Sunday, March 27, 2011

Pesan pujangga

- Berilmu sahaja, walaupun bagaimana mahirnya dalam suatu jurusan, belum tentu berharga, belum tentu akan beroleh kejayaan dalam hidup, kalau sekiranya bahan peribadi yang lain tidak lengkap atau tidak kuat, terutama budi dan akhlak - HAMKA





Saturday, March 26, 2011

Nawaitu pondan

Tiada nyamuk tiada aedes
Tiada aedes tiada denggi
Tiada gay tiada kelahiran pondan
Tanpa pondan takkan kenal 

siapa perempuan itu

Mesej dari alam
Bila semua jantan sudah dipondankan
Baru senang kerja buat setan

Setan paling takut sebenarnya
pada perempuan itu
bimbang perempuan mengimbangi dunia
masakan tidak,
di tanamnya anak perempuan hidup2
di junam bersama batu bata

Bila perempuan hilang dari bumi
sendi lelaki mudah di perkosa
dimusnahkan
dihumban mengekori kaum Luth
misi setan ke dunia
berjaya dengan tepuk sorak
bergaya dengan sumpah dan janji
iblis laknatullah

1 Malaysia 1 Israel.



Alahai anak2 omak!!!

Jadi emak ni cukup seronok kalau anak2 hidup berkasih sayang. Saling bantu membantu. Tiada hasad   dengki, cemburu dan  iri hati. Yang penting tiada menyimpan dendam sedarah sedaging. Dendam pada mak atau pada bapa amat digeruni.


Pagi2 sudah dihiasi dengan pemandangan ngeri. Bukan memandang pada bencana alam tapi pada bahana pemandangan mata liuk lintuk orang2 jantan dah pakat minat sangat nak jadi orang betina. Budaya mak nyah  kian menular macam membiaknya kuman2 aedes. Apa tidaknya kalangan pelajar2 jurusan perubatan sudah penuh dengan puak2 pondan. Kalau dulu pondan2 ni terdiri dari budak2 tak habis sekolah. Konon tak sabar nak membebaskan diri. Berbeza dengan zaman canggih, lagi tinggi berilmu, tak terkecuali yang kuat pegangan agamanya, lagi ramai anak2 lelaki sudah bertukar maruah diri. Para pendidik, pensyarah dan pelajar2 tanpa segan silu beraksi pondan memondan.  

Alahaiiii...anak2 omak!

Perlu di ingatkan tanpa peminat pondan masakan pondan kian berkembang. Perrmintaan pada pondan tentunya datang dari  jantan2 yang maintain kuat, yang kacak luar kacak dalam, yang memang terhebat. Apa sangat lah pada perempuan. Hadir perempuan hanya membosankan. Sebelum dilukakan, sebelum terseksa, sebelum dimeranakan, baik bersama pondan. Bersuka ria tanpa komitmen, tiada tanggungjawab dunia, tiada pembiakkan khususnya pembiakkan perempuan2.

Cukuplah penghargaan jantan dan pondan pada mak yang melahirkan. Selebihnya mereka bawa jawapan di akhirat.

Kesedihan tak boleh dibantu dengan arus. Kena ada kekuatan  menangani kedukaan dalam diri masing2 bagi mengelak virus gejala pondan. Pada siapa anak2 nak mengadu jika  ibu bapa sendiri yang bertanggung jawab menterjemahkan anak2 jadi begitu.

Anak2 lelaki yang baik, yang rajin, yang bijak biasanya anak2 omak. Mak suka sangat membiarkan pertumbuhan anak lelakinya menjiwai naluri keperempuanan. Sanggup  merelakan liuk  lintuknya sekali  lalu terciptalah kehadiran pondan dalam diri anak2. Akhir2nya si anak jantan  kekal lembut ala2 perempuan sebab dia...alahai anak omak. Dosa anak2 yang dibiarkan menjadi pondan selamanya, siapa pula yang nak tanggung?

Terseksa sangatkah jiwa mak lalu dicerminkan anak menjadi pondan.

