Ku tuliskan lagu ini. Ku persembahkan padamu, walaupun tiada indah, syair lagu yang ku gubah...
Thursday, May 19, 2011
Masterskill
'" Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan barangsiapa yang diberikan hikmah itu, sesungguhnya dia telah diberikan kebijaksanaan yang banyak..."
( Al Baqarah : 269 )
Mudah2an wahai Allah...anak2 cucu kami menjadi hambaMu yang bijak dalam dunia yang besar.
Ameen...
Tuesday, May 10, 2011
Berbaik sangka, berlapang dada.
Kata pakar motivasi, kita kena masukkan aura positif dalam diri lalu terpancar bahagia dalam diri. Bila dok masuk yang negatif, semuanya jadi tak menentu. Benar sekali...biarlah kita nampak yang baik2 belaka...mudah2an kita jadi baik. Kalau ada yang tak baik tu sebenarnya diri kita yang tak menarik.
Orang bodoh selalu bosan. Bodoh juga membawa diri jadi merana. Bodoh membawa pada kecewa walhal hidup ini adalah untuk menempah bahagia abadi. Menitipkan sisa2 usia untuk menjadi hamba yang berilmu. Menambahkan keceriaan hidup bila mengamalkan ilmu samada ilmu dunia maupun ilmu akhirat.
Nabi kita ada bersabda,
' Sesiapa yang dikehendaki Allah menjadi baik, nescaya difahamkan dia tentang ugama '
Nikmat paling indah dan yang paling tinggi adalah ketenangan hati.
Kata orang ' kegembiraan merupakan seni yang boleh dipelajari '
Hadis ada menyebut,
' Sesungguhnya ilmu itu didapati dengan mempelajari dan keramahan itu di perolehi dengan cara membiasakan diri bersikap sopan '
Semuanya bila dirangkum menjadi seni halus ciptaan Allah yang harus digali oleh yang bernama manusia dalam mengenal keindahan seni meraih erti bahagia dan bergembira didunia untuk membawa pulang pahala ke akhirat.
Asmahul Husna merupakan nama2 indah yang jika di amalkan menerbitkan rasa cinta luar biasa. Cinta paling dalam pada yang Maha Esa, Maha Pencipta lagi Maha Perkasa, Maha Tulus, Maha Quddus, Maha Pembuka lagi Maha Kuasa. Tidak dapat tidak kita ingin sekali menjiwai nama2 indah itu supaya masuk bersama meresap ke dalam diri kita sendiri bagi mengujudkan keunggulan peribadi.
Seni keindahan dan kehalusanNya sedang bersembunyi seperti tersembunyinya kilauan sebutir permata didasar lautan. Indahnya seni mengenal Allah. Kehalusan penyembunyian zatNya dalam asma hul husna. Pada mereka yang mahu mencari, mengkaji, menggali dan akhirnya mengerti cinta bukan ciptaan manusia dan cinta bukan untuk dunia. Cinta ada dalam jiwa pada rajin bekerja, berusaha, mencari untuk mengenal siapa kita. Untuk apa kita diciptakan dan untuk siapa bila kita dikembalikan. Cinta hanya ada pada jiwa2 yang tenang lagi ceria.
Seni keindahan dan kehalusanNya sedang bersembunyi seperti tersembunyinya kilauan sebutir permata didasar lautan. Indahnya seni mengenal Allah. Kehalusan penyembunyian zatNya dalam asma hul husna. Pada mereka yang mahu mencari, mengkaji, menggali dan akhirnya mengerti cinta bukan ciptaan manusia dan cinta bukan untuk dunia. Cinta ada dalam jiwa pada rajin bekerja, berusaha, mencari untuk mengenal siapa kita. Untuk apa kita diciptakan dan untuk siapa bila kita dikembalikan. Cinta hanya ada pada jiwa2 yang tenang lagi ceria.
Ceriakan hati setelah selesai membaca Quran dengan doa pembuka cahaya kebenaran;
' Ya Allah, jadikanlah pada hatiku cahaya, pada lidahku cahaya, pada penglihatanku cahaya, pada pendengaranku cahaya...dari kananku cahaya dari kiriku cahaya, dari atasku cahaya dari bawahku cahaya, dari hadapanku cahaya dari belakangku cahaya. Jadikanlah pada diriku cahaya dan besarkan bagiku cahaya. '
Hidupkan hari ini dengan selalu berbaik sangka, berlapang dada. Terbit cahaya ceria dalam mencari kebenaran.
