Showing posts with label Sepanjang perjalanan ini. Show all posts
Showing posts with label Sepanjang perjalanan ini. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

Bangsal Tua

Menonton drama Bangsal Tua lakunan otai2 melayu merasa terkesan disanubari. Sebak juga terkenang nasib bapak2 dalam bangsal tua. Inilah hasilnya jika mak2 melayu menitik beratkan soal cantik luar dari mendidik anak2 tentang kecantikan dalaman.

Anak2 dibiarkan memondan kerana bencikan tabiat bapak. Anak2 dibiarkan laser mulutnya kerana nak padan muka bapak. Segala kepincangan dalam rumah tangga wal asal balik hasil semuanya disebabkan bapak.

Marilah sama2 kita bermuhasabah mengapa nasib jadi begini. Bukan untuk mengata dusta, cuma usia yang tinggal sedepa mahu meraih redha Ilahi. Berpesan2 selagi ada kesempatan agar waktu yang terluang tidak dalam kerugian.

Sewaktu menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat lama baru2 ini, riuh rendah suasana majlis. Mak dan anak2 berpakaian sedondon sayangnya bapak tidak diurus. Dibiarkan bapak pakai ikut suka tanpa baju baru sedang mereka keluarga mampu.

Nasib bapak seperti dalam drama bangsal tua. Apapun sebenarnya bapak tak kisah.Bapak hanya diam sebab dia sedar dimana silapnya. Bapak yang sembilan akal sudah bersedia menerima hukuman Tuhan.


Aku mengingatkan diriku, anak2 cucuku dan para2 ibu jauhilah sikap tak berhenti bercakap seperi murai, jangan bermulut capoi pesan orang tua2 dan paling dibenci bila bermulut laser, jagalah lidah demi Allah.

Kita tak dapat mengubah mereka yang bercakap tanpa henti, tanpa bukti tapi kita sendiri boleh belajar untuk tidak banyak bercakap lebih2 lagi bercakap yang sia2.
Segala yang didengar kita hadamkan. Biar bisa itu bertukar jadi penawar. Biarkan dia terus bercakap. Andai satu hari dia dijemput pulang, pasti dia akan berhenti bercakap...lalu mahukah kita meneruskan generasi hawa yang hina bila banyak sangat bercakap.


Indahnya orang tua2 berperibahasa, cakap siang pandang2, cakap malam dengar2. Jika sudah tidak dapat mengenal malam dan siang bagaimana nak bercakap,macamana nak kita kenal yang mana jantan yang mana betina...yang mana isteri yang mana suami...yang mana anak yang mana emak.


Belajar menarik lidah untuk berdiam. Menghadamkan segala pengorbanan. Berbicara bersama Dia yang Maha Tahu lagi Maha Mengerti. Berkasihlah sama rata, tidak kira emak maupun bapa. Tanpa kedua, jadikah kita???


Semaikan dihati selalu rasa nak ditelan mati mak, nak diluah mati bapa.









Saturday, June 25, 2011

Duit ooo duit

Orang sekarang cukup sukar untuk melepaskan apa yang ada di tangan. Jangan berkira2 untuk berbelanja demi kebaikan. Jangan takut jadi miskin kalau ada yang selalu datang meminta2. Yakinlah pada Allah, berbuat baik dibalas lebih baik bahkan berlipat ganda mengumpul saham untuk kesana. Kita mudahkan orang. Allah mudahkan perjalanan kita bahkan dimudahkan kehidupan anak cucu kita. Yakinlah tanpa ragu dengan hebatnya kuasa Allah meskipun tidak berduit. Sebak hati ini melihat suasana kemaraunya hati insan yang lupa diri. 


Dunia kian bergelora. Panas membara. Sana sini terasa bahang bila anak2 tidak dibaja dengan sentuhan mesra. Terdedah dengan keinginan melampau dari mak ayah untuk jadi kaya raya. Mengumpul duit banyak2 itulah keutamaan dalam hidup. Kononnya duit banyak2 melapangkan hidup hingga ke liang lahad. Duit! duit! duit! Seolah2 tanpa duit bertimbun tak munkin dapat mencipta ceria. Dunia tidaklah diciptakan untuk duit, untuk orang berduit sahaja.

Tidak dinafikan duit banyak dapat menjamin hidup selesa. Duit bukanlah segala2nya asalkan hidup jadi manusia berilmu. Sesungguhnya duit tak dapat menggantikan masa lalu sedang masa yang ada masih boleh menjana duit dari satu lembah ke satu lembah. Duit membolehkan kita untuk memiliki segala kemahuan nafsu. Duit juga boleh membeli maruah sendiri. Harga diri mudah dijual beli bahkan sudah digunapakai untuk sebut harga. Sayang sekali duit tidak boleh membeli bahagia.

