Saturday, May 29, 2010

Kunci kenal diri

La ni payah nak jumpa kaum ibu sesabar Asiah, isteri firaun. Selera kaum hawa berkembang dari satu tahap ke satu tahap...dari bilis menjadi tamban. Bila membesar berubah menjadi jerung. Ramai anak2 gadis membesar seperti anak2 jerung.

Yang lelaki kian menguncup, yang masih kuat dengan tulang belakang, pakat2lah jadi soton...yang terlebih manja...pakat2 gila tarik ganja...pastu nak cuba2 dadah...alih2 bersepah2 dalam pusat2 perhentian.

Dunia akhir zaman menemukan kita dipenghujung usia...si suami menari2 seperti ikan emas dalam balang kaca, para2 isteri mengganas seperti jerung yang tak pernah puas.

Semua berlaku bukan kerana suami takut bini.

Suami abaikan ibu sendiri. Ada yang takut pada ibu setengah mati.

Zaman Jahiliah kaum Adam menanam anak2 perempuan hidup2...malu mengembangkan keturunan perempuan.

Dulu2 bangsa Cina bukan Islam benci pada kehadiran anak2 perempuan.

Kehadiran Muhammad mengangkat martabat wanita menjadi insan yang dimuliakan.

Zaman Jepun tak digalakkan anak perempuan bekerja bimbang pakat celek2 mata.

Zaman kembali dijahilkan bila segalanya menjadi tunggang terbalik.

Tak kira lelaki maupun perempuan, sama2 kena belajar melihat persekitaran.

Mulakan hari dengan mencari dimana kunci iman.

Kunci iman ada pada sifat malu.

Perlakuan rasa malu bermula dari langkah mula kebilik mandi membersihkan diri. Hasil diri bersih kita ditemukan dengan sifat sabar.

Menghayati nama2 Allah seharusnya hambaNYA tunduk malu dengan diri sendiri terlebih dahulu.

Malu dan sabar melengkapkan iman untuk terus berdepan dengan arus pancaroba dengan rasa keseronokan untuk memberi.... hasil dari jiwa yang kaya dengan ketenangan.

Pupuk sifat malu kerana Allah bila melangkah ke bilik air dengan kaki kiri sambil berdoa,

'Aku berlindung dengan Allah dari syaitan jantan dan syaitan betina'


Bilik mandi ada penghuni khusus....tak kira bilik mandi bersih maupun kotor, taraf kedudukan bilik air tetap sama.

Hormat pada diri yang dijadikan sempurna, hanya yang malu pada Allah sahaja ,tidak sekali2 bertelanjang bulat biarpun bilik mandi lengkap terlitup.

Mandi mengikut tertib mengikut yang disarankan oleh ramai para ahli dengan niat aku mandi kerana Allah.

Dari menyanyi lebih baik berselawat....air yang mengalir dari tubuh yang sentiasa berselawat sambil mandi tentunya berseri2 sampai saat dimandikan ketika mati.

Mudah2an nyamuk yang merupakan tentera Allah tidak mendekati hamba2nya apatah lagi untuk meninggalkan jangkitan.

Orang2 dulu2 mandi berkain basah ditelaga sebab telaga kawasannya terdedah....sedang ibu bapa zaman sekarang masih ada menggunakan kain basah biarpun bilik air tertutup rapi.

Ada mesej di situ supaya darah yang mengalir pada anak2nya menjadikan anak2 malu dan patuh pada Allah.

Melangkah keluar dari bilik air dengan berdoa,

' Segala puji bagi Allah yang menghilangkan kotoran dari badanku dan menyelamatkan aku'

Doa senjata mukmin...lebih tajam dari pedang bila sering di asah. Bila doa sebati dalam diri, doa menjadi benteng mukmin sejati.

Kunci ada ditangan;

Lahirlah peribadi Asiah isteri firaun.

Kekuatan peribadi yang lelaki seperti Nabi Luth dan Nabi Musa.

Istilah takut bini, queen qontrol,al qamah dan macam2 gelaran yang dinamakan mengikut peredaran zaman sudah tidak ada dalam kamus bagi mereka yang berhati bersih.

Bila kekuatan dibina dalam rumah tangga, mana munkin anak2 cucu membesar,bertukar samada menjadi jerung maupun ikan2 emas yang terenang2 dahagakan belaian.

Sebaik2 pakaian adalah akhlak yang baik.

Kenal diri kenal Allah

No comments:

Post a Comment