Modal percuma yang diberi Allah ke atas kaum Adam dan Hawa adalah nyawa. Berniaga dengan Allah, untung rugi memang tak nampak dimata. Juga tak dapat dihitung dengan jari apatah lagi nak diukur dengan mata wang. Cukuplah matahati yang dapat menentukan sejauhmana kelancaran perniagaan kita dengan Allah. Bila dirasakan segala gerak hati mendapat restu Ilahi menandakan hati ini tidak berpaling lagi untuk menabur budi semata2 kerana Allah.
Kehadiran nyawa memang tiada siapa yang peduli ibarat perjalanan arus elektrik. Bila tiba2 padam seisi rumah kelam kabut seperti dunia sudah kiamat. Satu daerah sunyi dan sepi. Satu industri lumpuh samasekali bila tenaga elekrik padam tiba2. Satu Malaysia se akan mati bila siang bertukar kelam.
Betapa dunia orang2 moden begitu takut pada saat kehilangan cahaya ciptaan manusia sedangkan bagi orang2 miskin panas sejuk itu sama maknanya dengan hidup ataupun mati.
Nyawa ciptaan Allah ini milik siapa. Milik Ana. Rasanya masih tak terbayar lagi hutang ana pada insan yang melahirkan. Dia tak minta apa2 pun pada ana. Selama lebih sembilan bulan dia bawa ana kesana kemari buat kali terakhir dia kandungkan anak. Dengan harapan anaknya kali ini dapat merawat hatinya yang parah. Bukan kepalang sakitnya dia. Setelah sorang2 anak dilahirkan namun masing2 membawa misi yang berbeza bila sudah dewasa.
Dia selalu bilang nama ana bermaksud buah hati. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun sehinggalah ana juga sudah tua seperti dia. Dia tetap menemani ana sampai hujung nyawa. Betapa banyaknya pesanan pusaka orang2 melayu yang ditinggalkan. Ana bersyukur dia pulang menghadap Tuhan dalam pangkuan ana.
Hancur luluh hati ana tiada siapa yang tahu, Ana menagih, meratap pada diri ana sendiri. Namun tiada juga pertolongan yang sampai. Ana sedar ana sedang diuji dengan kesusahan, dengan kesakitan. Mudah2an segala kepayahan ini merupakan kifarah buat ana. Bukan tanda dia tak cinta ternyata dia terlalu mencintai ana sehingga tak sanggup ana dibuai syurga dunia. Dia yang mengajar ana untuk memulakan perniagaan dengan Allah. Cukuplah dia yang kaya raya kerana dia lebih tahu mengendalikan soal2 dunia. Kehadiran ana bersama dia melengkapkan misi Adam dan Hawa.
Alhamdullillah biarpun belum pulih sepenuhnya ana bangun semula untuk meneruskan warisan pusaka orang2 melayu.
' Ayah dan ibu itulah permulaan kami dapat melihat bulan dan matahari '
Berjuta batu jauh mana pun kita berada, tujuh lautan sekalipun telah kita harungi sama sekali tidak berjumpa bahagia selagi belum berbayar hutang pada yang bernama ibu.
Benar...adakalanya mereka juga tidak sempurna. Kita kena ingat misi kita dengan mak dan bapa adalah berbeza. Tidak wajar kita jatuhkan hukuman ke atas ibu bapa.Tanggungjawab anak2 adalah untuk menebus ibu bapa ke syurga andai ada kesilapan dan keterlamjuran perbuatan dan perkataan.
Meskipun dewasa ini orang2 berada khususnya, berlumba2 meletakkan bayaran yang mahal untuk mengeluarkan satu nyawa. Sudah jadi tradisi menemani si isteri dalam dewan bersalin bagi turut sama merasakan betapa siksanya wahai isteri yang berbakti hanya pada sang suami lalu mulai saat itu si suami setengah mati taatkan isteri kononnya tidak terbalas segala jasa mengeluarkan nyawa anak tercinta.
Mesej dibalik tabir...begitu jugalah siksanya ibumu dulu, nenekmu dulu2, moyang2 dahulu kala..yang serba daif dalam melahirkan. Mampukah kita membiarkan pengorbanan mereka berlalu begitu saja.
Apakah kesenangan di perolehi adalah dengan usaha tanganmu semata2....jangan ingat kehadiranmu datang bergolek begitu saja tanpa susah payah. Mana munkin ada professor kalau tak ada guru darjah satu. Mana munkin ada al hafiz kalau tak ada tok2 lebai pondok. Mana munkin ada pokok2 besar kalau tak ada rumput2 liar yang membantu mencengkam bumi. Mana munkin ada orang2 kaya kalau tak ada doa orang2 miskin , mana munkin ada pakar perbidanan kalau tak ada bidan2 kampung yang terlebih awal memberi khidmat masyarakat secara rela.
Segala2nya jadi tidak munkin kalau tiada ibu yang memulakan kelahiran insan.
Kita manusia semua baharu. Cukuplah sekadar berpesan2 ke arah kebaikan dan berpesan2 dengan kesabaran. Sama2lah kita meletakkan fitrah kejadian Adam dan Siti Hawa dilandasan yang betul. Meskipun adakalanya Hawa berperanan seperti Adam dan begitulah juga disebaliknya.
Paling tidak bila kita terus berdiam diri demi sebuah ikatan suci, kita dianugerahkan Cinta Adam dan Hawa terbit di syurga.
Pokoknya hendaklah belajar menghargai nyawa yang Allah beri. Sentiasa mengingatkan diri yang Allah tidak jadikan kita sia2. Ada sebab di jadikan begini di jadikan begitu. Dikaya rayakan dan ada yang dimiskin hinakan demi mengenal erti ikatan Qaseh sayang. Saling berpautan umpama aur dengan tebing.
' Bagaikan aur dengan tebing, kita mengatur langkah se iring '
' Bagaikan aur dengan tebing, kita mengatur langkah se iring '
Berniaga dengan Allah untungnya berlipat kali ganda. Berselawat sekali, Allah beri ganjaran sepuluh kali. Berselawat sepuluh kali Allah gandakan seratus kali. Segala kebajikan pahalanya digandakan asalkan tidak meminta balasan. Segala gerak geri diperhati dan diperhitungkan walau sebesar zarah sekalipun amalan bukan manusia mentafsirkan. Ada malaikat yang diutuskan bagi semua urusan. Kayu pengukur samada ikhlas atau tidak amalan dan perbuatan bergantung pada doa dipohon semakin hari semakin mustajab.
Bila hati berbunga2 di kala kaya maupun miskin dirasakan sama sahaja. Semuanya jadi indah belaka. Kita boleh hidup dalam keadaan mana sekalipun. Yang penting cahaya dihati terus menyala2 laksana permata. Terbit sinar dari dasar lautan, terpancar cahaya meskipun jauh dipuncak gunung, Andai tercampak kelembah sana, kilauan permata tak munkin luntur.
Untuk merasai nikmatnya cinta rebutlah peluang berniaga dengan modal percuma ini.
Untuk merasai nikmatnya cinta rebutlah peluang berniaga dengan modal percuma ini.
Nyawa modal percuma paling berharga.Talian hayat berantai menuju bahagia sampai syurga.
Al Fatihah kepada yang terlebih dahulu mendahului kita.
Al Fatihah kepada yang terlebih dahulu mendahului kita.
No comments:
Post a Comment