Monday, January 18, 2010

Istilah Cinta

Ada yang kata perkahwinan satu perjudian...ada pula namakan hubungan suami isteri seperti daki luar kulit...ada yang gelar isterinya lauk.

Apa pun gelaran hatta nak panggil apa pun percayalah yang perkahwinan satu ikatan suci...yang disatukan dalam adunan mengikut citarasa...yang ditemukan dari pelusuk dunia dalam anika ragam perangai untuk dicantumkan menjadi satu hala tuju.

Beruntung orang yang beristeri cantik, awal2 lagi dia dah dibekalkan dengan pakaian yang menarik...isteri yang hodoh pula kena pastikan suaminya sentiasa berpakaian kemas dan cantik... isteri pakaiannya suami sepertimana ilmu pasangannya akal.

Disinilah bermulanya teras pokok perkahwinan...terpulanglah pada pengusaha tanaman bagaimana nak menyemai tanaman yang diciptakan...bajalah selalu dengan senyuman...sabar paling utama dalam menentukan hidup matinya pokok perkahwinan...sampai masa merimbun membuahkan hasil yang lumayan untuk dipetik.

Sayangnya ramai orang2 sekarang ambil mudah...cepat putus asa...tak nak mengalah...baru nak cambah benih dah tak sabar2 nak kutip hasil...tanpa rasa bersalah pada benih2 yang tumbuh...itukan amanah Tuhan...nak uji manusia menjaga ladang dunia dalam perjalanan ke akhirat.

Bila pohon masih tak menjadi...mengadulah pada Pembuat diri...yang Mengaturkan tanaman ini. Salahkan diri selalu...berdosakah hamba kerana lalai menyiramMu...sebelum salahkan orang lain kenapa kita tak bahagia dengan tanaman kita, kena tanya diri kenapa agaknya aku tidak berhak untuk menikmati hasil tanaman ini.

Apakah sudah tiada lagi cinta untukku???

Bila ada cinta kena lepaskan cinta bebas...biar jiwanya mengembara...melepasi tembok tinggi yang memerangkap diri...cinta tidak boleh ditakluki, tidak juga boleh dikuasai...cinta itu merdeka.

Terciptalah keindahan dalam ikatan perhubungan antara manusia dan tanam2an...dah siram sepenuh hati..dah dibaja dengan senyuman secukup rasa...sudah diikat dengan sentuhan sepenuh jiwa..apa yang tinggal adalah doa bertawakkal...InsyaAllah!! akan terbitlah bunga2 cinta seperti warna2 pelangi.

Indah jadi kehidupan ini bila manusia saling kenal mengenal tentang hubungan..cinta, Qaseh dan sayang sesama insan.

Kuatkanlah Istilah bercinta dengan air mata gembira.

No comments:

Post a Comment