Bila berkunjung ke hospital..dapat kita rasa betapa nikmat jadi sihat.
Apapun ubat paling mujarab adalah kasih sayang. Dengan kasih dan sayang semangat untuk hidup kembali kuat. Tanpa kasih sayang langkah lemah longlai. Wajah suram bertambah lesu. Kenapa ada yang jadi sombong bila sakit. Asbab pudar kasih sayang. Ubat sendiri tidak dapat nak menembusi kehebatan kasih sayang.
Tersentuh hati melihat seorang pesakit yang kurang upaya tapi tetap segar dan ceria menceritakan pengalamannya semasa berada dalam hospital...katanya,
'Doktor silih berganti, saya masih di sini..berulang alik dari Pahang ke HUKM...dari temujanji seminggu sekali...sekarang dah 6 bulan sekali...dulu lumpuh selama 5 tahun..sekarang sakit kulit pula...'
Di akhir pertemuan. Si ibu menemankan anaknya yang OKU itu menjelaskan,
Walaupun anak saya kerdil, semangat macam orang besar.. Belajar sampai ke universiti. Sekarang dah bekerja. Nampak saja dia kecil, tapi dia anak yang kuat belajar.
Melihat ibu yang setia menemani, murni sungguh qaseh ibu.
Begitulah kasih sayang... terlalu indah untuk diterjemahkan.
No comments:
Post a Comment