Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Bukan susah sangat hendak menyebutnya berulang kali. Biar kalimat Ya Allah tetap melekat di hati. Kita ingat DIA masa susah. DIA mengingatkan kita waktu kita senang. Kita ingat padaNYA waktu sendirian. DIA ingat kita di khalayak ramai. Kita ingat padaNYA di khalayak ramai, DIA ingat pada kita dikhalayak yang lebih baik. Begitu tinggi nilai rahmat Allah dan kasihNYA pada hamba yang sentiasa mengingatinya.
Ya Allah !! Antara zikir utama hari Jumaat, peninggalan Imam Ghazali untuk dihayati anak cucu zaman berzaman.
Hari Jumaat penghulu segala hari, basahkan lidah dengan menyebut Ya Allah ! Ya Allah ! Ya Allah.
MUDAH dan INDAH. Tidak kira masa dan ketika berzikirlah Ya Allah !! Nyanyikan lagu dengan kalimah Ya Allah. Sambil memasak, semasa bekerja tidak kira dimana, pasti hari-hari yang dilalui rasa bermakna bila Allah ada bersama.
Hari Sabtu dan hari seterusnya ada zikir khusus yang di sediakan. Asalkan mudah semua boleh berzikir mengikut cita rasa.
Bila jasad penat bekerja. Ruh tetap bersantap Meniupkan kekuatan luar biasa, tidak mungkin ditembusi iblis durjana. Kita susah nak mengubah manusia. Cukuplah kita sendiri yang berubah ke arah lebih baik sambil istiqamah berdoa. Menegur dari dalam hati adalah selemah-lemah iman. Namun yang pasti kita boleh mengubah diri sendiri lebih perkasa, lebih berani.
Solat adalah tiang. Zikir itu dinding yang menutupi segala ruang. Tidak takut dan tidak gentar. Tidak mudah di aniaya atau dipersenda bila kita kuat. Kita bukan saja di segani oleh manusia malah jin-jin yang hadir di persekitaran juga gerun pada manusia berzikir. Iblis dan Syaitan juga akur pada fitrah manusia beramal dengan ikhlas.
Berzikir dalam hati tiada siapa yang perlu tahu. Hanya Allah saja tahu. Allah jadi saksi apa yang ada didalam hati manusia. Sambil bercerita, sambil bekerja, sambil menjamu selera waima sambil baring sekalipun tiada siapa yang dapat meneka zikir apa yang sedang bertakhta kecuali Allah Yang Maha Kaya Tali ikatan kuat tanda pergantungan hanya diantara aku dan DIA.
Susah sangat ke nak menyebutnya, Ya Allah!Ya Allah!Ya Allah!
' Hai orang2 yang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta kekayaan dan anak pinakmu dari mengingati AKU...barangsiapa berbuat demikian maka tergolonglah mereka dikalangan orang2 yang rugi.'
( Surah Al Munafiqun: 9)
Bila sudah terpatri zikir dihati akan berzikir lagi dan lagi tidak mengenal hari. Tidak kenal masa, DIA sedia bersama. SubhanAllah!! Nikmat paling indah bila zikir sudah sebati dalam diri.
No comments:
Post a Comment