Tanda
cintakan nabi cinta paling tinggi, berselawatlah selalu pagi dan
petang. Hari Selasa banyakkan selawat. Hari Isnin baginda wafat, hari Selasa baginda disemadikan. Memupuk rasa cinta, berselawat tanda rindu. Berderai airmata tatkala membayangkan baginda Nabi s.a.w. senantiasa menerima mesej selawat dari umatnya sepertimana hadis riwayat Al Thabrani,
” Di mana sahaja kamu berada, berselawatlah kepadaku, nescaya selawat itu sampai kepadaku.”
Bagaimana pula kita menyatakan cinta pada ayah bonda sedang mereka disana dahagakan ayat-ayat cinta dari pewaris yang ditinggalkan diatas dunia. Kembali bermuhasabah, sisa kehidupan yang ada jika ada pahala didalamnya dihadiahkan khusus buat ayah dan bonda.
Maha Suci Allah. Dia yang menciptakan Cinta, Dia yang membisikkan rindu.

Ku panjatkan doa wahai rinduku. Doa bekalan dari kalam suci Tuhan buat umat Muhammad, kekal hingga akhirat,.
" Ya Allah, ampunilah daku dan kedua ibu bapaku. Kasihilah keduanya sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil " ( Ai Isra': 24 )
Hanya
masa kecil kita ditetapkan lafaz kenapa tidak semasa besar. Sudah pasti kerana semasa kecil sudah terbukti bahawa sesungguhnya, kasih ibu kasih sejati. Kalau tidak masakan ada hadis nabi yang dikhususkan buat para ibu.
Setiap titisan air susu ibu sungguh berharga. Orang tua kita tidak membiarkan anak mereka mati kebuluran melainkan sudah ketentuan. Andai kita dibenci semasa kecil sudah pasti dipicit hidung biar tidak bernyawa. Bila sudah pandai berlari, menyusul lagi anak yang baru. Begitulah seterusnya sehingga ibu tidak sempat mengikat kain dipinggang. Berlari anak seperti hajar mencari air ditengah padang pasir. Mana satu pilihan qalbu, takdir jadi penentu. Bila anak-anak sudah besar, terserah pada haluan. Bagaimana melihat hadirnya emak bapa pada kacamata anak-anak yang besar panjang. Apakah putus sudah kasih sayang??
Ibumu.., Ibumu.., Ibumu.., Kemudian Ayahmu!
Dari
Abu Hurairah r.a. beliau berkata, "Seseorang datang
kepada Rasulullah s.a.w dan berkata, 'Wahai
Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?' Nabi s.a.w menjawab, 'Ibumu!' dan orang tersebut
kembali bertanya, 'Kemudian siapa lagi?' Nabi s.a.w. menjawab, 'Ibumu!' Orang tersebut bertanya kembali, 'Kemudian
siapa lagi?' Baginda menjawab, 'Ibumu.' Orang tersebut bertanya kembali,
'Kemudian siapa lagi?' Nabi s.a.w. menjawab,
'Kemudian Ayahmu.'" ( HR Bukhari dan Muslim )
Setiap titisan air susu ibu sungguh berharga. Orang tua kita tidak membiarkan anak mereka mati kebuluran melainkan sudah ketentuan. Andai kita dibenci semasa kecil sudah pasti dipicit hidung biar tidak bernyawa. Bila sudah pandai berlari, menyusul lagi anak yang baru. Begitulah seterusnya sehingga ibu tidak sempat mengikat kain dipinggang. Berlari anak seperti hajar mencari air ditengah padang pasir. Mana satu pilihan qalbu, takdir jadi penentu. Bila anak-anak sudah besar, terserah pada haluan. Bagaimana melihat hadirnya emak bapa pada kacamata anak-anak yang besar panjang. Apakah putus sudah kasih sayang??
Terima
kasih pada orang tua yang mengajar kita tentang adab. Makan minum perlu
beradab. Terbina sebuah ikatan berkeluarga dengan menitikberatkan
adab berakhlak budiman.
Nabi
kita sendiri diutuskan semata-mata untuk menyempurnakan akhlak mulia.