Monday, May 9, 2011
" MOTHER "
Menonton tv cerita ' mother ' membuatkan hati ini berbunga2 terkenangkan mak. Malaysia pun tak nak ketinggalan meraikan hari ibu semalam 8 Mei. Padahal apalah sangat kita nak ikut budaya mat saleh tu. 1Malaysia yang pernah dijajah masih tak mahu meninggalkan budaya hampeh tu semua. Suka mengagungkan ikutan budaya bukan Islam. Sememangnya sudah termaktub ibu manusia agung, insan mulia yang diciptakan untuk kita sayang, kita hormat, kita sanjung semasa hayat. Kita terus memanjatkan doa bila sudah tiada lagi.
Tiga wajah yang apabila memandangnya kita diberi ganjaran pahala.
Wajah ibu, Al Quran dan Kaabah.
Berbalik pada cerita ' mother' orang putih percaya wanita yang baik akan membahagiakan lelaki baik. Kita wajib percaya sebab dalam Al Quran Allah berfirman,dalam surah An Nur ayat 26:
".... dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)........"
Hari2 adalah hari ibu. Hari2 yang dilalui membuatkan kita semakin mengerti nilai murni hidup berugama. Matlamat hidup adalah semata2 mendambakan redha Allah. Makna sebenar adalah terlebih afdal mengenal hidup bermula dengan mengenal siapa mak kita sebelum kita pergi jauh terbang bebas di angkasa raya.
Mak dulu2 maupun mak2 sekarang tidak ada bezanya. Cumanya mak orang dulu2 tidak diciptakan untuk memburu impian. Mak dulu2 bertanggungjawab membesarkan anak2. Mak dulu2 memendam rasa dan menyimpan cita2 agar anak2nya menjadi orang berjasa. Menonton cerita ' mother ' sekan sama jalan cerita anak2 melayu sekarang ini yang kadang terleka memandang ke atas sehingga terlupa apa yang ada dibawah. Asas kukuh yang menjadikan dia siapa pada hari ini. Kadang2 mak juga pelupa yang mereka adalah contoh paling dekat menjadikan anak2nya bagaimana pada hari esok.
Mak dulu2 maupun mak2 sekarang tidak ada bezanya. Cumanya mak orang dulu2 tidak diciptakan untuk memburu impian. Mak dulu2 bertanggungjawab membesarkan anak2. Mak dulu2 memendam rasa dan menyimpan cita2 agar anak2nya menjadi orang berjasa. Menonton cerita ' mother ' sekan sama jalan cerita anak2 melayu sekarang ini yang kadang terleka memandang ke atas sehingga terlupa apa yang ada dibawah. Asas kukuh yang menjadikan dia siapa pada hari ini. Kadang2 mak juga pelupa yang mereka adalah contoh paling dekat menjadikan anak2nya bagaimana pada hari esok.
Bila mak sampai hati membiarkan kita jadi begini atau begitu. Biarkanlah mak dengan jawapannya nanti. Yang pasti merenung wajah mak meraih pahala. Mendoakan mak itu yang pasti. Marahkan mak jangan sekali.
Ada mak memang minta disisih. Sukar difahami. Sukar diselami hati budi mak. Percayalah...mak lebih tahu sebab mak bersedia mengharungi segala2nya tanpa simpati sesiapa. Mak tak minta balasan. Biarkan anak2 berprasangka. Melahirkan kita pun sudah cukup baik. Mak tak pernah tulis penat lelah. Pergilah ke dunia mana sekalipun, mak masih setia disini. Menunggu panggilan Ilahi. Kehujung dunia anak2 bangga. Mak peduli apa.
Sampai masa kita nanti...
Mula tergila2 meraikan hari ibu. Memaksa anak2 membanggakanmu. Kita yang menyimpan makna sebenar rahsia ' mother '.
Tiapkali melangkah masuk ke perkarangan pusara yang sepi, hamba berdoa,
' Ya Allah, macamana aku ziarah kubur mak, macam tu lah juga aku seolah ke kubur bapa, ke kubur mak mertua dan ayah mertuaku'
Aku kesini selalu sebab mak yang terdekat.
Damai abadi bila kita saling bertaut qaseh dengan mak samada mak hidup atau mak yang sudah lama pergi. Untungnya jadi lelaki wajib membahagiakan ibu terlebih afdal dari memenuhi kehendak isteri. Untungnya perempuan sudah tentu berada di tangan lelaki yang kasihkan ibu.
Damai abadi bila kita saling bertaut qaseh dengan mak samada mak hidup atau mak yang sudah lama pergi. Untungnya jadi lelaki wajib membahagiakan ibu terlebih afdal dari memenuhi kehendak isteri. Untungnya perempuan sudah tentu berada di tangan lelaki yang kasihkan ibu.
