Sudah 12 tahun Fauziah berkhidmat sebagai doktor kerajaan. Fauziah memiliki ciri-ciri doktor yang baik hati. Pesakitnya tentu lega dapat doktor macam dr Fauziah. Dari liuk lentuk body language semasa bercerita memang sukar mendapatkan pengganti seperti dr. Fauziah, dihospital-hospital kerajaan. Bila on duty, tentu Fauziah seorang dr. yang tegas. Rugilah kerajaan kalau hilangnya permata ini bila dia mula bosan dengan persekitaran yang ada. Paling bosan bila ada campurtangan politik dalam hospital.
Fauziah mengorbankan sepenuh jiwa dan tenaga semata-mata untuk pesakit dihospital. Dia tidak punya waktu untuk bercanda apatah lagi menghabiskan waktu dengan sia-sia. Dalam usia 44 tahun, Fauziah belum ditemukan jodoh. Seperti kata Fauziah;
' i love my patients and i love working in government coz i love all the rakyat. Kadang-kadang memang saya pun nak marah dengan peraturan dan undang-undang but what can i do...i tak kisah semua tu yang i tahu all my patients dalam ICU need me more.'
Fauziah bercerita tentang kenangan silamnya sewaktu belajar dan pada masa yang sama, selaku anak sulung, Fauziah bertanggungjawab menguruskan adik-adik. Ayahnya pulang ke rahmatullah ketika Fauziah masih belajar di India. Dia tidak dapat balik jumpa ayah. Ayah yang banyak mendorong dia menjadi seperti hari ini.
'He is such a good man'
'He is such a good man'
Fauziah langsung tidak punya waktu. Bagi Fauziah, dia hanya memikirkan tentang hospital tempat dia bekerja. Bila ada pesakit yang dapat diselamatkan, dia menangis gembira tapi pada masa yang sama dia menangis menanggung sakit yang amat sangat. Pesakitnya tak sedar yang doktor mereka sendiri bergantung pada pain killer hari-hari.. Pada hari dia dinaikkan pangkat, hari yang sama itu jugalah tangannya mula sakit-sakit. Fauziah tidak pernah ambil peduli dan dia pun tak pernah nak cuti. Bila berada didewan bedah, dia rasa macam dia tak sakit. Bila sampai dirumah dan bila malam dia menangis sorang diri. Sakit sangat-sangat tambah-tambah bila nak petang. Sakit menjadi-jadi.
' What more could i ask from god. God have given me everything, my sisters and brothers are all in good positions. I'm dying now! Semua tak tahu yang saya nak angkat stethoscope pun saya tak boleh. Mujurlah saya dapat guna dengan tangan kiri. Tangan kanan saya terlalu sakit. Mak dan adik-adik saja yang tahu saya sedang menderita. I'm 44 n i feel like i'm 88. Dah scan dan guna segala kaedah tapi tak dapat nak kesan kat mana yang tak kena. Berubat cara kampung pun saya dah cuba tapi macam ni juga. Banyak bomoh yang kami dah jumpa semuanya kata ada orang buat, ada orang dengki tapi saya susah nak percaya semua tu. Semalam saya ingat nak ajak adik-adik ke amanah raya membahagi-bahagikan apa yang saya ada untuk mereka.'
Sebagai pendengar setia, aku kira Fauziah sudah lama tidak ketawa. Matanya layu dan lesu. Senyumnya hambar. Sambil membelai tangan kanan Fauziah yang sakit, kami berbual dari hati ke hati. Aku cuba memberi gambaran agar Fauziah memandang sakitnya dari sudut positif. Anggaplah satu nikmat yang Allah hantar seketika untuk Fauziah dapat berehat. Merehatkan roh, jasad dan minda. You have done so much for others. Start thinking for yourself. Cari ruang untuk diri sendiri. Mengabdikan diri pada Dia yang lama dok tunggu bila lagi Fauziah nak ingat pada Dia. Memang kerja itu ibadah tapi sampai mati pun kerja tidak pernah habis. Sebagai orang gomen u kena percaya dengan kemampuan orang lain . U sudah tinggalkan contoh yang terbaik untuk orang lain ikut dan sekarang u kena fikir tentang diri u sendiri. U kena mula menyayangi diri u yang lama u abaikan. Arwah father u tentu sedang menanti bila agaknya Fauziah nak hantarkan Fatihah untuk dia. U juga kata dia bapa yang baik.
Tapi saya boring bila dirumah.
Make yourself happy n home is where your heart is. Tak pun u bawa mak holiday. Tinggalkan hospital tu sekejap. Buat apa nak stress bila kita tak ada pasangan. Allah dah sediakan pasangan lebih baik untuk u di syurga nanti. Dia yang buat kita dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Boring-boring u tulis blog ceritakan semua pengalaman yang u ceritakan tadi. Rugi kalau dibiarkan semua berlalu kalau tak tinggalkan jejak-jejak ilmu yang bermanfaat untuk doktor-doktor muda buat panduan. Doktor muda sekarang tak ada inside.
Tapi saya boring bila dirumah.
