Menonton drama Bangsal Tua lakunan otai2 melayu merasa terkesan disanubari. Sebak juga terkenang nasib bapak2 dalam bangsal tua. Inilah hasilnya jika mak2 melayu menitik beratkan soal cantik luar dari mendidik anak2 tentang kecantikan dalaman.
Anak2 dibiarkan memondan kerana bencikan tabiat bapak. Anak2 dibiarkan laser mulutnya kerana nak padan muka bapak. Segala kepincangan dalam rumah tangga wal asal balik hasil semuanya disebabkan bapak.
Marilah sama2 kita bermuhasabah mengapa nasib jadi begini. Bukan untuk mengata dusta, cuma usia yang tinggal sedepa mahu meraih redha Ilahi. Berpesan2 selagi ada kesempatan agar waktu yang terluang tidak dalam kerugian.
Sewaktu menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat lama baru2 ini, riuh rendah suasana majlis. Mak dan anak2 berpakaian sedondon sayangnya bapak tidak diurus. Dibiarkan bapak pakai ikut suka tanpa baju baru sedang mereka keluarga mampu.
Nasib bapak seperti dalam drama bangsal tua. Apapun sebenarnya bapak tak kisah.Bapak hanya diam sebab dia sedar dimana silapnya. Bapak yang sembilan akal sudah bersedia menerima hukuman Tuhan.
Aku mengingatkan diriku, anak2 cucuku dan para2 ibu jauhilah sikap tak berhenti bercakap seperi murai, jangan bermulut capoi pesan orang tua2 dan paling dibenci bila bermulut laser, jagalah lidah demi Allah.
Kita tak dapat mengubah mereka yang bercakap tanpa henti, tanpa bukti tapi kita sendiri boleh belajar untuk tidak banyak bercakap lebih2 lagi bercakap yang sia2.
Segala yang didengar kita hadamkan. Biar bisa itu bertukar jadi penawar. Biarkan dia terus bercakap. Andai satu hari dia dijemput pulang, pasti dia akan berhenti bercakap...lalu mahukah kita meneruskan generasi hawa yang hina bila banyak sangat bercakap.
Indahnya orang tua2 berperibahasa, cakap siang pandang2, cakap malam dengar2. Jika sudah tidak dapat mengenal malam dan siang bagaimana nak bercakap,macamana nak kita kenal yang mana jantan yang mana betina...yang mana isteri yang mana suami...yang mana anak yang mana emak.
Belajar menarik lidah untuk berdiam. Menghadamkan segala pengorbanan. Berbicara bersama Dia yang Maha Tahu lagi Maha Mengerti. Berkasihlah sama rata, tidak kira emak maupun bapa. Tanpa kedua, jadikah kita???
Semaikan dihati selalu rasa nak ditelan mati mak, nak diluah mati bapa.
No comments:
Post a Comment