Wednesday, October 14, 2009

Awang tak de tangan!

Kisah dulu2 peninggalan nenek moyang...zaman sumpah menyumpah boleh jadi batu.

Kisah Awang tak de tangan...menghabiskan masa hanya mampu tengok orang berjudi...nak ikut berjudi Awang tak de tangan!

'Awang! kalau nak tangan p la mintak kat Tuhan...boleh main judi ngan kami'

'Tuhan ada di mana'
...tanya Awang.

'Tuhan ada nun di hujung kampung...jauh didalam hutan...bila kau jumpa Tuhan jangan lupa tanya Tuhan kami masuk neraka ke berapa'


Maklumlah kaki judi tentunya berjudi siang malam,pagi petang.

Berjalanlah Awang menuju ke hutan..di pertengahan jalan, pak lebai menegur Awang sambil di tangannya memasukkan batu kecil ke dalam bakul.

'Nak kemana kau Awang'

'Nak ke dalam hutan sana...saya nak jumpa Tuhan mintak tangan'

'Kalau kau jumpa Tuhan jangan lupa tanya aku ni masuk syurga ke berapa'

Pak lebai yang arif tentang ugama tentulah mengharapkan syurga ganjarannya...cuma nak tahu syurga yang ke berapa...pak lebai juga mempersendakan Awang yang tak de tangan.

Sampai di hujung kampung..Awang melintasi rumah seorang janda.

'Nak kemana tu Awang'

'Nak Jumpa Tuhan...saya nak mintak tangan kat Tuhan'

'Baik2 jalan ya Awang...di hutan tu banyak binatang buas' pesan si janda...Awang memang dikenali kerana lurus bendulnya.

Sampai d penghujung jalan...kerana keletihan,Awang tertidur di bawah pohon yang rendang...lalu Awang bermimpi...dalam mimpinya Awang sempat bertanyakan permintaan kawan2nya.

Sedar dari tidur.... Awang sudah memiliki sepasang tangan yang sempurna...gembira si Awang bukan kepalang...menjerit2 sambil bernyanyi2.

Yeyyy! yey!!...aku ada tangan!! yey yey!! aku dapat tangan!

Si janda turut syukur...'jagalah Awang tangan Awang tu baik2'

Pak lebai juga terkejut...'kau dah tanya dah Awang aku masuk syurga ke berapa'

'Tuhan kata pak lebai masuk neraka jahanam yang ke tujuh'

'Kenapa pulak aku masuk neraka...aku semayang cukup...semua cukup dah aku buat'

'Tuhan kata pak lebai masuk neraka pasai suka ambik tau hal orang...hari2 pak lebai masuk batu dalam bakul tu sebab nak ambik tau berapa banyak lelaki yang dok lintas p rumah makcik janda tu...susah nak taubat orang macam pak lebai ni'

Kaki2 judi lintang pukang lari bila nampak Awang yang mucul depan mata yang dah ada tangan sempurna.

'Awang! hang tanya dak Tuhan kami masuk neraka ke berapa'

'Tuhan kata semua2 yang dok berjudi ni masuk syurga ke 7'

'Pasai apa pulak kami masuk syurga...kami dok berjudi siang malam ada yang sampai tak ingat anak bini'


'Tuhan kata orang berjudi ni bila
dia bertaubat,dia taubat sungguh2...dia tak dak dosa lain selain dosa berjudi...dia berdosa dengan Tuhan bukan dengan manusia...Jomla cepat kita main judi...Awang dah ada tangan dah ni'

' Kami dah tak mau berjudi dah Awang oii...ingatkan kami dah tak dak peluang dah nak masuk syurga sebab tu alang2 berjudi biar sampai mati'

Berebut2lah para pejudi sekelian ke surau nak sembahyang bila dapat berita gumbira dari awang yang dah ada tangan.


Mulai saat itu semuanya bertaubat dengan penuh keinsafan kembali ke pangkal jalan kerana masih di beri peluang...dijanjikan syurga.

Pak lebai yang sudah berputus asa ingin turut serta bersama kumpulan mereka yang berjudi...alang2 dah masuk neraka.

Permulaan manusia dengan jahil,kemudian fakir, jadi lebai kemudian haji jadi tok2 alim dan para ulamak warisan peninggalan nabi.