Tuesday, May 3, 2011
Selasa oh Selasa
Hari ni rupanya Selasa. Mati2 aku ingat semalam hari Selasa. Selesa sungguh memikirkan tentang Selasa. Padahal hari Selasa hari lengang. Hari yang banyak kedai tak buka. Entah apa gerangan ramai yang menyimpan kepercayaan serong tentang Selasa.
Sejak akhir2 ini aku semakin pelupa. Banyak benda yang lupa. Sampaikan nak menyebut satu2 perkataan pun masih tercari2 dalam kepala. Unsur2 ketuaan sedang menjelma. Padan mak tak suka makan kepala ikan. Apatah lagi organ dalaman. Memang mak tak suka. Tak pernah nampak mak jamah. Ternyata semua itu membawa kelupaan yang nyata. Mak cerdas cergas rohani dan jasmani. Sukar dicari ganti pada kelebihanmu wahai ibuku sayang. Al Fatihah!
Mujur anak2ku yang sedang dewasa juga tidak minat nak makan hati. Memang jarang masak kari kepala ikan. Nak makan limpa jauh sekali. Jangan tidak ada juga yang suka perut dan paru. Itu pun sekali sekala. Maknya yang tak dapat lari dari memamah kepala kembung sampai lumat. Sup dan kari kepala ikan punya la minat dan akhirnya....tua yang sebelum tua yang sebenarnya sudah jadi pelupa.
Since yesterday was Monday....should i delete my last post? I don't think so...why should i ? Mum's always in me everyday and everynight. So what!! Everyday is my Tuesday.
Bukan ada orang kisah pun aku nak tulis apa, hari apa dan untuk apa. Tapi aku kena kisah. Aku kena kisah sebab kisah ku ini akan tinggal jadi sejarah. Kisah yang ditulis kerana Allah. Peninggalan buat anak2 cucu. Sebagai azimat jadikan pedoman. Pusaka mak hanya tulisan.
Andai mak semakin lupa...macam mana jadinya nanti. Aku mengingatkan diri sendiri untuk kembali bermuhasabah diri yang macam nak mati. Memang memikirkan mati itu sunat tapi aku belum nak mati lagi. Takut juga kalau cepat sangat dah nak nyanyuk. Mencari jalan tak nak menambahkan lupa yang sesungguhnya lupa tu dari setan. Suka ganggu masa solat hingga melupakan bacaan yang keberapa rakaat. Akhirnya aku buat kesimpulan walaupun lupa itu dari setan tapi sesungguhnya Allah mengizinkan pada setan untuk aku melupakan. Aku ditakluk setan??
Ciss bedebah kau wahai setan2 sekelian. Pantang maut sebelum ajal.
Tanggungjawab sendiri memulihkan lupa. Ada selawat mencegah lupa. Ada vitamin yang menguatkan minda. Ada segalanya untuk dicegah sebelum parah. Apa pun caranya, hamba sedang berusaha. Seorang jahil yang sedang berguru bersama persekitaran alam ciptaan Tuhan.
Al Fatihah buat guru2ku yang masih hidup
Ada yang sudah bersemadi.
' Tuesdays with morrie ' build up my memories.
Just like me and my tuesday light up my way.
Monday and thursday seems to be kind in anyway
Saturday and Sunday are too good to be free
Wednesday is forgiveness to all
and of coz Friday is the day
Rise and falls on friday
Friday is the boss
Friday is the best
Friday made me sad
Friday made me cry
Friday is the day
i lost my father
and i thank Q god
U took him on Friday
The greatest day that is Friday
how can i forget
the love that i had
the love that we shared
the love that we spread
and down to earth i
Thank You Allah
Just like me and my tuesday light up my way.
Monday and thursday seems to be kind in anyway
Saturday and Sunday are too good to be free
Wednesday is forgiveness to all
and of coz Friday is the day
Rise and falls on friday
Friday is the boss
Friday is the best
Friday made me sad
Friday made me cry
Friday is the day
i lost my father
and i thank Q god
U took him on Friday
The greatest day that is Friday
how can i forget
the love that i had
the love that we shared
the love that we spread
and down to earth i
Thank You Allah
Monday, May 2, 2011
Bersamamu Selasa...
Kembali bersua di pagi Selasa. Alhamdulillah...hari ni anak ke 2 mak sudah masuk alam dewasa berusia genap 22 tahun.
