Sunday, January 23, 2011

Kasih Sayang

Budaya pilih kasih jangan dimulakan dalam rumahtangga kelak ada ibu bapa yang akan merana. Bimbang tercipta keluaran industri manusia, satu rumah satu perangai punah ranah.


Ada mat rempit, minah kacau bilau, ada penagih, ada pengecut dan macam2 lagi yang seangkatan dengan kecelaruan personality. Semuanya gara2 berkasih bermesra tak kena tempat, tak kena gaya. Alhamdulillah di tengah2 kepincangan keluarga muncul wanita melayu pertama di angkat jadi presiden no 1 negara. Kebangkitan wanita ini  mencetuskan semangat kepahlawanan bangsa melayu.

Sejak kemunculan sri kandi bersemangat waja seperti Shamsiah Fakeh, anak2 muda riuh rendah di jalanan seperti sedang menanti seorang ibu mithali, seorang wanita yang jadi ikon untuk para lelaki memilih ciri2 calun isteri atau bakal menantu. 

Rugi jadi kaum Hawa kalau tak dapat bantu kaum Adam dari terjerumus ke dalam neraka. Benar  penghuni neraka  ramai wanita tapi  tak semua wanita dihumban ke neraka kalau hawa itu sedar siapa dia disisi Tuhan.

Masing2 kita punya tanggugjawab untuk bawa pulang mandat yang Allah beri.

Bila hadir si hawa disisi Adam sekadar menjatuhkan moral Adam dari hari kehari, memualkan para2 lelaki, menjelekkan mata anak2 muda tunggulah punahnya sebuah institusi dalam negara khususnya dalam kerajaan yang bernama rumah tangga .

Tak mustahil satu rumah satu pondan, satu perempuan ala2 jantan dan yang paling menakutkan satu lelaki satu misteri yang bersubang sebelah kiri, yang misinya semata2 untuk menjahanamkan kaum lelaki itu sendiri. Musuh utama berada dalam diri sendiri bila ruh dan jasad tidak seimbang zat pemakanannya.

Terima kasih Wan Azizah. Syukur Alhamdulillah. Akhirnya diciptakan insan hawa ini yang berjaya membetulkan persepsi ibu yang sesungguhnya. Jadi mak kena mempertahankan maruah keluarga yang di aibkan hingga tujuh keturunan. Bertungkus lumus membina kekuatan hari demi hari sehingga meletakkan dia wanita paling dihormati, di segani dan dimuliakan oleh anak2 bangsa, pemuda2 harapan negara. Bangkit Wan Azizah bagaikan dalam hikayat Siti Zubaidah.

' setelah puas menanggung azab sengsara, akhirnya dia berjaya menuntut bela '

Sebelum anak2 di ajar dengan haram dan halal, kesedaran tentang memelihara akhlak adalah tonggak utama yang sepatutnya dipamerkan ibu2 depan anak2. Perjuangan Wan Azizah menjadi sejarah terindah untuk generasi wawasan siber. Terukir nama pejuang wanita melayu setanding nama2 hebat wanita pelusuk dunia.

Pada insan2 mulia yang telah pergi dan takkan kembali, berapa kali agaknya kita ziarahi pusara mereka, khususnya pusara ayahbonda tercinta. Bayangkan andai kita sudah tidak punya waktu terluang, kesihatan yang tak mengizinkan, suasana ribut rumahtangga yang lintang pukang, hari2 tua yang membosankan, kesibukan yang tidak berkesudahan, kemana agaknya kita kalau tidak menyusul berumahtangga dalam pusara.

Sebelum ada yang tak rasa rugi kehilangan kita, baik kiranya kita merasa kerugian yang amat sangat andai pusara ayahbonda tidak dijaga sementara  hayat ini masih ada.

Kabarnya ada seorang tuan guru yang tidak pernah lupa menziarahi pusara kedua ibu bapanya pada setiap hari Jumaat. Sebelum solat Jumaat, dia pasti ke pusara ayahbonda.

Anaknya tuan guru itu menceritakan,

' walaupun bapanya mendapat jemputan keluar negara, dia pastikan jadualnya untuk hari Jumaat dia berada di kampung menunaikan tanggungjawabnya sebagai anak untuk ziarah kubur mak dan bapa. Dia akan pastikan dia hadir tiap2 kali Jumaat untuk membaca doa dan Yassin untuk keduanya. Sayalah pemandu dia yang setia. Dia tak pernah cerita kenapa dia taat sangat ziarah kubur mak dan bapa dia dan apa kelebihannya ziarah kubur dan saya sendiri tak faham.'


Anak tuan guru sebenarnya faham. Saja je buat tak faham. Tu baru nama manusia. Mana ada manusia hebat dan sempurna. Semakin banyak yang kita tahu, ada lagi banyak yang tak tahu. Kalau semua serba tahu jadilah seperti tuan2 profesor yang kononnya ilmu penuh didada padahal hidup didunia diakhiri dengan memijak2 belakang orang lain. Pada yang mahu belajar kita kena belajar sampai ke mati.

Dengan kanak2 pun orang tua boleh belajar bergurau senda. Apa lagi yang lelaki senja yang kembali semula menjadi kanak2 yang menagih kasih bonda.

Faham memahami mesej Allah yang dihantar melalui tuan guru tersohor yang jasadnya telah lama bersemadi.







No comments:

Post a Comment