Bapa tak pernah marah anak-anak tak sembahyang waima suruh pun tidak.
Bapa diam seribu bahasa. Bapa menyimpan sejarah lama. Anak-anak tidak pernah mahu ambil tahu.
Masa muda dulu diceritakan bapa garang bukan kepalang. Ketika abang-abang disengat sembilang, orang lari lintang pukang. Bila mengadu pada bapa yang sedang bertugas, secepat kilat bapa datang. Bukan datang membawa anak-anak ke rumah sakit tapi bapa datang bersama rotan. Abang-abang dirotan depan mata orang ramai yang memandang.
Zaman sudah berubah. Bapa sudah hilang bisa. Bapa jadi sudah tidak berdaya marah. Hamba yang bongsu jadi tidak percaya apakah benar bapaku orangnya begitu,orangnya begini. Bapa terlalu baik denganku. Tidak ada sebab bapa nak marah lagi pun bapa dah tua.
Yang nampak dimata ini dan menjadi saksi, bapa kuat sembahyang sampai berlubang dan berlopak sejadah bapak. Bapa mengayuh basikal ke masjid...sentiasa memenuhi undangan perkahwinan bersama basikal tua sejauh mana yang termampu dikayuh...bulan puasa tak pernah mis sembahyang terawih...waktu nak bersahur baru sampai rumah...setia memelihara anak2 yatim tanpa mengeluh...pagi2 raya bapa bertakbir sorang2 diri diwaktu subuh sambil menyapu airmata.
kenangan mengusik kalbu ini sentiasa bermain di fikiranku...masih jelas!!!m
Kain pelikatnya sentiasa bertukar ganti sebab itu yang aku selalu beli untuk bapa. Kenapalah tidak terfikir olehku untuk menukar ganti sejadah bapa.
Pun begitu aku bersyukur pada Allah banyak2 kerana melupakan pembelian sejadah...mengajar aku menilai siapakah bapaku dan apakah tanggungjawab aku sebagai anaknya.
Pemergian bapaku dimalam Jumaat sungguh membahagiakanku bilamana bapaku terlepas siksaan kubur.
Surah Al Ikhlas tak jemu2 aku hadiahkan pada bapaku...biar cukup bilangan tiga puluh lima ribu bahkan lebih lagi. Mudah2an wahai Allah, dipanjangkan usia ini untuk aku terus berbakti menebus kedua ibu bapaku ke syurga.
' Tiada kebajikan pada mereka yang memperbanyakkan perkataan melainkan orang yang menyuruh memberi sedekah atau menyuruh membuat kebajikan dan mendamaikan antara mereka yang bersengketa '
( An Nisa': 114 )
Sabda Nabi s.a.w.
' Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam sahaja '
Al Fatihah...
No comments:
Post a Comment