Duit berjaya jadi raja bertakhta dihati. Anak2 menjadi mata duitan. Bekerja untuk duit semata2. Pagi petang siang malam fokus hidupnya memburu duit. Bahawasanya hidup tanpa duit macam makan nasi tanpa lauk.  Tak munkin kenyang kalau tak berduit. Tidur tak lena kalau tak berduit. Memandang hina pada persekitaran yang tak dapat menjana duit. Manusia jenis ini kita diamkan saja. Biar dia teruja dengan kemampuannya sendiri. Kita doakan dia supaya dicampakkan hidayah dalam lubuk jiwa. Biar dia mengerti keseronokan itu bagaimana dalam erti kata yang sebenarnya. Dipenghujung hidup, duit sudah hilang value. Riwayat Sa'alabah diulang tayang dalam dunia akhir zaman.

    " Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang diantara kamu; lalu dia berkata (menyesali), "Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian) ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang saleh"

 (Al-Munaafiqun: 10)


Ingat pesan guru. ' Harta kalian jangan sampai melalaikan kalian '


Dicelah2 kehidupan ini,

Ida yang jadi engineer akhirnya akur pada ketentuan. Ida berangan2 bila jadi ibu, dia akan rasa bangga dapat meletakkan nama jawatan ibu adalah jurutera pada kad lapuran sekolah anaknya nanti. Susahnya hidup bila Ida yang kematian mak untuk mendapatkan maid yang paling sesuai membuatkan Ida letak jawatan sebagai jurutera cari gali. Diciptakan Ida jadi jurutera hanya sementara. Dia  tidak mengizinkan Ida membanggakan diri. 

Kak Tipah yang muda2nya ghairah mengumpul vintage. Bila sedang dimamah usia Kak Tipah selalu menitiskan airmata. Hari demi hari matanya semakin silau memandang segala bentuk vintage yang menguasai semua sudut rumahnya. Airmata tak mampu menebus kesilapannya menciptakan anak2 tenggelam dalam kesibukan dunia.


Shukri langsung mendiamkan diri bila usia sudah lebih setengah abad, Shukri tetap membujang. Shukri yang bekerja sepenuh hati demi mak dan adik2 terpaksa mengorbankan usia untuk tidak berumah tangga. Mengumpul duit banyak2 kononnya duit itu yang jadi hakikat untuk dia meneruskan hidup. Dia rela mati sendirian dari hidup menyusahkan badan.


Lan yang jadi JUSA pun masih solo. Bertimbun2 harta Lan kumpul. Saloon Lan ada dua tiga.   Hartanah Lan banyak terkumpul hasil dari gelaran IR. Kemana harta Lan yang nak dipikul sedangkan adik2 Lan di kampung kais pagi makan pagi. Biarpun susah adik2 berusaha teruskan hidup membina keluarga. Terbang sang helang mendabik dada, membelahi angkasa, dengan gaya perwira. Sampai masa ke tanah jua akhirnya.

Dr. Fauziah sedang kesunyian. Biarpun banyak duit yang sudah dikumpul, dia masih sendiri lagi. Bekerja sebagai doktor memang tak punya waktu. Hidupnya dihabiskan dalam hospital. Bekerja memang amalan mulia tapi semakin menjauhkan Fauziah dengan yang Esa. Akhirnya tercari2 dimana hilangnya seri dunia.

Kebanyakan Doktor2 melayu ramai yang bekerja dengan niat untuk mengejar gaji  lumayan. Apalah sangat kerja2 lain yang tak sehebat tuan doktor. Padahal kalau belajar dari cerita gifted hand membawa makna paling berharga maksud sebenar perjuangan ibu yang berjaya menghasilkan anak seorang doktor terbaik dalam dunia. Dihidupkkan anaknya sebagai doktor from the inside. Ada doktor2 melayu pakat hilang inside.


Banyak lagi dicelah2 kehidupan orang2 melayu khususnya terlalu meletakkan duit pengadun segala2nya.  Anak2 terleka dibuai duit. Hilang jati diri anak2 melayu bila sudah jadi ternama. Langkah pertama yang menyumbang untuk menjadikan dia hari ini sudah padam dalam ingatan. Dari mata terus kehati hanya memandang kecantikan berlandaskan duit.


Hidup kerana duit. Sense of humour sudah mati. Human touch is very poor. Kemampuan mencipta suasana ceria langsung tak punya. Teknology nano sudah berjaya menghasilkan ramai manusia bertukar robot. Raut wajah sudah hilang seri cahaya. Bila jiwa mula letih, badan tak mampu bertahan lagi. Duit tak berdaya tegakkan nyawa. Duit tidak dapat membuka selera. 