Mak kena pupuk minat anak2 jantan untuk bersukan. Tak kira sukan apa janji bersukan walaupun pada hakikatnya anak2 jantan dah mula menumis, dah pandai mengemas. Paling bahagia mak, anak dah pandai jahit menjahit....gubah menggubah disamping setia menemani ibu dan ada yang belajarnya memang sungguh2. Biarkan anak2 melepaskan tendangan atau pukulan semasa bersukan bagi membebaskan segala yang terbuku di hati. Pendek kata membina jati diri anak2 adalah dibawah bidang kuasa emak. Selebihnya anak2 dambakan doa mak.

Rakyat jelata khususnya anak2 jantan melayu ramainya dah tukar minat jadi perempuan. Perempuan sudah tidak dihargai. Perempuan dimata anak2 nyah sudah tidak ada value. Kata Nok...hell u go la pompuan!! Biar kite orang je handle man!! Alih2 dunia melayu dah penuh guys yang gays.

Rajuk anak2 pada emak atau pada bapa....hanya anak2 yang dapat menjawab persoalan masyarakat pondan yang tumbuh macam cendawan. Cari lah jawapan di mana2...di rumah, di sekolah, di IPT, di jalanan, terhasil pondan dari anak2 yang baik hatinya. Luhur budinya lantas terleka dengan membiakkan setan2 menguasai diri.

Salah siapa???

Biarpun ramai menuding jari pada bapa...aku tetap salahkan mak.

Demi ugama, wahai para2 jantan diluar sana. Carilah kaedah lain dalam membalas dendam pada mak bapa. Kembali merenung kelebihan diri adalah anugerah Allah untuk membela bangsa demi ugama. Jangan sekali2 melanggan pondan kalau benar sayangkan omak yang melahirkan. Liuk lentuk pondan sesungguhnya melukakan hati para ibu2 yang  pada dasarnya faham kenapa anak2 jadi begitu, Biarkanlah mereka dalam dunia mereka. Jangan dinodai kasih mereka pada ibu bapa.

Demi ugama, wahai mak2 yang ada khususnya anak2 cucu yang bakal jadi ibu. Pelihara maruah anak demi keluarga yang dibina. Jangan pentingkan diri sendiri. 

Ciptakan diri seindah pelangi, alirkan rentak mengikut zaman. Bahagiakan hati berlapang dada. Hidup  berprasangka mengundang murka.

Nawaitu pondan adalah buah tangan untuk ibu2 selfish.









Friday, March 25, 2011

Pusaka orang melayu

Fatwa Pujangga

Telah ku terima suratmu yang lalu
Penuh sanjungan kata merayu
Syair dan pantun tersusun indah, sayang
Bagaikan sabda fatwa pujangga

Kan kusimpan suratmu yang itu
Bak pusaka yang sangat bermutu
Walau kita tak pernah bersua, sayang
Cukup sudah tandamu setia

Tapi sayang, sayang, sayang
Seribu kali sayang
Kemanakah risalahku nak ku alamatkan

Terimalah jawapanku ini
Hanya doa dan restu Ilahi
Moga dikau tak berputus asa, sayang
Pasti kelak kita kan berjumpa

Nyanyian S. Effendi
Tahun lima puluhan

Thursday, March 24, 2011

Aduhai badan aduhai nyawa.

Dah sayang sangat tak panggil manja...dah jadi panja. Biasalah macam2 gelaran kita bagi nak tunjuk betapa sayangnya kita pada dia. Intan dah jadi tanau...dan entah apa2 lah lagi.

Alkisah tersebutlah kisah anak2ku panja...yang sorang ni hensem tapi pemalu. Sakit dia sakit bukan main2...sebak dada mak dok ingat anak mak sakit. Berderai airmata mak bila terkenang panja mengadoi. Siksanya badan dan nyawa mak tengok panja susah nak bangun.

Aduhaiii la panja mak!!

Sayang seribu kali sayang...panja saja buat2 lupa yang panja sakit.  Panja! tanu! tanau! memang lah mak tahu anak mak kuat. Anak mak sabar...bak kata tok Doyah, cucu tok cucu warak. Anak yang sedaya berusaha menanggung semuanya sorang2...samasekali tak pernah melukakan mak  jauh sekali nak susahkan hati mak. Diam membisu anak itu, mak tahu dia merana sakit bukan kepalang. Kesakitanmu meruntun jantung mak. Ambil cuti, skip class atau amik m.c. balik rumah duduk dengan mak. Kita buat fully check up. Slipped disc tu memang sakit sangat2 dan anak mak kena berehat. 