Nenek moyang mendahului senarai dalam membawa contoh teladan peninggalan untuk cucu cicit. Diikuti
kedua ibu bapa dan seterusnya disampaikan kepada kita. Sampai pada
generasi akan datang bergantung harap pada ayah bonda zaman sekarang. Zaman
serba maju. Maju serba serbi sayang akhlak jatuh merudum.
Tinggi
mana pun ilmu, kalau sudah tidak beradab, simpan saja dalam peti
besi.Jadikan qarun untuk tujuh keturunan.Bermegah pada dunia namun jauh disanubari tidak pernah berpuas hati. Lebih mulia tukang mesin rumput. Punya daya imaginasi tinggi
mencipta taman tuan menjadi syurga idaman. Sekurang-kurang kita
bersyukur masih punya ramai anak-anak muda dalam siri jelajah black out
demi mengubah corak negara.. Jangan hidup seperti mereka dengan keluarga
mereka. Hidupnya kita bagaikan aur dengan tebing.
Adab
berkasih. Berkawan biar beribu, berkasih hanya satu. Kekasih tidak
meminta hanya memberi. Tidak pula bertanya, hanya memerhati. Tidak
bermadah yang banyak helah. Bahagia berkasih bila nampak dimata,
hadirnya dihati. Bersama qaseh riang bersenda. Berkasih tidak memaksa
hanya bersedia bila masa susah, faham bila rasa senang. Keserasian bila
berkasih kita seronok menjadi diri sendiri. Tidak ada jurang yang
memisahkan.Tidak takut, tidak gentar, qaseh pelindung, pelita hati.
Indahnya berkasih, tiada siapa dapat meneka segala isi hati.Kata
pujangga, cinta agung cinta yang gagal. Mana mungkin dapat bersama jika
benar-benar ada cinta. Cinta hanya milik Dia.Cinta itu tanda menghidupkan. Bila jasad mati, pasti reput dalam liang lahad.
Cinta tidak pernah luput. Haruman cinta sampai melepasi gunung.
Adab
berumah tangga. Ikan dilaut, asam didarat. Dalam periuk bertemu juga.
Jodoh itu penentu hakiki. Bercinta bagai bulan jatuh ke riba tapi
akhirnya dia bukan milik kita. Jodoh ikatan suci tersimpul mati. Baik
buruk rumahtangga, mengikut tatacara diatas bagaimana kita melayan orang
tua, bagaimana meletakkan kasih bila bercinta.
Formula benar lagi hakiki seperti dalam surah An Nur ayat 26 yang membawa maksud,
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki
yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang
jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk
lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk
perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari
(tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka
(yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan
yang mulia.
Bermuhasabah
dengan diri. Jika kita rasa kita tidak jahat, berusahalah mencari
kebaikan dalam pasangan masing-masing. Bukan keserasian yang kita cari
bila sudah berumahtangga. Ketidaksamaan itu yang mengukuhkan ikatan
suami isteri. Jangan terlalu memandang jahat pada orang lain sedang
empat jari menuding pada diri sendiri. Positif dan negatif itu yang
membolak balikkan lukisan rumah tangga. Bayangkan kalau keduanya sama,
kita bernyanyi sampai senja. Makan minum entah kemana, kononnya kita
seronok bercinta.
Dunia
bukan tempat bersenang-senang. Dunia tempat diuji,diuji dan diuji hingga sebati. Di ciptakan dunia tempat berpenat, akhirat jua tempat berehat.
Kita baca sejarah Adam. Kita jangan jadi hawa yang memberatkan nafsu.Kita bantu Adam yang jadi adik manja. Kasihanilah Adam, angkara Hawa sekian lama, Adam sudah hilang tulang belakang.
Seperti firman Allah yang bermaksud : "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." (Surah al-Baqarah, ayat 30)
Seperti firman Allah yang bermaksud : "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." (Surah al-Baqarah, ayat 30)
Agenda menjadi khalifah tidak termaktub soal gender. Hak sama rata bagi mengimbangi duniawi dan ukhrawi sepertimana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Persekitaran benar-benar mengajar kita melihat kerakusan hawa bertakhtanya ilmu sekadar dilidah, sedang Adam semakin kaku, semakin dingin menjadi abu, wahai rinduku!!
No comments:
Post a Comment