Happy Birthday sayang! Di mata mak anak2 mak seperti tak pernah membesar. Biarpun usia kita kian bertambah namun cinta kita tak pernah layu. Masih seperti dahulu. Kesegaran cinta seperti kanak2. Tak pernah tua rasanya dijiwa. Semakin membara membakar sukma. Bersama Selasa, ku himpun segala rasa cinta dihati. Kenangan melahirkanmu wahai anakku masih terbayang diruang mata.
Anakku sayang...lahirmu tidak melengkapi tempuh bulan kebiasaan sembilan bulan sepuluh hari. Membawamu bersama kenangan pilu dihati. Betapa susah untuk melupakan segalanya. Bagaikan menyentap nyawaku ini bila doktor mengatakan peluang untuk kita untuk hidup hanya limapuluh limapuluh. Sudah dijanjikan mengandungkan mu hanya tujuh bulan lantaran itu bermulalah satu episod duka nestapa disepanjang jalan diari kenangan. Pukul satu pagi mak dan anak bertarung nyawa untuk kembali mengharung dunia fana.
Takdir penentu segalanya. Anakku selamat lahir ke alam dunia. Syukur pada Allah. Sebulan lamanya berendam airmata selama mana anakku ditempatkan dalam incubator. Hancur luluh memandangmu yang di selimuti wayar sana sini. Masih ada parut kekal di sudut dahi itu. Luka didahimu nampak berdarah, sedih luka dihatiku tiada siapa yang tahu hanya Allah.
Allah selamatkan kita sayang! Bersyukur banyak2 wahai anak mak. Selagi hayat dikandung badan, jangan dilupa perintah Tuhan. Bagaimana nabi cintakan umat, begitu jua kasihnya ibu pada anak2. Nabi tak minta apa2 ganjaran pada umatnya bahkan disimpan syafaatnya untuk kita umat Muhammad. Tanda cintakan nabi, banyakkan berselawat pagi dan petang. Peninggalan pesan imam Ghazali banyakkan berselawat dihari Selasa.
Tanda kasih ibu hanya anak2 saja yang tahu. Mencintai tidak pernah mengenal batas usia dan waktu. Cinta membangkitkan keberanian dalam dada. Cinta menghimpun rasa berlapang dada di setiap ketika. Lantas orang berani itu bukan tandanya berani melawan. Tanda orang berani sebenarnya berada dalam jiwa yang tenang.
Tanda kasih ibu hanya anak2 saja yang tahu. Mencintai tidak pernah mengenal batas usia dan waktu. Cinta membangkitkan keberanian dalam dada. Cinta menghimpun rasa berlapang dada di setiap ketika. Lantas orang berani itu bukan tandanya berani melawan. Tanda orang berani sebenarnya berada dalam jiwa yang tenang.
Alhamdulillah anak mak sememangnya berjiwa pahlawan, Tenang dan diam dalam apa saja keadaan lebih2 lagi bila keadaan kian mendesak. Sentiasa mengukir senyuman. Adakala mak tak sanggup melihat kesabaran mu yang tinggi namun apalah daya mak. Itu tandanya Izzat Farhan anak lelaki. Perwira harapan bangsa. Harapan mak satu masa nanti anak mak menjadi insan berjaya dimata manusia, mulia didunia bahagia di akhirat. Ingatlah dihati selalu yang kita tetap hina dimata Allah. Sematkan diqalbu siapa kita disisi Allah. Hanya hamba yang dihantar kedunia memikul amanah. Berlumba2 mengumpul pahala. Menempah syurga alangkah indah.
Selasaku sungguh bermakna kali ini. Hari nostalgia yang terpahat dihati. Bersama Selasa ini, happy birthday sekali lagi. Terindahnya hari Selasa ini hari Qaseh yang tidak pernah mati biarpun sudah lama ibuku bersemadi. Nenekmu yang setia menemani kita dengan air tangannya yang istimewa. Khasidah kueh tradisi melayu menjadi kegemaranmu wahai anakku.
Tiada ungkapan indah selain dari ucapan selamat hari lahir buat Izzat yang jauh dimata namun dihati sentiasa ada. Bayangmu ada dimana2. Ku pandang kiri ku pandang kanan, anak2 seperti menemaniku saban waktu. Subhanallah...alangkah indah hidup ini bila mendapat cinta yang padat...kebahagiaanku dapat berabad2.
Lebih bermakna lagi nampaknya Selasaku kali ini.
Based on true story. The best medicine i found. " Tuesdays with Morrie " is a gift to you and me...and everyone to explore the meaning of LOVE.
