Wednesday, June 13, 2012

A Wednesday

Malam Rabu semalam ada cerita hindi A Wednesday. Biasala citer hindustan, nampak cam biasa2 je tup2 rasa macam terkena kepala ahmad nisfu. Orang tv ni paham2 je lah. Mereka terpaksa taat pada kehendak pemerintah sebab menjaga periok nasi.




Dalam diam, hati mereka pun mana boleh tahan...nak jugak deme mesejkan kita melalui slot2 yang dapat menghentam kerajaan. Larat ke tok rais nak control. TV satu bolehlah dicengkam jumud, dimandulkan saluran dan kakitangan.



Antara ending story mory ditulis,

'The film ends on an idealistic note, with Rathod admitting that he knew the common man was disturbed because of the insecure environment and the incompetence of the governing authorities, but he never imagined a common man would go to such lengths to achieve this end'



Mesej tu untuk seluruh rakyat Malaysia, khususnya untuk kaum wanita cerdik pandailah sangat supaya bersatu teguh,jangan jadi lembu dicucuk hidung. Itu baru sorang lelaki tunjuk berani dalam A Wednesaday. Macamana kalau seluruh wanita rakyat Malaysia jadi berani, sudah buka mata, buka pintu hati. Jangan merelakan tindak tanduk rosmah n the gang. Di laknat malaikat bila isteri tak heran kat suami.



Berbalik pada catatan hamba kali ini adalah untuk berpesan2 dalam kebenaran.Pesan Imam Al Ghazali, Hari Rabu banyakkan istighfar. Tak kiralah hari apa pun nak meminta ampun tapi lebihkan pada hari Rabu yang membawa makna. Banyakkan selawat menyejukkan qalbu. Apapun kepincangan berlaku dalam rumahtangga khususnya, mengakulah sajalah, kita yang jadi ibu inilah pemusnahnya.



Menuding jari pada si bapa takkan ke mana. Tiga jari merujuk pada sang isteri. Sampai kiamat pun tidak jumpa iawapan siapa salah dan siapa benar seperti mana kita berteka teki yang mana wujud dulu antara telur dan ayam.




Bagi makhluk yang bernama manusia memang sah Adam yang wujud dulu tapi angkara nafsu Hawa, Adam di nyahkan dari syurga lalu di campakkan ke bumi. Sengsaranya Adam dengan membawa dosa ditambah dengan rindunya mencari Hawa sedang Hawa setia menunggu Adam di tanah suci.



Berbalik kita pada rumah yang hilang seri, kureng mesra kasih, angkara ibu yang pentingkan diri, Masyarakat berpecah belah angkara ramai wanita berebut2 nak tunjuk  bestari. Negara punah ranah, runtuh akhlak, rendah nilai2 moral, maksiat menjadi2,semuanya  angkara tok mah, mak mah dan yang sama waktu dengannya bila ramai dikalangan pemimpin2 wanitanya mewarisi sikap mazmumah.




Daripada batin anak2 terseksa, nasib rakyat jelata merana, lebih baik kita mengaku saja, wanita punca segala kejatuhan. Sesungguhnya kewujudan wanita membahayakan. Kalau pun tak jadi bodoh macam lembu yang dimewahkan dalam kondo, akan jadi seperti Rosmah yang menggila2 hawa nafsu.




Jadikan iktibar pada kejadian persekitaran. Ikat hawa dengan ilmu dalam Islam. Ikat hawa dengan iman dan ehsan. Ikat hati dengan ingat mati.Ikat mata dengan deraian airmata kerana takutkan Pencipta lalu terikat diri dengan kecintaan paling tinggi.




Tidak dinafikan keupayaan wanita tapi adalah lebih baik banyakkan diam, ringankan tulang, ceriakan suasana dengan senyuman. Otot paling kuat dalam tubuh adalah lidah. Kembalikan kebangkitan anak2 dengan kekuatan lidah yang Allah beri pada wanita bernama ibu.








Bilamana ramai anak2 lelaki hebat lahir setiap hari, mana munkin wanita seperti Rosmah wujud semula. Andai pupus lelaki, alamatnya banyak mak yang naik lemak,naik minyak dan harga barang pun naik melambung tinggi.






Kasih sayang terhakis kerana sudah hilang SenTuhan.



















No comments:

Post a Comment