkan rasa syukur pada pertemuan ini.
No comments:
Post a Comment