Assalamualaikum Kak Wan yang saya sanjung tinggi,
Terlebih dahulu saya bagi pihak teman-teman pejuang reformasi mengucapkan syabas diatas kejayaan Parti Keadilan Rakyat kerana berjaya sampai ke tahap yang ada sekarang. Sungguhpun kecundang menjadi parti pemerintah namun Pakatan Rakyat kalah bergaya membuatkan Barisan jadi tidak selesa. UMNO berjaya membuktikan kekuatan melayu diakar umbi masih bertahan kerana bertuan. Melayu masih dalam ketakutan. Takutkan hantu dari Tuhan.
Kekuatan UMNO tetap pada nama. Berjaya memberi makan orang melayu hingga ke akar umbi. Menjadikan melayu tunggul puaka. Melayu masih di takok lama. Takutkan cina, takut hilang kuasa, ditakutkan dengan suntikan percuma. Ramai anak-anak melayu rebah disitu. Berada dicelah-celah pagar besi, menjadi doktor tanpa ijazah, menjadi loyar besi buruk, meramaikan jumlah melayu ular-ular air, badak berendam dan pekak badak. Melayu kaya bebas belanja bila harga minyak melambung. Melayu UMNO ramai tidak bersekolah tinggi. Tidak faham makna ptptn. Melayu UMNO piang tidak peduli pada harga kereta. Setakat pakar bertelur riuh sekampung dengan kap cai.
Tahniah pada suami kak wan dan anakmu Izzah berjaya bertahan dalam kedudukan selesa sebagai YB. Saya cuma ingin berkongsi sekadar kisah semalam jadikan teladan. Kisah orang melayu berbekalkan jati diri. Bertemankan Bismillahi Tawakkal, berjuang hanya kerana Allah. Diusia-usia emas begini, tiada apa yang didambakan lagi sekadar mengharapkan redha Allah. Kisah ini jadikan teladan, jadikan sempadan dalam perjuangan.Jangan pandang sebelah mata pada orang-orang lama yang lebih dulu merasa garam.
Alkisah, tersebutlah sebuah kisah benar. Walaupun remeh bagi Kak Wan, namun bagi kami rakyat marhaen, perjalanan ini satu kenangan. Kenangan terpahat jadi sejarah. Membenarkan rangkap pejuang, suara rakyat suara keramat. Wira sebenar tidak berdendang.
Pada tanggal 21022013, kami berlima bertolak dari utara ke selatan. Kami menuju kerumah Kak Wan. Tidak ada temu janji sebab kami berpegang pada janji. Bila Allah hendakkan sesuatu itu terjadi, maka dengan hanya berkata Kun, jadilah ia. Kami yakin bila kami berhajat nak jumpa Kak Wan, maupun Anwar Ibrahim, bila Allah izin, tidak akan ada aral melintang. Semuanya akan berlaku antara dua samada mudah maupun payah. Terserah pada niat jika benar niat berjumpa kerana Allah.
Kak Wan,
Pemandu kami bernama Ustaz Umar Zainal Abidin, berusia 62 tahun. Ditemani ustaz Abd. Ghani Osman berusia 70 tahun, manakala isteri Ustaz Ghani dalam lingkungan usia 62 tahun bersama anaknya Adib down syndrom dan saya sendiri pesara kerajaan yang telah dibukakan kesedaran. Pada malam indah permai itu, mari saya ingatkan Kak Wan yang Kak Wan sempat bertanya umur Adib. Betul atau tidak?
Mari saya bawakan kembali ingatan Kak Wan kepada kami. Ya Kak Wan, Sesungguhnya Adib berusia 20 tahun. Tenaga Adib Masih kuat walaupun syndrom lemah. Saya kira Adib punya ibu bapa kuat sekuat Ustaz Ghani. Beliau berjuang bersama ABIM bahkan masih menyelaras Sekolah ABIM. Saya sendiri pada bulan ini, menyambut usia tua yang ke 54. Usia orang masih bekerja, namun saya memilih untuk bersara awal. Cukup service 26 tahun memilih bersara awal. Sayakah yang jahat atau orang kerajaan sekarangkah yang terlalu baik, jujur dan ikhlas?? Kita serahkan pada Yang Maha Bijaksana. Ikhlas bukan milik kita. Ikhlas bukan boleh disebut dari mulut. Ikhlas hanya layak diberi kredit oleh Allah. Ikhlas seperti semut hitam, yang berjalan di atas batu yang hitam dimalam hitam, gelap gelita.
Mari saya bawakan kembali ingatan Kak Wan kepada kami. Ya Kak Wan, Sesungguhnya Adib berusia 20 tahun. Tenaga Adib Masih kuat walaupun syndrom lemah. Saya kira Adib punya ibu bapa kuat sekuat Ustaz Ghani. Beliau berjuang bersama ABIM bahkan masih menyelaras Sekolah ABIM. Saya sendiri pada bulan ini, menyambut usia tua yang ke 54. Usia orang masih bekerja, namun saya memilih untuk bersara awal. Cukup service 26 tahun memilih bersara awal. Sayakah yang jahat atau orang kerajaan sekarangkah yang terlalu baik, jujur dan ikhlas?? Kita serahkan pada Yang Maha Bijaksana. Ikhlas bukan milik kita. Ikhlas bukan boleh disebut dari mulut. Ikhlas hanya layak diberi kredit oleh Allah. Ikhlas seperti semut hitam, yang berjalan di atas batu yang hitam dimalam hitam, gelap gelita.
Hanya Allah penentu keikhlasan insan. Apa yang penting saya sudah bersara. Sudah terlepas dari beban tugas dan tanggungjawab. Bekerja dalam kerajaan bukan sekadar menghabiskan waktu secara sia-sia. menunggu gaji yang pasti datang, dibebani dengan kemudahan berhutang. Bekerja itu meraih berkat. Bila sudah hilang berkat, orang kerajaan dari JUSA sampai ke PAR, mencari alternatif pada perkara-perkara negatif. Kepala gerabak menunjukkan contoh.
Kak Wan,
Kak Wan,
Saya adalah pesara kerajaan. Bersara pada 2006. Bapa saya juga adalah pesara. Arwah bapa bersara tahun 1959. Saya lahir pada tahun yang sama tahun bapa saya bersara iaitu tahun 1959. Adik beradik seramai 8 orang. Ke semuanya pesara kerajaan. Paling tidak pun menerima pencen terbitan. Kalau Johari Abdul berceramah, dia berkata dia sudah berada dalam kelambu UMNO, begitulah saya dalam Kelambu Kerajaan Malaysia. Boleh dikatakan majoriti anak-anak buah ramai berkhidmat dalam kerajaan. Saya merasa terpanggil untuk bersuara demi kasih sayang pada orang-orang kerajaan. Mereka yang tinggal dalam perkhidmatan kerajaan sudah seperti lembu dicucuk hidung.
Demi sayang saya pada perkhidmatan kerajaan, maka saya turun berjuang mempertahankan anggota perkidmatan awam. Kerja mulia orang-orang kerajaan bukan niat mengumpul harta. Kerja yang membawa pahala sampai syurga. Saya kira cukup bakti memberi makan anak-anak dengan hasil gaji. Saya undur diri. Saya bersyukur walaupun sudah diusia senja, bila bertemu kawan-kawan lama sekolah masih di ingat sebagai anak Pak Datuk walaupun bapa tidak mendapat darjah kebesaran di Raja. Meninggalkan banyak kenangan indah semasa berkhidmat dengan kerajaan.Tidak kurang kenangan pahit menjadi contoh dan teladan. Bekerja jangan seperti lembu. Tiada salahnya bersuara jika kita berani kerana benar. Jangan takut kena tukar. Rezeki ada dimana-mana. Jangan bimbang tak naik pangkat. Bukan manusia pemberi rezeki. Berani bersara demi memberi laluan pada ramai yang menunggu giliran.
Serba sedikit tentang diri saya yang saya kira Kak Wan juga tertanya-tanya siapa saya pada malam itu. Kak Wan, diakhir perbualan hanya sempat bertanya nama saya. Saya yang tidak berjawatan dalam parti cuma sekadar reformis 98. Tersedar dari lamunan bila DSAI dipecat pada tahun 1998. Ditambah dengan kemarahan bila mana MECD dibubarkan tanpa alasan pada 9 April 2009.
Berada didalam perkhidmatan kerajaan ramai yang kaki bodek dan kaki ampu. Curi tulang dan curi hasil.Kerja macam robot. Macam pahat dengan pemukul. Pendek kata dari kepala sampai ke ekor, gerabak kerajaan sarat dengan kejahatan dan kelemahan. Kita harapkan, Ini kalilah namun masih ada yang tidak kena.
Kak Wan,
Berbalik cerita pada perjalanan kami 21022013. Saya merasa teruja mendengarkan kisah-kisah DSAI dari Al fadhil Ustaz Umar. Beliau merupakan kawan lama DSAI semasa menuntut di universiti. Saya dibelakang mendengar dalam diam para ustaz ini bersembang. DSAI, anak melayu berani menentang demi mempertahankan hak para pelajar dan rakyat khusus di Baling. Bagaimana demonstrasi bergegar dari dulu lagi bila DSAI bersemuka dengan King Ghaz. Bukan mudah kita dapat mendengar cerita langsung, dari mulut orang-orang itu sendiri yang berada sezaman dengan DSAI.
Berbekalkan Bismillahi Tawakkal kami yakin kami dapat berjumpa Kak Wan ataupun DSAI. Pukul 10 malam kami sampai depan rumah Kak Wan. Alhamdulillah mujur ada menantu Ustaz Ghani, setia menanti, mencari melalui GPS. Akhirnya rumah Kak Wan ditemui. Menantu Ustaz Ghani juga bernama Anwar. Terima kasih tidak terhingga pada Anwar, orang muda yang setia bersengkang menanti Kak Wan.
Macam biasa. Pintu rumah orang-orang besar tidak mudah dibuka. Kami faham dan akur. Walaupun semuanya berwajah lesu. Almaklumlah semuanya sudah jadi orang tua termasuk OKU, pun begitu kami terus bersabar menanti kepulangan Kak Wan berlegar diluar pagar. Dunia sekarang semua tidak boleh dipercaya kecuali mak dan bapa. Perdana Menteri pun sudah tidak boleh dipercaya inikan pula kami rakyat biasa?
Ternyata kesabaran para ustaz begitu tinggi melayan kerenah birokrasi pengawal gate depan. Budak yang menjaga muda belia. Berkali-kali menyatakan Datin Seri selalu lewat sampai. Ustaz sengaja mengalih topik agar tidak dihalau balik. Ustaz bertanyakan anak muda itu berasal dari mana. Ustaz Umar mengeluarkan kad keahlian bagi membuktikan bahawa pendatang malam ini bukan PATI. Ustaz cuba mengajak pengawal berbicara, mana tahu dengan ehsannya kami dapat peluang dibenarkan berjumpa Kak Wan. Melihatkan orang-orang tua yang tak faham bahasa, kami diberitahu lagi, Datin Seri selalu lewat. Kadang-kadang 3 pagi baru sampai rumah, bila balik dari ceramah.
Saya yang dari tadi malas bicara, mula panas telinga.
'Jangankan pukul 3 pagi. pukul 5 pagi pun kami sanggup tunggu. Kami bukan datang nak jalan-jalan. Kalau ustaz tadi bagi kad ahli PKR, biar mak cik tunjukkan pas ahli mak cik'
Sambil itu saya keluarkan pas ahli yang sudah saya laminate. Keahlian sejak 1999. Di tanda tangan oleh saudara Mustaffa Hanafi. Saudara Mustaffa Hanafi sendiri telah isytihar keluar parti. Memusuhi Kak Wan dan sekutu sampai hari ini. Padanlah ramai kecewa dek kepimpinan yang ada. Ternyata DSAI lebih mendengar cakap-cakap orang berpengaruh, melihat situasi hanya dari jauh..
'Jangankan pukul 3 pagi. pukul 5 pagi pun kami sanggup tunggu. Kami bukan datang nak jalan-jalan. Kalau ustaz tadi bagi kad ahli PKR, biar mak cik tunjukkan pas ahli mak cik'
Sambil itu saya keluarkan pas ahli yang sudah saya laminate. Keahlian sejak 1999. Di tanda tangan oleh saudara Mustaffa Hanafi. Saudara Mustaffa Hanafi sendiri telah isytihar keluar parti. Memusuhi Kak Wan dan sekutu sampai hari ini. Padanlah ramai kecewa dek kepimpinan yang ada. Ternyata DSAI lebih mendengar cakap-cakap orang berpengaruh, melihat situasi hanya dari jauh..
Kata Ustaz Umar,
' Pas ini melambangkan ahlinya lahir bersama Wan Azizah'
Malam indah permai itu kami masih boleh ketawa mendengar kata spontan tadi.
' Pas ini melambangkan ahlinya lahir bersama Wan Azizah'
Malam indah permai itu kami masih boleh ketawa mendengar kata spontan tadi.
Pengawal muda belia mula tersipu-sipu. Cakap pun sudah jadi gagap. Membenarkan kami menunggu diluar pagar tanpa mengingatkan lagi waktu baliknya Datin Seri Wan Azizah.
Kak Wan,
Tiada istilah penat bila niat menunggu kerana Allah. Kami turun dari rumah Kak Wan untuk mencari apa yang boleh dimakan. Kawasan disekitar hanya kedai-kedai makan indon. Nak tak nak, terpaksa juga menjamah apa yang ada disebabkan perut sudah menyanyikan lagu keroncong.
Selesai melayan angkara nafsu lapar, kami bergegas semula ke rumah Kak Wan. Bimbang terlepas pandang, takut kami jadi lebai malang.
Alhamdulillah, lebih kurang 1 pagi, menjalar masuk kereta Kak Wan. Lega rasanya nampak bayang-bayang Kak Wan memerhatikan kami dari dalam kereta. Kak Wan nampak kehairanan. Almaklumlah sudah pukul berapa...
Ingatkan mudah-mudah kami dapat masuk. Terlupa pula ada birokrasi. Siapalah kami dimata mereka. Sekali pandang macam peminta sedekah zaman siber. Winnie pembantu Kak Wan, berlari-lari anak menuju kami. Setelah memperkenalkan diri, bagi pihak Kak Wan, Winnie bersedia mencatat apa maunya kami.
Para ustaz memohon dengan rendah hati ingin berjumpa Datin Seri. Seperti biasa pembantu muda yang taat, dengan hormat Winnie bagi tahu. Datin Seri baru balik dari ceramah. Ada apa masalah kena ke pejabat. Ustaz merayu berkali-kali, nak jumpa sekejap saja. Kami dari jauh.
' Maaf, Datin Seri penat, baru balik dari ceramah'. Berkali-kali diulang Datin Seri penat! Penatkah Kak Wan. Tiada istilah penat bila bekerja kerana Allah. Kita sepatutnya lebih bertenaga dan bersemangat. Takkan Presiden parti boleh lupa konsep perjuangan.
Suasana bertukar menjadi seperti meminta sedekah mengharapkan ehsan untuk berjumpa Datin Seri Wan Azizah.
Kak Wan,
Saya sedih sungguh melihat suasana para al ustaz merayu pada anak-anak buah Kak Wan. Anak-anak muda zaman sekarang. Saya yang diam dari tadi tiba-tiba merasakan maruah diri tercabar dek gelagat orang-orang muda. Terpaksa saya meninggikan suara,
' Kami juga penat. Bukan Datin sorang saja penat. Kami pun berjuang, bukan datin sorang saja berjuang. Kami datang dari jauh. dari pukul 10 kami tunggu. Kami bukan nak jumpa lama. 15 minit pun takkan tak boleh. Bagi tahu Datin, tak ada kami munkin Datin pun tidak ada. Kita semua berjuang tak kira masa '
Tidak sampai pun dua minit, kami diberi masuk jumpa Datin Seri Wan Azizah. Kalau Kak Wan masih ingat kata-kata saya pada malam itu. Biar saya ingatkan sekali lagi. Mukaddimah saya didepan pintu sebaik saja kita berdua bersalam, mata kita bertentang.
' saya bagi tahu pada pembantu Datin bukan Datin saja penat, kami pun penat'
Masih ingatkah lagi Kak Wan?? Saya dapat melihat wajah Kak Wan yang terbeliak biji mata.
Alhamdulillah, Kak Wan menerima kehadiran kami walaupun terpaksa.. Kami meluahkan apa yang terpendam selama ini. Kita berbicara dari hati ke hati. Menyampaikan hasrat dan kehendak akar umbi. Menceritakan segala kepincangan di peringkat cabang yang hanya menggunakan kuasa Vito bila memerintah. Dimanakah keadilan bila suara ramai langsung tidak diguna pakai..
Tidak lupa saya sampaikan salam tuan guru Hj Salleh Bin Musa. Berulang kali disebutkan salam pada Anwar. Saya kira sebanyak 9 kali. Tuan Guru meyakinkan saya untuk terus pergi berjumpa Anwar jika benar niat berjuang kerana Allah. Ingatlah selalu kata tuan guru. kita buat dengan niat LillahiTaala.
Kak Wan,
Terima kasih sebab kami puas hati dapat jumpa Kak Wan. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi meluangkan masa.. Malam mencatat sejarah. Berani kerana benar. Niat tidak lain semata-mata kerana Allah. Mencari redha Allah. Lapas itu kita berserah. Keberhasilan yang bagaimana, terserah pucuk pimpinan menanggung akibatnya. Apa yang penting kami sudah menunaikan amanah rakyat.
Kalau Kak Wan masih ingat pada malam itu ada saya nyatakan.
Kalau Kak Wan masih ingat pada malam itu ada saya nyatakan.
' Kak Wan tengoklah sendiri yang datang ini bukannya orang-orang muda. Semua kami sudah tua. Kami yang tidak mengharapkan apa-apa cuma hendakkan amanah ini dikembalikan pada yang berhak'
Dengan riang gumbira kami turun dari rumah Kak Wan. Apa yang pasti kami sudah menjalankan misi kerana Allah. Terserah Kak Wan mahu mengangkat atau tidak suara kami suara rakyat yang dikatakan keramat. Berpisah dengan Anwar, menantu Ustaz Ghani dipersimpangan tol. Kami meneruskan perjalanan balik ke utara. Kekuatan pemandu orang lama tiada tandingan. Bersemangat memandu, sambil bercerita tanpa rasa nak lena. Sungguh hebat kekuatan mental dan fizikal para ustaz yang pulang ke utara pada hari yang sama. Di mana nak kita cari ganti, orang-orang hebat yang tidak minta nama didendang.
Mampukah kita jadi pemandu sekuat para ustaz.
Kak Wan,
Ingin saya bertanya, kalau suara para Ustaz ini pun tidak di ambil kira lantas suara siapakah lebih bermakna dalam memberikan pandangan.
Ingin saya bertanya lagi, adakah Kak Wan mengambil inisiatif turun melihat kami disini. Sesibuk mana pun Kak Wan, saya kira Kak Wan tidak lagi perlu menjadi penceramah. Sentuhan Kak Wan sudah cukup sebagai sumber inspirasi. Kak Wan kena turun padang, menjengah akar umbi, itulah yang hakiki.. Mendengar segala kesuh kesah. Bukan setakat hi tea. Membincangkan nama calon-calon sepatutnya ditimbal balas persetujuannya dari akar umbi. Tidak perlu menyorok nama calon.
Berani buat berani tanggung. Dah kata suara rakyat suara keramat. Jangan bicara tentang keramat kalau kita sendiri tidak memahami erti karamah. Penghinaan pada Ustaz Umar dan Ustaz Ghani dua nama hebat yang berjuang kerana Allah itu sudah menunjukkan PKR bakal menerima padah.
Saya rakamkan sejarah ini untuk tatapan Kak Wan. Terimalah bingkisan rakyat ini buat kenang-kenangan. Jadikan sejarah ini kisah teladan dalam mengenal manusia yang tidak berjenama.
Kak Wan,
Ingin saya bertanya, kalau suara para Ustaz ini pun tidak di ambil kira lantas suara siapakah lebih bermakna dalam memberikan pandangan.
Ingin saya bertanya lagi, adakah Kak Wan mengambil inisiatif turun melihat kami disini. Sesibuk mana pun Kak Wan, saya kira Kak Wan tidak lagi perlu menjadi penceramah. Sentuhan Kak Wan sudah cukup sebagai sumber inspirasi. Kak Wan kena turun padang, menjengah akar umbi, itulah yang hakiki.. Mendengar segala kesuh kesah. Bukan setakat hi tea. Membincangkan nama calon-calon sepatutnya ditimbal balas persetujuannya dari akar umbi. Tidak perlu menyorok nama calon.
Berani buat berani tanggung. Dah kata suara rakyat suara keramat. Jangan bicara tentang keramat kalau kita sendiri tidak memahami erti karamah. Penghinaan pada Ustaz Umar dan Ustaz Ghani dua nama hebat yang berjuang kerana Allah itu sudah menunjukkan PKR bakal menerima padah.
Saya rakamkan sejarah ini untuk tatapan Kak Wan. Terimalah bingkisan rakyat ini buat kenang-kenangan. Jadikan sejarah ini kisah teladan dalam mengenal manusia yang tidak berjenama.
Ternyata kelainan yang dicipta ini memberi impak maksima pada yang mahu memberi makna hidup ini untuk apa, untuk siapa dan akan kemana.
Salam hormat dari saya.
Kak Wan, Moral of my story,
1) Kekuatan pemimpin bukan setakat dipucuk. Kena tengok ke akar umbi yang semakin reput.Akar kuat, pucuk tak jatuh.
2) Cermin anak ada pada emak. Cermin pemimpin ada pada pembantu peribadi. Didiklah terlebih dahulu sayap kanan dan sayap kiri bagaimana menjaga imej pemimpin.
3) Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. Bila tinggi dijulang, jangan lupa rumput yang dipijak dek asyik menghitung bintang dilangit.
4) Cara kita munkin berbeza tapi perjuangan tetap sama.Jangan pandang sebelah mata. Kelak berjuang jadi sia-sia.
5) Menilai dari hati adakah yang berani mengadap, bertentang mata ini tergolong dalam orang-orang fasik yang datang membawa berita nasional.
6) Pesan pada anak-anak muda, jangan di ajar itik berenang. Mengenal manusia hendaklah dari mata hati. Jangan ingat kita hebat, kita sudah ada guru peribadi. Semua kita berguru. Guru utama adalah mak dan bapa. Siapa tahu antara kita berguru dengan guru yang sama.
7) DisisiNya kita adalah hamba. Jangan pandang sebelah mata pada perjuangan orang-orang lama.Suara rakyat suara keramat. Inikan pula suara Merbok. Kalau tidak masakan Kedah kecundang, Saifuddin tewas sebab sudah mula terbabas. Ikutlah rasmi tok guru, rasmi seperti padi.
Jangan hanya bijak melaungkan suara rakyat suara keramat. Faham makna keramat??
Bila hati sudah retak...
No comments:
Post a Comment