Hari ini 12 Rabiulawal. Hari kelahiran junjungan Nabi kita penghulu segala nabi yang jatuh pada hari ini yang umum tahu penghulu segala hari.
Berselawat kita pagi dan petang khususnya pada hari Jumaat tanda cinta umat pada Nabi Muhamamad S.A.W.
Sekali kita berselawat,10 Kali Allah selawat pada kita lalu dihapuskan 10 kali kesalahan dan diangkat pangkat kita 10 darjat.
Begitu besar ganjaran pada umat Muhammad yang Allah anugerahkan pada sesiapa saja yang mengingati kekasihNya.
Kecintaan manusia pada baginda sentiasa subur bahkan tak pernah pudar sehingga bumi terbelah dua.
Semakin kita membongkar keutamaan berselawat semakin majnun rasanya jiwa untuk berselawat tanpa henti seolah nabi ada disisi yang menjadi saksi pada pengabdian ini.
Bermacam nama2 selawat yang diterjemahkan...selawat munjiah, selawat syifa'. selawat tafrijiyah, selawat kamilah dan bermacam2 nama dan tujuan membawa maksud khusus untuk berselawat...semuanya semata2 melambangkan umat yang cintakan nabi yang berselawat tanpa henti mengikut kemampuan kaedah yang kita pelajari.
Sepertimana kita idamkan hadiah harijadi...pun begitu hadiah bukanlah ukuran Qaseh sayang....saling ingat mengingat pada usia yang berlalu pergi itu lebih utama...lebih2 lagi menerima ucapan dari insan2 tersayang yang sudi mengingati...paling melegakan hati. Nabi pun tak minta berarak tanda melahirkan rasa cinta. Harapan nabi supaya umat tidak melupakannya dan tidak meninggalkannya bagi mendapat syafaat baginda dihari kiamat sepertimana pesan baginda;
' Di mana sahaja kamu berada, berselawatlah kepadaku nescaya selawat itu sampai kepadaku'
Bagi melengkapkan doa agar tidak tergantung dipertengahan antara langit dan bumi, mulakanlah dengan berselawat dan diakhiri juga dengan selawat.
Aku mengingatkan diriku dan anak2 cucu, selagi hayat dikandung badan utamakan berselawat pagi dan petang, siang dan malam sepertimana keutamaan kita menimba ilmu dunia.
No comments:
Post a Comment