Monday, May 9, 2011

" MOTHER "


Menonton tv cerita ' mother ' membuatkan hati ini berbunga2 terkenangkan mak. Malaysia pun tak nak ketinggalan meraikan hari ibu semalam 8 Mei. Padahal apalah sangat kita nak ikut budaya mat saleh tu. 1Malaysia yang pernah dijajah masih tak mahu meninggalkan budaya hampeh tu semua. Suka mengagungkan ikutan budaya bukan Islam. Sememangnya sudah termaktub ibu manusia agung, insan mulia yang diciptakan untuk kita sayang, kita hormat, kita sanjung semasa hayat. Kita terus memanjatkan doa bila sudah tiada lagi.

Tiga wajah yang apabila memandangnya kita diberi ganjaran pahala.

Wajah ibu, Al Quran dan Kaabah.

Berbalik pada cerita ' mother' orang putih percaya wanita yang baik akan membahagiakan lelaki baik. Kita wajib percaya sebab dalam Al Quran Allah berfirman,dalam surah An Nur ayat 26:

".... dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)........"

Hari2 adalah hari ibu. Hari2 yang dilalui membuatkan kita semakin mengerti nilai murni hidup  berugama. Matlamat hidup adalah semata2 mendambakan redha Allah. Makna sebenar adalah terlebih afdal mengenal hidup bermula dengan mengenal siapa mak kita sebelum kita pergi jauh terbang bebas di angkasa raya.

Mak dulu2 maupun mak2 sekarang tidak ada bezanya. Cumanya mak orang dulu2 tidak diciptakan untuk memburu impian. Mak dulu2 bertanggungjawab membesarkan anak2. Mak dulu2 memendam rasa dan menyimpan cita2 agar anak2nya menjadi orang berjasa. Menonton cerita ' mother ' sekan sama jalan cerita anak2 melayu sekarang ini yang kadang terleka memandang ke atas sehingga terlupa apa yang ada dibawah. Asas kukuh yang menjadikan dia siapa pada hari ini. Kadang2 mak juga pelupa yang mereka adalah contoh paling dekat menjadikan anak2nya bagaimana pada hari esok.

Bila mak sampai hati membiarkan kita jadi begini atau begitu. Biarkanlah mak dengan jawapannya nanti. Yang pasti merenung wajah mak meraih pahala. Mendoakan mak itu yang pasti. Marahkan mak jangan sekali.

Ada mak memang minta disisih. Sukar difahami. Sukar diselami hati budi mak. Percayalah...mak lebih tahu sebab mak bersedia mengharungi segala2nya tanpa simpati sesiapa. Mak tak minta balasan. Biarkan anak2 berprasangka. Melahirkan kita pun sudah cukup baik. Mak tak pernah tulis penat lelah. Pergilah ke dunia mana sekalipun, mak masih setia disini. Menunggu panggilan Ilahi. Kehujung dunia anak2  bangga. Mak peduli apa.

Sampai masa kita nanti...

Mula tergila2 meraikan hari ibu. Memaksa anak2 membanggakanmu. Kita yang menyimpan makna sebenar rahsia ' mother '.

Tiapkali melangkah masuk ke perkarangan pusara yang sepi, hamba berdoa,

' Ya Allah, macamana aku ziarah kubur mak, macam tu lah juga aku seolah ke kubur bapa, ke kubur mak mertua dan ayah mertuaku'

Aku kesini selalu sebab mak yang terdekat.

Damai abadi bila kita saling bertaut qaseh dengan mak samada mak hidup atau mak yang sudah lama pergi. Untungnya jadi lelaki wajib membahagiakan ibu terlebih afdal dari memenuhi kehendak isteri. Untungnya perempuan sudah tentu berada di tangan lelaki yang kasihkan ibu.











 

No comments:

Post a Comment