Monday, January 28, 2013

Semarakkan Cinta

Bulan Maulud kali ini  disambut dengan rasa penuh keinsafan. 12 Rabiulawal 1434H tahun ini, jatuhnya pada hari Khamis. Alhamdulillah, kita dapat meraikan hari kelahiran baginda Nabi s.a.w.  dengan berpuasa sunat Khamis. Esoknya pula kita teruskan dengan berpuasa sunat  hari putih, 13,14, dan 15, lalu disambung pula dengan berpuasa sunat hari Isnin.





Syukur Alhamdulillah, dapat kita kongsikan bersama rasa kasih baginda pada yang kurang berkemampuan menikmati makanan.  Seperti yang pernah dikatakan oleh Abdul Rahman bin 'Auf insan kaya raya yang digelar nabi Abdul Rahman Bin 'Auf adalah saudagar Tuhan.  Antara sahabat nabi yang dijamin syurga. Tatkala Abdul Rahman Bin Auf memberikan makanan kepada tamunya beliau tiba-tiba menangis lalu ditanya, "Mengapakah engkau menangis hai Ibnu 'Auf ?" Dia lalu menjawab, "Nabi telah wafat, sedangkan baginda dan keluarganya tidak pernah kenyang oleh roti gandum.



Mengingatkan pada sirah nabi yang sentiasa berlapar, mudah-mudahan termotivasi diri ini untuk tidak dalam kekenyangan selalu. Ikat ilmu dengan amal, ikat amal dengan tulisan agar tidak leka. Sekadar berpesan-pesan pada jalan-jalan kebenaran dan kesabaran agar  tidak rugi dikemudian hari.


Kita dimulakan kasih seawal usia dengan sentuhan ibu. Wajah itulah yang kita kenal ketika menyusu. Wajah itu lah yang menghalalkan air susu. Wajah ibu antara wajah yang apabila dipandang beroleh pahala. Wajah-wajah cinta penarik utama dalam menemukan pada cintakan nabi cinta paling tinggi.



Ceramah sempena sambutan maulidur rasul kali ini disempurnakan oleh tokoh ulamak tersohor Tuan Guru Hj. Salleh Bin Musa. Air mata tuan guru jatuh berderai  sewaktu membuka lembaran sirah Nabi junjungan. Tuan Guru yang berusia lebih 84 tahun mampu berdiri selama lebih 2 jam ketika menyampaikan ceramah.    Tuan guru adalah antara ribuan peserta perhimpunan kebangkitan rakyat di Kuala Lumpur yang mampu berjalan melebihi 3 km untuk sampai ke stadium merdeka. Tuan Guru Hj Salleh Musa yang mengimamkan solat di Stadium Suka Menanti, ketika perhimpunan kebangkitan rakyat diadakan di utara tanah air.



Setiap kali tuan guru mengesat airmata ketika membuka lembaran sirah Nabi,  lantaran jiwa ini meruntun sama. Sebak dada masih terasa Betapa kasihnya tuan guru pada kita sehingga sanggup mengorbankan masa dan usia demi kelangsungan risalah perjuangan Islam.  Kita meraih cinta nabi dengan linangan airmata. Dimana ada cinta disitulah wujudnya kasih baginda.  Tuan guru bagaikan sang pencinta yang rela berkorban asalkan rindu batin terubat.



Puji dan syukur ditemukan Tuan Guru Hj Salleh Musa, menjadi idaman para jemaah yang sanggup mengikut kemana saja arah tuan guru berada. Takdir menemukan hamba tanpa dijangka. SubhanAllah, insan yang selama ini disebut-sebut, bahkan ramai yang berebut untuk turut serta  menghadiri  kuliah subuh tuan guru nun jauh dipondok Sik, namun bagaikan bulan jatuh ke riba , tuan guru berkunjung ke tempat hamba.



Selawat dan salam pada makhluk paling sempurna ciptaan Ilahi, junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan pada sekelian keluarga juga para sahabat baginda. Segala puji bagi Allah Tuhan pencipta alam semesta.


Semarakkan cinta sempena bulan maulud. Berselawat selalu tanda cintakan Nabi.



No comments:

Post a Comment