Saturday, October 10, 2009

Sekilas pandang

Memang pada pandangan pertama penyusun manik2, pembuat tasbih, pembuat wau dan ramai lagi pengukir2 seni seperti membuat pekerjaan yang tidak menjamin masa depan anak2 cucu.


Renunglah dengan mata hati...jauh dilubuk sanubari...tersingkap rahsia yang tersembunyi.


Supaya hidup tidak tersasar, sesuatu kejadian yang berlaku perlu dilihat dengan mata hati.

teknik sabar orang2 melayu. Nak bagi anak cucu tahu jangan terlalu mengejar kecanggihan....tak terlawan dek akal fikiran nanti.

Friday, October 9, 2009

Bila aku sudah tiada...

Seorang prof. berbangsa India disambung kontrak dari tahun ke tahun...yang telah mendidik beribu2 insan...dia diibaratkan sebuah kamus yang padat..biliknya hanya sendat dengan buku dan kertas tanpa hiasan dalaman...
Dia berkata "kalau Tuhan ambil nyawa saya, saya sudah bersedia...saya dah buat segala2nya didunia ini.."

Seorang peniaga berbangsa Cina...bermula dengan menukar tiub basikal..dia dah boleh buka kedai basikal...kemudian kedai kereta, tauke pembuat badan2 lori sehinggalah dia berjaya memberi makan anak cucunya cukup untuk tujuh keturunan...

Seorang Melayu telah berjaya menyiapkan susunan berpuluh2 ribu manik sambil mengukir KERANAMU MALAYSIA bersama 1 Malaysia dengan mengambil masa lebih setahun hanya untuk dimasukkan dalam rekod Guiness...

Renung2kanlah buat pedoman untuk anak2 cucu kita perbezaan hidup antara melayu, cina dan india.... apa yang akan kita tinggalkan buat bekalan dalam perjalanan pulang kita nanti...sesungguhnya dunia ini hanya pinjaman,

Sunday, October 4, 2009

Management Qalbu- 3M

Supaya hidup terkendali...rawatlah hati dengan jujur..

Mulakan dengan diri sendiri.

Mulakan dengan perkara yang kecil.

Mulakan dari saat ini.


                                                   - KH Abdullah Gymnastiar -

Sunday, September 27, 2009

Ada kala

Adakala bosan, sepi menghantui...adakala duka nestapa,hiba menyesakkan dada...adakala aman damai tenteram rasanya jiwa.

Lain pula jadinya adakala si Awang cerita zaman dahulu kala.

Semua sang suami yang beristerikan isteri si Awang pasti mati di malam persandingan kecuali Awang yang ada kalanya.

Pelik melihat Awang yang masih bersendirian di luar, bapa mertua bertanya kenapa Awang masih belum tidur.

Jawap Awang...Ada kala.

Esoknya Awang memberikan jawapan yang sama...Ada kala.

Pastinya si Awang ada sebab tersendiri kenapa adakala nak tidur adakala tidak..

Masuk malam ketiga Awang masih lagi menjawab ada kala.

Terlintas di hati bapa mertuanya Awang yang bodoh2 cerdik ni, seperti ada sesuatu yang tersembunyi.

Menjenguk di kamar anak perempuannya ternyata seekor kala jengking yang bisa sedang menanti mangsa seterusnya...yang berani menikahi anaknya yang menjadi idaman semua jejaka..yang cantik rupawan..mangsa sumpahan oleh yang durjana.

Awang insan yang nampak bodoh..tapi hakikatnya insan yang jujur...yang turus mata dan baik hatinya akhirnya berjaya merungkai episod ada kala.

Saturday, August 22, 2009

Ramadan bertamu

Ramadan bertandang lagi...

Hiba menerima kunjungan Ramadan...Syukur banyak2 diberi kesempatan lagi...mudah2an sisa umur yang ada ini dapat di manfaatkan sebaik munkin.

Merenung pada segala kejadian yang berlaku di persekitaran hidup ini...terasa betapa kerdilnya kita manusia di sisiNYA.

' Ya Allah jadikanlah hamba ini hambaMu yang sabar,hambaMu yang sentiasa mensyukuri nikmatMu dan yang sentiasa memandang diri hamba terlalu kecil apabila di sisiMU...Ya Allah ampunkanlah segala dosa2 hamba samada yang kecil maupun yang besar,yang lalu dan yang terkini,yang hamba lakukan secara terang maupun sulit,yang hamba sedari atau tidak hamba ketahuinya ya Allah '

Ameen