Make yourself happy n home is where your heart is. Tak pun u bawa mak holiday. Tinggalkan hospital tu sekejap. Buat apa nak stress bila kita tak ada pasangan. Allah dah sediakan pasangan lebih baik untuk u di syurga nanti. Dia yang buat kita dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Boring-boring u tulis blog ceritakan semua pengalaman yang u ceritakan tadi. Rugi kalau dibiarkan semua berlalu kalau tak tinggalkan jejak-jejak ilmu yang bermanfaat untuk doktor-doktor muda buat panduan. Doktor muda sekarang tak ada inside.
Satu-satu terungkai stress dalam diri dr. Fauziah. Dia mengakui betapa lamanya dia tidak pernah memikirkan semua ini. Ibunya Fauziah converted to Islam jadi sudah tentu sedikit sebanyak Fauziah hanyut dalam bekerja.
Dengan izin Allah, Alhamdulillah, Fauziah sembuh sekelip mata. Dia bangun mengangkat tangannya tinggi-tinggi. Dia boleh pakai bra sendiri tanpa bantuan mak. Sukanya Fauziah dan kepada Allah kita kembalikan rasa gembira ini. Ternyata hidup ini kita saling bertautan walaupun adakalanya dengan ilmu Fauziah yang tinggi seperti dia tidak mengharapkan bantuan sesiapa.
Selang sehari Fauziah kembali semula dengan wajah berseri-seri, senyuman menawan. Wajah Fauziah nampak ceria dan bertenaga dan esoknya dia datang lagi melengkapkan therapy session. Mak Fauziah bilang dia sudah boleh menyapu dan kemas rumah sambil rehat-rehat depan tv. Sudah lebih setahun dia tak buat semua tu. Dulu bila balik rumah, dia hanya baring dan menangis sorang-sorang.
' Sudah empat hari saya tak makan pain killer.' Alhamdulillah.
Fauziah kena selalu baca Quran untuk mengembalikan kekuatan dalaman. Yang orang buat tu lain cerita. Sihir memang kegemaran manusia jahil. Kita kena ingat masing-masing kita ada habuan masing-masing. Yang penting Fauziah terima dengan hati terbuka. Kalau tak ada orang buat pun susah juga, kita takkan faham makna sakit itu dari mana sebenarnya. Hidup ni saling memerlukan diantara kita dan sudah pasti antara kita berdua tak munkin bertemu. Selagi ada hayat kita jangan putus asa mencari ikhtiar.
Begitulah serba sedikit kisah pegawai perubatan kerajaan yang bertugas dengan penuh tanggungjawab tanpa memikirkan kepentingan sendiri. Pada anak-anakku sayang dan yang berada diluar sana. Semua pekerjaan adalah mulia disisi Tuhan selama mana ianya halal dan berkat. Bekerjalah dengan ikhlas tanpa memikirkan ganjaran. Yang menarik tentang Fauziah, dia anak baik, anak mak yang samasekali hidupnya menemani dan membahagiakan emak yang keseorangan. Redha Allah adalah pada anak yang mendapatkan redha ibu terlebih dulu. Bila Allah nak kebaikan pada seseorang, Allah bagi dia faham tentang ugama. Bila dia faham apa itu berugama, Allah temukan jalan keluar dengan mudah.
Teringat kata2 Dr. Saenah;
' Kita hidup ni jangan ingat bekerja tu kerana nak jadi kaya semata-mata. Dalam kubur pun kita kena jawab apa yang kita dah buat masa kat dunia '
Khusus untuk anak cucu yang bercita nak jadi doktor. Ibu bapamu kena physically and mentally fit terlebih dulu. Mak bapa fit anak-anak yang jadi doktor tak mudah di landa stress. Doktor yang tak stress tentunya bekerja dengan happy ever after. Jadilah doktor yang kaya raya didunia dan membawa pulang pahala berlipat ganda sebagai hamba yang dimuliakan di akhirat nanti.
Bijak sains saja tak cukup untuk menjadikan anak2 doktor yang hebat. Doktor juga manusia biasa yang tidak lari dengan godaan dunia. Doktor pun kena ada skill seni mempertahankan diri, seni mengaji, seni menyanyi atau apa saja seni yang dapat memupuk semangat roh dan jasad supaya saling mengenali untuk terus ceria dan bahagia.
Jadikanlah kisah hidup dr. Fauziah ini sebagai pedoman kita semua. Nanti kita sambung pula cerita prof. madya. Mastura yang singgah menghilangkan stress dengan kerenah doktor-doktor falsafah.
Bijak sains saja tak cukup untuk menjadikan anak2 doktor yang hebat. Doktor juga manusia biasa yang tidak lari dengan godaan dunia. Doktor pun kena ada skill seni mempertahankan diri, seni mengaji, seni menyanyi atau apa saja seni yang dapat memupuk semangat roh dan jasad supaya saling mengenali untuk terus ceria dan bahagia.
Jadikanlah kisah hidup dr. Fauziah ini sebagai pedoman kita semua. Nanti kita sambung pula cerita prof. madya. Mastura yang singgah menghilangkan stress dengan kerenah doktor-doktor falsafah.
No comments:
Post a Comment