Showing posts with label Doa Mudah. Show all posts
Showing posts with label Doa Mudah. Show all posts

Monday, February 20, 2012

Suara Kekasih

Hadis dari Abu Hurairah,
 
”Kekasihku memberiku tiga wasiat; puasa tiga hari pada setiap bulan, solat dhuha dan tidak tidur sebelum aku solat witir."


Istimewanya witir dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah itu witir dan Dia mencintai yang witir (yang berjumlah ganjil)”


"Ditanya Nabi s.a.w. tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah. Baginda bersabda: "Amalan yang berterusan walaupun sedikit."


Untuk tidak melalaikan aku menamatkan solat malam dengan solat witir lalu ku rakamkan doa indah ini dengan menulis di laman Qaseh Bonda. Pesan ilmuwan, ikat ilmu dengan tulisan. Seharusnya aku meninggalkan kenangan. Menghayati baris2 doa yang dipanjatkan menambat sukma lantas tidak sanggup rasanya meninggalkan solat witir ini lagi biarpun disempurnakan hanya satu rakaat. Sisa hidup yang ada tak sampai sedepa,ingin rasanya berkongsi rahsia bahagia bila berkasih.

Dengarlah suara hati;


"Ya Allah aku berlindung dengan keredhaanMu dari kemurkaanMu dari siksaanMu dan aku berlindung denganMu dari tidak mampu memujiMu sepertimana Engkau memuji diriMu sendiri"

Hamba bermohon dariMu lagi,

" Ya Allah, hamba memohon kepadaMU  iman yang kekal, hati yang khusyu',ilmu yang bermanfaat, keyakinan yang benar, amal yang soleh, lurus dalam agama, kebaikan yang berlimpah dan hamba memohon keampunan dan sihat walfiat dan mampu mensyukuri atas nikmat kesihatan dan kemewahan kami. Ya Allah, Ya Tuhanku, terimalah solat kami, puasa kami, rukuk kami, khusyu' kami dan pengabdian kami serta sempurnakanlah apa yang telah kami kerjakan. Ya Allah...wahai Tuhan Yang Maha Rahim...Selawat dan Salam keatas sebaik2 makhlukMu iaitu penghulu Nabi Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarga dan para sahabat baginda dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam"


Bila sudah melekat dihati, doa ini bersenandung selalu. Mana munkin kita lupa pada saat manis berdendang dalam lagu, inikan pula mengamalkan amalan mudah lagi indah amalan yang dicintai olehMu.


Solat witir selalu wahai anak2ku walaupun hanya satu rakaat.Paling tidak menutupkan solat Isya'. Meskipun kecil nampak dimata hikmatnya terlalu besar pelengkap jiwa.



 

Saturday, March 6, 2010

Petua lawan musuh

Macam2 teknologi muncul dalam dunia serba moden.Berlumba manusia meredah arus.Siapa paling awal dapat memiliki dia yang terhebat, terkehadapan.



Paling ramai yang mudah tergoda adalah wanita dan para remaja...fokus pembikin iklan adalah bagaimana menawan perasaan mereka.

Negara maju memang bergantung sepenuh harapan pada dua golongan sasaran iblis laknat ini.

Negara aman bila rumahtangga tenteram. Rumah damai dan bahagia. Tiada sengketa rampasan kuasa.

Ingatlah sama jangan kita asyik mengejar dunia, tak terlawan kita dibuatnya. Biar dunia yang kejar kita.

Musuh paling utama berada dalam diri sendiri. Ingatlah pesanan rendahkan pandangan. Dunia kembali aman.

Jaga dari lena yang panjang, bangun dalam keadaan ingat akan Allah. Dalam hati terus berdoa;

' Segala puji kembali pada Allah yang menghidupkan aku dari matiku dan kepadaMu aku dikembalikan'

Terlerailah satu ikatan syaitan dalam diri.

Lalu kita bangun mengambil wudhu' terlepas dua ikatan syaitan yang membelenggu hati.

Kerjakanlah sembahyang,

Terlerai sudah ikatan ketiga pada simpulan syaitan pagi petang siang dan malam.

