' Berkilauan taman cahaya...lampu2 buatan tangan dihias indah dalam pelbagai bentuk rupa...berduyun2 manusia kesana mengejar cahaya...diakhir pertemuan hanya bahang kepanasan yang dirasakan.
Memandang dari jauh memanglah indah, bila berada didepan mata tak sanggup rasanya berada disitu lama2 '
Begitulah hidup ini, sampai masanya segalanya tidak memberi erti. Cahaya apakah sebenarnya yang kita cari !!! Hidup pasti mati, seperti ada cahaya indah yang menanti kita disana. Hayat tak ubah seperti kelongsong.
Melihat pada kilauan cahaya, teringat aku pada insan2 seperti Tmah dan anak2 yang kelaparan. Aku berdoa supaya satu hari nanti tumbang hendaknya kerajaan barisan nasional.
Kerajaan yang sudah payah untuk dipulihkan....barah rasuah sudah merebak ditahap kritikal. Menipu rakyat sepertimana cahaya di i city.
Sekolah, hospital, pejabat semuanya hilang integriti.
Anak2 muda malas bersukan sekadar hebat bermain futsal, dah tak daya memberikan tendangan kuat seperti di padang bola...lambang jati diri ada dipadang bola. Permainan bergaya lambang kekuatan barisan kepimpinan dan kerjasama rakyat jelata.
Anak2 gadis gila bersolek dan berhias dengan berbagai jenama pilihan yang tumbuh macam cendawan....
dan ada sesetengahnya kita sudah tak kenal yang mana jantan yang mana betina.
BN bukan hak mutlak melayu. Hasil campuran anika ragam. Tak ada salahnya mereka tumbang.
Ramai yang buta kayu memperlekehkan yang hasil yang kita makan hari ini dan yang lalu adalah dari hasil BN.
Fahamilah!!! Tak kira siapa yang perintah mereka wajib bayar gaji pada sesiapa saja yang bekerja. Cumanya yang memerintah sekarang sudah tak takutkan Allah. Amanah Allah dibuat sambil lewa.
Ehsan rakyat sebenarnya membiarkan BN terus berkuasa.
Matlamat BN membutakan mata rakyat bahawa segala kebanggaan negara adalah kerana dia.
Tidak semua yang buta mata buta hati sepertimana mengejar cahaya di i city.
Jangan sampai Tipah tertipu lagi.
No comments:
Post a Comment