Selamat membaca " tuesdays with morrie "
Selamat membaca " tuesdays with morrie "
Monday, April 18, 2011
Syair Ali bin Abi Thalib
' Manusia dipandang dari segi tubuh hanya sama
Ayahnya Adam dan ibunya Hawa
kalau mereka membangga2kan keturunan
Keturunannya pun sama , tanah dan air '
Sunday, April 17, 2011
Suri teladan
Seronok juga mengikuti perkembangan politik negara. Walaupun bukan orang politik, suasana berpolitik sikit sebanyak meledakkan semangat untuk turut serta berkempen demi anak2 bangsa tercinta.
Kalau boleh biarlah kita mempunyai wakil rakyat yang berwibawa. Wakil yang sentiasa menunjukkan sikap dan teladan yang baik. Wakil yang bekerja bukan untuk tembolok sendiri tapi bekerja demi rakyat. Sepertimana ibu bapa yang bekerja demi anak2. Kepentingan dan kebajikan anak2 adalah paling utama. Ketika anak2 sedang membesar disitulah kita berada.
Saling menyimpan amanah rumahtangga. Biar badai melanda, berpisah kita tidak sekali, bercerai kasih apatah lagi. Semuanya gara2 mengorbankan hidup demi anak2.
Begitulah juga orang2 berpolitik. Setelah menunaikan tanggungjawab hakiki, mereka memikul amanah lebih besar demi ugama, demi bangsa merdeka dan demi tanahair tercinta.
Kalau isteri pun tak boleh nak tegur, mampukah dia jadi orang politk terunggul?
Kalau asyik jadi pengampu, mampukah dia jadi pentadbir telus?
Kalau asyik berhias cantik, ke mana hiasan itu hendak dibawa?
Kalau asyik mengumpul harta, bukankah dia pengkhianat umat ?
Semuanya gara2 hilang jati diri bila berkuasa. Orang politik kena mantap akidah, kena kuat berpegang pada ugama dan adat resam bangsa.
Sebab itu DAP semakin mantap. Sepertimana sebuah rumah orang cina mampu dihuni banyak keluarga. Tokong2 cina adalah pusat rakyat cina menjana dan mengagih kekayaan. Sekolah2 swasta cina lengkap dengan segala kemudahan.
Orang melayu yang nak berpolitik kena banyak belajar mengutip ilmu dalam masyarakat cina.
Orang2 cina memberi kelebihan pada sang bapa sedang ugama kita memberi kemuliaan lebih pada ibu.
Rumah orang2 cina bukan Islam meletakkan tokong sembahyang ditengah2 ruang tamu. Tanda hormat secara langsung pada nenek moyang.
Ada sejarahnya pada yang mahu belajar kelebihan berugama bila kita meletakkan Islam agama pegangan.
Ada sejarahnya pada yang mahu belajar kelebihan berugama bila kita meletakkan Islam agama pegangan.
Kenapa orang2 melayu semakin lemah ikatan kekeluargaan. Saling tidak hormat sesama ahli keluarga apatah lagi ibu bapa. Macamana rapuhnya ikatan kekeluargaan begitulah juga senario orang2 melayu berpolitik. Jangan hanya tahu sembahyang tapi tak faham kenapa kita wajib bersembahyang. Jangan hanya pandai mempertikaikan makna solat dan sembahyang sedangkan hakikatnya kedua2 bahasa itu memberi maksud sama.
Bermusuh sesama sendiri, mengata dusta, mengaibkan mangsa tanpa menghiraukan dosa pahala. Bila emak dan bapa terlalu takut pada manusia, macamana nak melahirkan orang2 politik yang takutkan Pencipta yang Esa.
Aku mengingatkan diriku dan anak2 cucu supaya jangan mudah lupa diri, lupa asal usul, renunglah semula sementara ada tenaga dan ada kuasa yang Allah pinjamkan. Ingatkanlah mak bapa dalam doa kita selalu.
' Ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil'
Sedih juga melihat UMNO yang menabur beribu2 janji demi mengekalkan kuasa. Agaknya, macam tu lah juga mereka mendidik anak2 dengan mengikat seribu janji. Akhirnya lahirlah duplikasi.
Tahniah Pada PAS, PKR dan DAP yang berjaya menambat hati rakyat yang dahagakan pendidikan ruh, jasmani dan akal.
Kalah menang adat pertandingan. Kalah bukan bermaksud tewas tapi permulaan segala kelangsungan dalam perjuangan.
Kalah menang adat pertandingan. Kalah bukan bermaksud tewas tapi permulaan segala kelangsungan dalam perjuangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)