Awalan kehidupan sudah  tersedia petua  pada anak cucu tujuh keturunan teknik melawan godaan syaitan.

Orang Cina kaya dengan pantang larang tinggalan nenek moyang. Islam hebat sudah tersedia fatwa melawan serangan musuh tak nampak dimata tapi bersarang dihati.

Kekal beramal dengan teknik ini, wanita Islam dan remaja Islam kembali hebat. Dapat mentadbir rumah dengan cekap dan menyusun hidup penuh strategi.

Model wanita terbaik, contohi isteri Nabi. Khadijah usahawan unggul, wanita korporat yang bijaksana mengendalikan perniagaan, Berjaya dalam dunia yang dimonopoli oleh kaum lelaki. Di angkat menjadi isteri nabi yang pertama, yang disegani dan dihormati bahkan menjadi sahabat, isteri dan penasihat baginda yang paling baginda kasihi.

Yang cantik, muda dan manja akan lahir peribadi seperti isteri baginda Aisyah, isteri paling muda, yang cerdik dan cantik sehingga mendapat gelaran mufti dikalangan para sahabat nabi.

Nah! pilih saja yang mana mau mu asalkan ibu dan anak tahu segalanya bermula disini.

Cantik dan bijak bergerak serentak.

Mata itu godaan pertama. Dari mata segala bermula.

Hamba mengingatkan diri dan generasi, selamat beramal pada permulaan kita membuka mata.

Teruskan langkah demi langkah memacu hidup penuh bergaya kerana teknik melawan musuh sudah terpatri dalam diri.

Formula utama melawan godaan dunia.

Target syaitan pada hawa nafsu.

Pull the trigger.

Doa pemancar matahati.

Doa itu otak ibadah.

Kemahiran menggunakan akal yang paling menggerunkan syaitan dan iblis.

' Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati manusia. Tetapkanlah hati kami dalam ketaatan padaMu'

Thursday, December 24, 2009

Relung cahaya

Di usia emas ini, kita kena sekali sekala ber'uzlah. 'Uzlah bukan saja menenangkan Qalbu bahkan kita berpeluang mengembara dalam renungan.

Kalaupun diusia ini tak mampu jadi emas sepuluh, emas 916 pun sudah tinggi mutunya.

Berjauhan dari silau dunia.

Makin kita turut serta pada arus perdana tak munkin kita ketemu Dia.

Manusia khususnya orang melayu cukup gemar bersengketa, buruk sangka hingga tiada berkesudahan.

Andai yang berusia emas ini pun tidak mampu mententeramkan suasana. Bagaimana nasib anak cucu kita masa depan. Kembalikanlah maruah bangsa.

Masing-masing  berlagak muda seakan penuh ilmu didada, padahal jauh ketinggalan dengan tipu muslihat dunia. Tercari-cari makna hidup ini untuk siapa dan akan kemana. Berpesan-pesan dengan kebenaran,

' Ya Allah, jadikanlah pada hatiku cahaya, pada lidahku cahaya, pada penglihatan ku cahaya, pada pendengaranku cahaya, dari kananku cahaya, dari kiriku cahaya, dari atasku cahaya dari bawahku cahaya, dari hadapanku cahaya dari belakangku cahaya. Jadikanlah pada diriku cahaya dan besarkanlah bagiku cahaya.'


Amalkanlah selalu doa ini khususnya selepas membaca Al Quran.

Jangan jadikan rumah seperti tanah perkuburan.

Home is where the heart is.

Saturday, December 12, 2009

DOA PEMUDAH

Ya Allah! Tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau menjadikannya mudah...Engkau menjadikan suatu kepayahan menjadi mudah apabila Engkau kehendaki ianya mudah.

Sunday, December 6, 2009

Ketika melihat wajah di cermin

'Segala puji bagi Allah yang memperbaiki tingkahku...perbaikilah budi pekertiku...'

Berdoalah selalu ketika memandang wajah di cermin, biar doa ini sampai melekat di hati.

Semakin kita menghargai pemberian ini, semakin teguh iman dihati.