Ini tidak...dia telan pain killer...lepas tu dia main futsal....adoiii anak mak panja.

Kadangkala kekuatan anak2 membuat batinku terseksa. Aku sendiri sudah tidak dapat membina kekuatan seperti dulu2 sedang mereka bergumbira macam tiada apa2 yang berlaku dalam diri masing2.

Aku ke dah tua atau anak2 kitakah yang pandai berpura2. Ada yang senyum2 simpul, macamlah dalam hati tu ada taman...walhal masyaAllah kesiannya anak mak yang tentu sekali penat jadi askar...muda2 sudah mengorbankan keseronokan remaja demi meneruskan tradisi sebagai anak lelaki. Tiap kali memandang hiba dihati siapalah yang tahu. Namun kecekalan anak itu menyentuh qalbu mak....yang sorang pula  memikul tanggungjawab lebih besar.

Mewarisi ketabahan siapa hamba serahkan jawapannya padaMu wahai Allah. Sesungguhnya mak tak berupaya menyempurnakan kewajipan dengan sebaik munkin. Ketidakseimbangan dalam memberikan  pendidikan buat mak rasa bersalah sehingga menutup mata.

" Ya Allah, janganlah meninggalkan anak2ku walau sekelip mata pun jua, perbaikilah urusan mereka "

Membahagiakan orang2 disekelilingnya adalah menjadi tanggung jawab anakku yang sulung. Itu harapannya yang  paling utama. Mendamaikan hati siapa saja yang sedang berduka dan yang paling memilukan sentiasa cuba mengembirakan hati mak...sedang mak hanya jadi pemerhati dalam dunia mereka yang nampak macam harmoni.

Sekali sekala sebak dada memerhati sandiwara anak2 mak.  Apakah ketika itu kami sedang berkongsi gelombang yang sama.

Dont worry mama...I'm fine!!

Fine laa...don't worry!!

Hakikatnya mak yang selalu worry.

Alhamdullilah...syukur pada Allah diatas kuniaan rahmatMu. Lebih bermakna dengan kehadiran Adam Haqimi, pemancar cahaya hidup se isi keluarga, pelita hati bonda.







Tuesday, March 22, 2011

I did it my way





Yes, it was my way. 

Thursday, March 3, 2011

Contohi Ketua Wanita

Maaf! Bukan ketua wanita UMNO . Tak ada apa yang munasabah kalau kita nak jadikan ketua wanita UMNO sebagai contoh teladan untuk membawa misi hawa ke dunia fana ini. Makin rosak golongan hawa dengan pembawaan wanita2 UMNO yang entah apa2 perjuangannya.. Wanita yang terang2 bernafsu sembilan ditambah dengan tiada kawalan ketat dari dalam, maka terburai satu2 perangai jahat yang menjatuhkan maruah keluarga. Terburai macam selendang ketuanya dan ada yang sampai ke tua pun masih ingat rambut itu dijadikan hanyalah sia2.


Wanita pertama dan terunggul peribadi adalah Khadijah bt Al Walid. Jika berada dilandasan yang benar dalam rumahtangga, wanita2 arif lagi bijaksana akan bersama Kadijah ra. Khadijah adalah ketua wanita nombor satu penghuni syurga. Berbahagialah para isteri yang menjadikan Khadijah idola hidup. Seorang tokoh usahawan yang kaya raya. Isteri pertama nabi. Sungguhpun usia Khadijah jauh lebih tua dari nabi namun Khadijah tetap taat setia membahagiakan nabi. Menjadi ibu pada anak2 nabi. Sanggup berkorban harta dan nyawa demi nabi. Wanita yang sangat nabi kasihi sehinggakan kematiannya mendukacitakan hati nabi s.a.w. Bagi merawat segala dukalara, nabi di angkat ke langit  untuk diperlihatkan tanda2 kebesaran Allah.  Perjalanan baginda ke langit membuktikan cinta Allah pada kekasihNya.

