Monday, April 23, 2012

The Oldies






Usia tujuh puluhan sudah boleh dikira usia subsidi. Melepasi tujuh puluhan dengan selesa sebagai orang tua menjadi idaman semua manusia. Melepasi sempadan tujuhpuluhan adalah diharapkan tidak menyusahkan sesiapa baik anak2, saudara mara maupun masyarakat.


Awal April, hamba berpeluang berkenalan dengan Uncle Cheah. Unsur2 ketuaan tetap menjelma  namun lagak dan gaya uncle cheah seperti orang muda. Bersahaja dan bertenaga. Lebihnya orang cina, kekayaan harta simbol kemegahan bangsa.


Mereka bebas kemana sahaja tanpa bow ties. Tanpa protokol, tanpa tentative program, tanpa hamparan, tanpa tunduk jepun memaksa diri mencium tangan rosmah, the ugly witch . Uncle Cheah antara orang lama yang bijak dan bebas melayari internet, bercerita tentang Malaysiakini, Malaysiakita, Bangkok Post serta mengikuti perkembangan semasa melalui You Tube. Tidak ketinggalan mula meminati Tukar Tiub.


Uncle Cheah memilih untuk bersama pakatan rakyat. Dimana ada program pakatan, Uncle Cheah sedia menderma demi perjuangan.Dengan the oldies channelnya, Uncle Cheah boleh memandu siang2 buta dari Utara sampai Selatan.



Uncle Cheah selesa menghabiskan sisa2 tuanya bersama orang2 melayu. Mudah2an satu hari ada diantara anak uncle cheah yang dicampakkan hidayah Islam. Andy anak lelaki Uncle Cheah sudah faseh berbahasa Indon.



Kembali bermain dikepala zaman budak2 ketika melangkah masuk merz tua Uncle Cheah yang tetap kukuh. Berkumandang lagu2 nostalgia light n easy.


Tersenyum jadinya bila mendengar,

n itsy bitsy teeny weeny, yellow polka dot bikini,
so in the locker she wanted to stay.
Two! three! four! tell the people what she wore..


Dah lama tak keluar jalan2 macam dulu2. Bila terkenangkan the oldies yang masih maju dan laju mengayuh roda kehidupan, Internet dikepala berputar laju kenapa hamba ditemukan dengan Uncle Cheah.



Persekitaran mengajak hamba mengimarahkan jiwa supaya tidak hampa menimba ilmu dari orang2 lama tak kira bangsa.


Dirakamkan untuk kenangan anak cucu, hidupkan hati dengan berkasih sayang.




No comments:

Post a Comment