Thursday, March 3, 2011

Contohi Ketua Wanita

Maaf! Bukan ketua wanita UMNO . Tak ada apa yang munasabah kalau kita nak jadikan ketua wanita UMNO sebagai contoh teladan untuk membawa misi hawa ke dunia fana ini. Makin rosak golongan hawa dengan pembawaan wanita2 UMNO yang entah apa2 perjuangannya.. Wanita yang terang2 bernafsu sembilan ditambah dengan tiada kawalan ketat dari dalam, maka terburai satu2 perangai jahat yang menjatuhkan maruah keluarga. Terburai macam selendang ketuanya dan ada yang sampai ke tua pun masih ingat rambut itu dijadikan hanyalah sia2.


Wanita pertama dan terunggul peribadi adalah Khadijah bt Al Walid. Jika berada dilandasan yang benar dalam rumahtangga, wanita2 arif lagi bijaksana akan bersama Kadijah ra. Khadijah adalah ketua wanita nombor satu penghuni syurga. Berbahagialah para isteri yang menjadikan Khadijah idola hidup. Seorang tokoh usahawan yang kaya raya. Isteri pertama nabi. Sungguhpun usia Khadijah jauh lebih tua dari nabi namun Khadijah tetap taat setia membahagiakan nabi. Menjadi ibu pada anak2 nabi. Sanggup berkorban harta dan nyawa demi nabi. Wanita yang sangat nabi kasihi sehinggakan kematiannya mendukacitakan hati nabi s.a.w. Bagi merawat segala dukalara, nabi di angkat ke langit  untuk diperlihatkan tanda2 kebesaran Allah.  Perjalanan baginda ke langit membuktikan cinta Allah pada kekasihNya.

Bagi cahaya mata bonda yang tetap taat pada ibu bapa sejak kecil, sehinggalah menjadi dara sunti dan akhirnya dipinang orang. Menempuh cabaran yang mendatang yang adakalanya tak mampu bertahan. Bertakwalah seperti Fatimah puteri Rasulullah s.aw. Jadikanlah Fatimah bt Muhammad sebagai teladan ketua  disyurga. Kesabaran Fatimah bersama Ali simbol kekuatan remaja untuk menempah syurga.  Fatimah yang sangat kasih pada ayahnya. Hidupnya miskin bersama Ali. Pun begitu Fatimah tetap sabar berbakti sehingga baginda Rasulullah tidak sampai hati memandang kesedihan anaknya lalu diajarkan doa dan bila diamalkan pasti Fatimah mendapat kekuatan. Amalkanlah selalu selepas solat dengan zikir Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali. Allahu Akbar 33 kali. Sesungguhnya pesanan ayahanda tercinta yang ditinggalkan pada anak perempuan telah menjadi ikutan umat Muhammad sehingga ke akhir zaman. Beruntung bagi wanita  bila mendapat ketua seperti se hebat Fatimah.

Bagi yang tidak bernasib baik dalam melayari bahtera rumahtangga, wanita2 ini  masih berpeluang mencontohi kesabaran Asiah isteri Firaun. Kekuatan Asiah mengendalikan hubungan antara Musa dan Firaun menggambarkan kehebatan wanita masa kini menempuh cabaran hidup. Sudah ditakdirkan jodoh Asiah bersama Firaun. Allah tentukan Asiah bersama Firaun sebab Allah yang lebih tahu kemampuan Asiah. Allah tak jadikan sesuatu itu sia2 kalau tidak ada mesej dalam pembikinan Allah. Asiah tetap bersabar dengan keganasan Firaun. Bagi wanita2 yang menempuh dugaan tidak sehebat mana pun jika dibandingkan kehidupan Asiah bersama Firaun Yakinlah pada jodoh ketentuan  Allah. Kebahagiaan hakiki bukan jaminan bagi  orang2 perempuan untuk menukar suami. Ada kemanisannya kalau tidak didunia, wanita2 ini  menempah di akhirat mengikut ketaatan dan kesabaran ketua wanita bernama Asiah, isteri Firaun.

Pada ibu2 tunggal yang kehilangan suami tempat berlindung seharusnya lebih tabah se gagah Siti Mariam yang melahirkan Isa a.s.tanpa suami dengan izin Allah. Maryam adalah teladan terbaik. Ketua bagi wanita tabah seharusnya mencontohi Mariam mengharungi hidup. Episod perlakuan Mariam berlari2 anak antara Safa dan Marwah dirakamkan semula dalam ibadat tuntutan wajib haji. Mengajar manusia tidak berputus asa  disamping mengenal erti Qaseh seorang ibu. Pengiktirafan Allah pada Mariam, wanita yang dimuliakan.  Bagi ibu2 tunggal yang bertanggungjawab memikul amanah, memelihara anak2 tanpa suami disisi, sanggup memikul beban tanpa keluh kesah, redha dengan ketentuan Allah. Keyakinan tinggi menjadikan Mariam simbol ketua wanita sejati.  Bagi yang teraniaya melahirkan, masih ada ruang untuk bertaubat menebus kesilapan. Surah khusus buat Maryam membuktikan wanita mendapat tempat istimewa sekiranya wanita bahagia jadi wanita dan faham kelebihan yang diberikan pada kaum wanita bukan untuk melawan darjat lelaki.

Aku mengingatkan diriku dan anak2 cucu supaya selalu bermuhasabah diri, untuk apa kita dilahirkan. Mengapa kita dihidupkan dan ke mana kita akhirnya. Bayangkan andai satu pun diantara ke empatnya tidak berupaya kita contohi, jadilah kita orang2 yang rugi.

Jangan bersedih. Jangan berdalih. Jangan mengeluh. Khadijah, Fatimah, Asiah dan Mariam nama2 indah ini ditetapkan Allah menjadi ketua wanita syurga.

Nama2 mereka seperti nama2  perempuan melayu yang jelas terbukti kata2 peninggalan ahli sejarah, takkan melayu hilang didunia.

2 comments:

  1. Debor...baca tajuk, hmmm...
    memang selalu impikan ingin menjadi seperti wanita contoh ini. Walau mana mungkin menjadi wanita pertama disisi Allah... tetapi ttp dlm usaha ingin menjadi umat Nya yang sentiasa berdiri dan berjalan dilandasan yang betul...Semoga sentiasa berada didalam Redho Allah... Insyaallah.

    ReplyDelete
  2. bakawali,

    Semua kita impikan yang terbaik untuk dicontohi.

    Benar katamu itu, kita sentiasa dalam usaha untuk berada dilandasan betul.

    Amin.

    ReplyDelete