Bagi cahaya mata bonda yang tetap taat pada ibu bapa sejak kecil, sehinggalah menjadi dara sunti dan akhirnya dipinang orang. Menempuh cabaran yang mendatang yang adakalanya tak mampu bertahan. Bertakwalah seperti Fatimah puteri Rasulullah s.aw. Jadikanlah Fatimah bt Muhammad sebagai teladan ketua  disyurga. Kesabaran Fatimah bersama Ali simbol kekuatan remaja untuk menempah syurga.  Fatimah yang sangat kasih pada ayahnya. Hidupnya miskin bersama Ali. Pun begitu Fatimah tetap sabar berbakti sehingga baginda Rasulullah tidak sampai hati memandang kesedihan anaknya lalu diajarkan doa dan bila diamalkan pasti Fatimah mendapat kekuatan. Amalkanlah selalu selepas solat dengan zikir Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali. Allahu Akbar 33 kali. Sesungguhnya pesanan ayahanda tercinta yang ditinggalkan pada anak perempuan telah menjadi ikutan umat Muhammad sehingga ke akhir zaman. Beruntung bagi wanita  bila mendapat ketua seperti se hebat Fatimah.

Bagi yang tidak bernasib baik dalam melayari bahtera rumahtangga, wanita2 ini  masih berpeluang mencontohi kesabaran Asiah isteri Firaun. Kekuatan Asiah mengendalikan hubungan antara Musa dan Firaun menggambarkan kehebatan wanita masa kini menempuh cabaran hidup. Sudah ditakdirkan jodoh Asiah bersama Firaun. Allah tentukan Asiah bersama Firaun sebab Allah yang lebih tahu kemampuan Asiah. Allah tak jadikan sesuatu itu sia2 kalau tidak ada mesej dalam pembikinan Allah. Asiah tetap bersabar dengan keganasan Firaun. Bagi wanita2 yang menempuh dugaan tidak sehebat mana pun jika dibandingkan kehidupan Asiah bersama Firaun Yakinlah pada jodoh ketentuan  Allah. Kebahagiaan hakiki bukan jaminan bagi  orang2 perempuan untuk menukar suami. Ada kemanisannya kalau tidak didunia, wanita2 ini  menempah di akhirat mengikut ketaatan dan kesabaran ketua wanita bernama Asiah, isteri Firaun.

Pada ibu2 tunggal yang kehilangan suami tempat berlindung seharusnya lebih tabah se gagah Siti Mariam yang melahirkan Isa a.s.tanpa suami dengan izin Allah. Maryam adalah teladan terbaik. Ketua bagi wanita tabah seharusnya mencontohi Mariam mengharungi hidup. Episod perlakuan Mariam berlari2 anak antara Safa dan Marwah dirakamkan semula dalam ibadat tuntutan wajib haji. Mengajar manusia tidak berputus asa  disamping mengenal erti Qaseh seorang ibu. Pengiktirafan Allah pada Mariam, wanita yang dimuliakan.  Bagi ibu2 tunggal yang bertanggungjawab memikul amanah, memelihara anak2 tanpa suami disisi, sanggup memikul beban tanpa keluh kesah, redha dengan ketentuan Allah. Keyakinan tinggi menjadikan Mariam simbol ketua wanita sejati.  Bagi yang teraniaya melahirkan, masih ada ruang untuk bertaubat menebus kesilapan. Surah khusus buat Maryam membuktikan wanita mendapat tempat istimewa sekiranya wanita bahagia jadi wanita dan faham kelebihan yang diberikan pada kaum wanita bukan untuk melawan darjat lelaki.

Aku mengingatkan diriku dan anak2 cucu supaya selalu bermuhasabah diri, untuk apa kita dilahirkan. Mengapa kita dihidupkan dan ke mana kita akhirnya. Bayangkan andai satu pun diantara ke empatnya tidak berupaya kita contohi, jadilah kita orang2 yang rugi.

Jangan bersedih. Jangan berdalih. Jangan mengeluh. Khadijah, Fatimah, Asiah dan Mariam nama2 indah ini ditetapkan Allah menjadi ketua wanita syurga.

Nama2 mereka seperti nama2  perempuan melayu yang jelas terbukti kata2 peninggalan ahli sejarah, takkan melayu hilang didunia.