Seronok bila bercerita tentang pasangan tua yang semakin hari semakin intim bagaikan bunga dengan tangkainya. Saling berpaut pada yang satu, selagi hayat masih ada.
Kelmarin sewaktu bersama abang Bakar dan isteri, tersentuh rasa dihati mengusik disanubari. Suami yang tanpa jemu menjamu isteri bagaikan tetamu. Isteri yang seakan tidak bermaya tetap ceria tanpa sengketa. Suami mengurus segalanya biarpun sudah lewat usia abang Bakar masih perkasa menguruskan rumahtangga. Memasak sudah memang kepakaran...mencuci pakaian, membersih laman bahkan segala2nya suami berbakti tanpa jemu. Yang terukir jelas hanya senyuman dan sekali sekala menjengah isteri apa mahunya lagi.
Andai salah satu yang pergi dulu, tak dapatku bayangkan apa akan jadinya nanti.
Terkenangkan kakak sulongku menjaga suami yang cuma ada nyawa. Terbaring diatas katil tanpa nada suara. Masa mudanya hebat sekali. Garang dan bengis sudahlah pasti. Bila terdampar begini, isteri masih setia melayan suami.
Tersenyum sendirian bila terkenangkan kekandaku ini...yang bijak menyembunyikan segalanya dilubuk hati.
Sambil memapah suami kebilik mandi sempat juga menghiburkan hatinya yang sunyi dengan alunan suaranya yang sepi.
' Merpati dua sejoli...terbang dua sekawan...dimana matahari....disitu pula bulan'
Begitulah diakhir2 kehidupan manusia. Masing2 punya cara berbeza dalam menghabiskan sisa2 hidup yang cuma sementara.
Hamba berdoa mudah2an hidup kita di akhiri tanpa menyusahkan sesiapa.
Semua ini mengajar kita rasa keinsafan dan belas kasihan kerana segala yang bermula dan berakhir dengan kesudahan yang baik adalah dengan mengikat tali hubungan mesra dengan ibu bapa.
Sandaran paling utama dalam meniti dunia pancaroba.
Persembahan akhir drama kehidupan apabila kita sedar tiada kasih yang lebih bermakna melainkan kasih ibu yang membawa ke syurga.
Diari kelmarin ini mengingatkan kita supaya tidak leka menyempurnakan tanggungjawab pada ibu bapa biarpun sudah tiada lagi disisi, keduanya seperti wali keramat yang tidak mati.
'Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
kasihnya saudara
masa berada '
Al Fatihah dikirim khusus buat ibu bapa tanda cinta yang tidak terhingga.
Sekali dikirim rasa tak puas
Sepuluh kali tak cukup lagi
Pengorbanan ibu tidak terbalas
113 kali kiriman Al Fatihah sehari sudah akan cuba dikirim hari demi hari, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment