Tuesday, June 25, 2013

Wahai rinduku!!

' Selawat serta salam yang jelas ku persembahkan padamu wahai kekasihku. Sesungguhnya yang terkhusus buatmu wahai rinduku '

Tanda cintakan nabi cinta paling tinggi, berselawatlah selalu pagi dan petang. Hari Selasa banyakkan selawat. Hari Isnin baginda wafat, hari Selasa baginda disemadikan. Memupuk rasa cinta, berselawat tanda rindu. Berderai airmata tatkala membayangkan baginda Nabi s.a.w. senantiasa menerima mesej selawat dari umatnya sepertimana hadis riwayat Al Thabrani,

” Di mana sahaja kamu berada, berselawatlah kepadaku, nescaya selawat itu sampai kepadaku.”

Bagaimana pula kita menyatakan cinta pada ayah bonda sedang mereka disana dahagakan ayat-ayat cinta dari pewaris yang ditinggalkan diatas dunia. Kembali bermuhasabah, sisa kehidupan yang ada jika ada pahala didalamnya dihadiahkan khusus buat  ayah dan bonda.

Maha Suci Allah. Dia yang menciptakan Cinta, Dia yang membisikkan rindu.

Ku panjatkan doa wahai rinduku. Doa bekalan dari kalam suci Tuhan buat umat Muhammad, kekal hingga akhirat,.

" Ya Allah, ampunilah daku dan kedua ibu bapaku. Kasihilah keduanya sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil " ( Ai Isra': 24 )


Hanya masa kecil kita ditetapkan lafaz kenapa tidak semasa besar. Sudah pasti kerana semasa kecil sudah terbukti bahawa sesungguhnya, kasih  ibu kasih sejati. Kalau tidak masakan ada hadis nabi yang dikhususkan buat para ibu.

Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata, "Seseorang datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata, 'Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?' Nabi s.a.w menjawab, 'Ibumu!' dan orang tersebut kembali bertanya, 'Kemudian siapa lagi?' Nabi s.a.w. menjawab, 'Ibumu!' Orang tersebut bertanya kembali, 'Kemudian siapa lagi?' Baginda menjawab, 'Ibumu.' Orang tersebut bertanya kembali, 'Kemudian siapa lagi?' Nabi s.a.w. menjawab, 'Kemudian Ayahmu.'" ( HR Bukhari dan Muslim )


Setiap titisan air susu ibu sungguh berharga. Orang tua kita tidak membiarkan anak mereka mati kebuluran melainkan sudah ketentuan. Andai kita dibenci semasa kecil sudah pasti dipicit hidung biar tidak bernyawa. Bila sudah pandai berlari, menyusul lagi anak yang baru. Begitulah seterusnya sehingga ibu tidak sempat mengikat kain dipinggang. Berlari anak seperti hajar mencari air ditengah padang pasir. Mana satu pilihan qalbu, takdir jadi penentu. Bila anak-anak sudah besar, terserah pada haluan. Bagaimana melihat hadirnya emak bapa pada kacamata anak-anak yang besar panjang. Apakah putus sudah kasih sayang??

Terima kasih pada orang tua yang mengajar kita tentang adab. Makan minum perlu beradab. Terbina sebuah ikatan berkeluarga dengan menitikberatkan adab berakhlak budiman.

Nabi kita sendiri diutuskan semata-mata untuk menyempurnakan akhlak mulia. Nenek moyang mendahului senarai dalam membawa contoh teladan peninggalan untuk cucu cicit.  Diikuti kedua ibu bapa dan seterusnya disampaikan kepada kita. Sampai pada generasi akan datang bergantung harap pada ayah bonda zaman sekarang. Zaman serba maju. Maju serba serbi sayang akhlak jatuh merudum.


Tinggi mana pun ilmu, kalau sudah tidak beradab, simpan saja dalam peti besi.Jadikan qarun untuk tujuh keturunan.Bermegah pada dunia namun jauh disanubari tidak pernah berpuas hati.  Lebih mulia tukang mesin rumput. Punya daya imaginasi tinggi mencipta taman tuan menjadi syurga idaman. Sekurang-kurang kita bersyukur masih punya ramai anak-anak muda dalam siri jelajah black out demi mengubah corak negara.. Jangan hidup seperti mereka dengan keluarga mereka. Hidupnya kita bagaikan aur dengan tebing.


Adab berkasih. Berkawan biar beribu, berkasih hanya satu. Kekasih tidak meminta hanya memberi. Tidak pula bertanya, hanya memerhati. Tidak bermadah yang banyak helah. Bahagia berkasih bila nampak dimata, hadirnya dihati. Bersama qaseh riang bersenda. Berkasih tidak memaksa hanya bersedia bila masa susah, faham bila rasa senang. Keserasian bila berkasih kita seronok menjadi diri sendiri. Tidak ada jurang yang memisahkan.Tidak takut, tidak gentar, qaseh pelindung, pelita hati. Indahnya  berkasih, tiada siapa dapat meneka segala isi hati.Kata pujangga, cinta agung cinta yang gagal. Mana mungkin dapat bersama jika benar-benar ada cinta. Cinta hanya milik Dia.Cinta itu tanda menghidupkan. Bila jasad mati, pasti reput dalam liang lahad.  Cinta tidak pernah luput. Haruman cinta sampai melepasi gunung.


Adab berumah tangga. Ikan dilaut, asam didarat. Dalam periuk bertemu juga. Jodoh itu penentu hakiki. Bercinta bagai bulan jatuh ke riba tapi akhirnya dia bukan milik kita. Jodoh ikatan suci tersimpul mati. Baik buruk rumahtangga, mengikut tatacara diatas bagaimana kita melayan orang tua, bagaimana meletakkan kasih bila bercinta.

 Formula benar lagi hakiki seperti dalam surah An Nur ayat 26 yang membawa maksud,

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Bermuhasabah dengan diri. Jika kita rasa kita tidak jahat, berusahalah mencari kebaikan dalam pasangan masing-masing. Bukan keserasian yang kita cari bila sudah berumahtangga. Ketidaksamaan  itu yang mengukuhkan ikatan suami isteri. Jangan terlalu memandang jahat pada orang lain sedang empat jari menuding pada diri sendiri. Positif dan negatif itu yang membolak balikkan lukisan rumah tangga. Bayangkan kalau keduanya sama, kita bernyanyi sampai senja. Makan minum entah kemana, kononnya kita seronok bercinta.

Dunia bukan tempat bersenang-senang. Dunia tempat diuji,diuji dan diuji hingga sebati. Di ciptakan dunia tempat berpenat, akhirat jua tempat berehat.

Kita baca sejarah Adam. Kita jangan jadi hawa yang memberatkan nafsu.Kita bantu Adam yang jadi adik manja. Kasihanilah Adam, angkara Hawa sekian lama, Adam sudah hilang tulang belakang.

Seperti firman Allah yang bermaksud : "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." (Surah al-Baqarah, ayat 30)

Agenda menjadi khalifah tidak termaktub soal gender. Hak sama rata bagi mengimbangi duniawi dan ukhrawi sepertimana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Persekitaran benar-benar mengajar kita melihat kerakusan hawa bertakhtanya ilmu sekadar dilidah, sedang Adam semakin kaku, semakin dingin menjadi abu, wahai rinduku!!

Monday, June 24, 2013

Malam Nisfu Syaaban

Kita sudah berada dipertengahan Syaaban. Cuma tinggal 15 hari saja lagi untuk kita menyambut kedatangan Ramadhan, bulan suci, sebulan umat Islam berpuasa.

Entah sampai ke tidak umur kita untuk menyambut Ramadhan, hanya Allah yang tahu. Sementara ada usia biarpun meniti senja sama-sama kita meraih redha Allah di sepanjang perjalanan sisa yang tinggal.. Semalam kita beramal seperti yang digalakkan dengan membaca Yasin tiga kali dengan niat tertentu. Ada mengatakan amalan ini bidaah, ada pula yang yang tidak bersetuju kerana tiada dalam hadis Nabi s.a.w.

Apapun alasannya tidak salah untuk kita beramal dalam mencari pahala pembaikan diri. Bila kita sudah memenuhi tuntutan sunnah Nabi s.a.w. dengan menjalani puasa sunat Isnin Kamis , saban waktu menjalani puasa sunat bulan cerah dan bulan gelap. Kita beristiqamah bersama puasa sunat 6 syawal. Kita berusaha menjejaki puasa sunat Nabi Daud a.s. yang mengikut hadis Nabi s.a.w. puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud. Apalah salahnya kita menambah kebajikan dengan membaca jantung hati Al Quran, surah Yasin  sebanyak 3 kali dipertengahan Syaaban. Kita memohon dilanjutkan usia dalam mentaati Allah, memohon diluaskan rezeki agar diberkati selalu dan seterusnya memohon dimatikan dalam husnul khatimah. Tidak berdosa malah digalakkan dalam meningkat kefahaman berugama. 

Rasulullah s.a.w bersabda “Siapa yang Allah kehendaki kebaikan yang besar baginya di akhirat, maka dia akan diberi faham tentang agama

Dalam meraih cinta Allah, kita merasakan masa benar-benar mencumburi kita. Kita rasa tidak mahu dimatikan lagi kerana seronoknya mengabdikan diri. Sambil mengenal kemampuan diri, sambil berdoa agar Allah tidak bolak balikkan hati setelah diberi petunjuk, kita sedar kita sedang dilamun cinta. Bila cinta sedang bersemi tanda hidup sedang bermula. lantaran membawa akal, minda dan hati  membawa kita mengenal siapa Pencipta.  Bila kenal Allah, mana mungkin berpaling lagi.

Kita merasakan seperti mati hidup semula. Dialah kekasih awal dan akhir. Dia mengubat sepi seorang perindu. Mahu rasanya dihidupkan seribu tahun lagi biarpun  tanpa jasad. Cuma roh kasih sayang tinggal bersemi dihati insan yang kita tinggalkan nanti. Jangan dimatikan dulu hamba-hambaMu ini yang masih belum cukup bakti pada ke dua ibu bapa. Masih mencari-cari dosa silam, apakah sudah terpadam. Andai kita dijemput pulang, terputus sudah amalan khusus buat pada pada kalian berdua, kecuali jika ada tiga perkara seperti yang dijanjikan.


 ( Al Ankabut 2-3 )
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?

Dalam meniti usia senja, sambil membelek kitab-kitab masa silam. Terungkai sejarah indah. Bila mana Allah rindu pada hambaNya, Dia mengirimkan pemberian istimewa melalui malaikat Jibril iaitu ujian sepertimana dalam hadith qudsi yang di riwayatkan oleh Thabrani dari Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikatNya yang bermaksud,

' Pergilah kepada hambaKu, lalu timpakanlah macam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya "

Cinta hadir tanpa dipaksa, namun begitu tidak kenal masakan boleh kita bercinta. Bila sudah kenal, segala ujian dirasakan mudah. Sering mengingatkan ujian ini tanda Dia sayang. Dia merindui suara kita yang jahil. Dia inginkan kebaikan lantas kita diui dan diuji. Adakala sampai setengah mati, pun begitu kita bangkit dengan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Dia yang Maha Suci, Maha Halus kasih sayangNya. Ujian mendidik kita untuk maju setapak kehadapan. Zaman persekolahan kita menitik beratkan markah ujian sedang ujian yang ditimpakan secara langsung dari Allah membuatkan hidup ini seperti tidak bernilai tanpa ikatan kukuh bertalian dengan Allah.

Diuji dengan kerenah manusia, Kita sabar tanpa suara. Menjaga lidah itu pasti. Asbabnya manusia cukup gemar diajak bertelagah. Jangan dicampurkan minyak ke dalam api. Biar kita jadi air, terus mengalir ke dasar hati. Belajar untuk tidak membenci musuh. Sedangkan nabi ampunkan umat, siapalah kita hamba yang berdosa. Dalam Islam, iman dan ihsan paling utama. Tidak beriman selagi tiada ihsan sesama insan. Semakin kita dihina dimata manusia, semakin indah rasanya jiwa bila bersamaMu kita bahagia. Mengecapi saat-saat indah masa mengadu sambil merayu. Merintih dimalam sunyi tanpa rasa malu.  Memetik kemanisan bila Dia tunjukkan jalan. Dia hantarkan pembantu mengubat luka semalam. Seringkali kita berdoa ketika bersujud dalam tahajud,

" Ya Allah, masukkanlah aku dalam kebenaran, keluarkanlah aku dalam kebenaran jua. Kurniakan bagiku daripadaMu  seorang pesuruh "

SubhanAllah indahnya doa dalam solat. Sentiasa bermunajat agar doa kian mustajab.


Sabar dengan sakit yang menimpa. Menempa sakit atas kezaliman diri sendiri seumpama kisah nabi Yunus a.s. yang ditelan ikan nun. Sakit petanda Allah memberi peluang untuk kita tidak melupakan Dia, tidak pula meninggalkan Dia bahkan tidak sama sekali menduakan CintaNya. Dalam sakit ada nikmat bila kita berbaik sangka pada Allah. Tanpa sakit mungkin kita rasa kita terhebat, kita paling kuat. Lambat untuk kita bertaubat.

Seringkali dibasahkan lidah dengan ungkapan hebat doa Nabi Yunus a.s.
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ

Sabar dengan kehilangan insan yang kita kasih, kita cinta setiap hari. Insan yang kaya dengan keihsanan sampai hujung usia. Insan yang setia menyimpan rahsia bersama. Memandang wajahnya juga mendapat pahala. Dijemput Ilahi bila usia sudah semakin ranum. Pemergiannyam mendewasakan kita yang tinggal. Kehadirannya didunia sungguh bermakna. Tanpa dia mana munkin kita dapat melihat bulan dan matahari, lambang cinta abadi. Perginya dia begitu mudah seperti kembali berehat disana setelah didunia berpenat lelah.


Sabar dengan kekurangan harta. Biarpun pernah satu ketika tidak ada apa yang hendak dimasak, lantaran itu berpuasa sunat mententetamkan jiwa. menguatkan roh lantas jasad jadi ampuh. Berputus asa tidak sekali-kali. Pernah melalui saat-saat getir, tiada apa yang hendak dimasak. Sementara menanti bekalan hakiki, masih ada tepung yang digaulkan mentega untuk digoreng buat keperluan Adam yang meminta-minta.Kaya miskin adat dunia. Kita saling melengkapkan andai kita mengerti makna cinta.


Segala ujian demi ujian bertimpa-timpa datang melanda sudah kita lalui dengan kepayahan. Pasti ada rahsia yang tersembunyi hingga diuji hebat begini.


Sempena malam Nisfu Syaaban, malam diangkat buku amalan kita oleh para malaikat untuk digantikan dengan lembaran baru. Kabarnya malam tadi malam hari raya para malaikat, berpuasanya burung-burung dan binatang-binatang buas. Malam ini juga malam persediaan buat kita umat manusia mana tahu dipilih untuk kembali kepadaNya bila Izrail menerima nama-nama baru. Bila Izrail datang memanggil, jasad terbujur kaku dipembaringan. Putus sudah talian hayat.


Dari Imam Al Ghazali,

" yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang jauh itu MASA, yang indah itu SOLAT, yang dekat itu MATI"  




 


Saturday, June 1, 2013

Melentur buluh...

Love is the best gift that anyone can received. full filled your heart day and night. Love is awesome, don't you think?

Besides love to cheer your wound, singing is another way will  help healing your body and soul. Singing will keep on balancing  your quiet mind. Though i don't need a singer in my family or in my future generation and yet i agreed by singing will cherish your life. The musical language that only your heart and soul can understand.

Kai inspires me in updating my posting. A helping hand on how to be for tomorrow. It is not about singing. Its about love, how to explore your future behavior. Your 2- year-old doesn't need ipad, iphone ohh whatever!! At their early stage, they need your touch not the touch screen. Don't let your child turn on to be a timid.



Says an awesome quote,

If egg is broken by outside force, life ends. If broken by inside force, life begins.Great things always begin from the inside.

A lesson in patience, here's a litle story of The Chinese Bamboo...

“You take a little seed, plant it, water it, and fertilize it for a whole year, and nothing happens.  The second year you water and fertilize it, nothing happens. The third year you water it and fertilize it, nothing happens. How discouraging this becomes! The fourth year you water it and fertilize it, nothing happens. This is very frustrating. The fifth year you continue to water and fertilize the seed and then sometime during the fifth year, the Chinese Bamboo Tree sprouts and grows ninety feet in six weeks!”

In the other hand, love lives forever.