Yakinlah dengan kekuatan budi mampu ampuhkan ruh dan jasmani menjadi satu. Bersangka baik selalu dan berlapang dada hendaknya. Pasti duit tidak mampu menggoncang jasad dan nyawa. Bertakwalah kepada Allah seperti mana di sarankan dalam ayat suci Al Quran.



" Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu "
( At-Talaaq: 2 dan 3 )
Ayat ini dikenali ayat seribu dinar. Kelebihan ayat2 Allah bukan setakat menampal di kedai2 makan untuk dipamerkan buat tuntunan.

Benteng diri dengan amalan seribu dinar. Bila beribu2 dinar yang datang, duit tak mampu mengaburi mata, kaya miskin dilihat sama sahaja. Hakikatnya yang kita miliki walau satu sen sekalipun, bukan kita yang punya. Semua wajib dikongsi bersama ibarat aur dengan tebing. Nilai dinar pada pandangan mata tetap sama. Nilai duit, ringgit malaysia, Thailand dipanggil baht, ada yang panggil dolar. Tak kira apa pun gelaran nama, money is the root to all evil. Selagi kita percaya pada kekuatan hidup adalah dengan duit selagi itulah kita disibukkan dengan menghambakan diri mencari duit. 
Duit oo duit. Biar duit follow kita jangan kita follow duit.

Friday, March 5, 2010

Dulu lain sekarang....sekarang lain

Pun begitu suaranya tetap sama. Ceria menyambut kedatangan hamba, Lamanya tak jumpa. Lantas dia mencari cermin mata. Nak tengok muka dekat2...laluku nyanyikan lagu,

' aku masih seperti dahulu.......'

'eeii lainlah, sapa cakap sama...dulu tak bertudung...'

' Dulu lain, sekarang lain, dahulu bujang sekarang dah kawin '

Berderai kami berdua ketawa gumbira...sukanya jumpa kakak zaman muda2...kakak yang mengajarku banyak benda tentang hidup. Dah uzur nampak kak N. Fizikalnya sudah tak sihat...mental tetap hebat...ceria bercerita zaman muda2. Suara kak N menyinari hidupku semula. Dia ajarku serba sikit menjahit dan mengkait yang sememang bukan kegemaranku. Dapat juga disiapkan satu nak sebai kat bahu bila sejuk dan bila demam tak kebah2.

Pakar masak sudahlah pasti...masak makan dihujung jari...dek kerana asal usul kak N dari cina Kuantong nun dari tanah besar Cina...kebersihan dijaga begitu rapi...luar biasa bersih dan adakalanya merentap hati kawan2 yang seangkatan dengannya yang tidak berapa peka untuk jadi bersih...tambahan pula rakan2 yang melayu jati yang terkenal dengan pemalas dan pengotor...belajar dari kebersihan orang lain apalah salahnya dalam menimba ilmu dunia. Bersih itu separuh dari iman.

Semalam aku bersama Normah Bux. Tuan tanah tempatku berteduh ketika mula menjejakkan kaki di kuala lumpur. Menumpang sewa dirumah mak saudara kak N yang tak pernah kawin sehingga menutup mata pada 2003. Kini kak N mewarisi harta peninggalan pusaka kak minah. Masa hayatnya aku tetap menziarahi kak minah, insan berhati mulia yang rasanya tak pernah melakukan dosa2 besar sekadar meleteri kami yang seperti anak2nya sendiri. Mengadu domba tentang nasibnya yang tiada siapa yang sudi datang meminang. Keinginannya untuk berkawin tak pernah padam, sentiasa ada biarpun ketika itu usianya sudah melebihi setengah abad.

Banyak album kenangan pahit manis bersama kak minah tersimpan dilipatan hati. Yang pahitnya kak minah terlalu bersih tak terkata. Kadang2 dia yang seperti tak mandi2, membersih rumah tak henti2. Habis dikerah kami semua, bergotong royong membersih rumah. Yang nak marah tu, anak kecil kak N yang di jaga sedari kecil, jadi mandor. Dalam marah kami tetap bergurau senda melayani kerenah orang tua. Cerita kg. baru ketika tragedi 13 Mei, kak minah sorang2 diri dirumah kayu yang besar lagi menggerunkan siapa saja untuk menginap disitu. Bagi kami yang seperti kata en. sabri rebus tak empuk sememangnya pengalaman bersama kak minah sesuatu yang sukar dilupakan. Setiap pagi Ahad, kami diarahkan oleh kak minah untuk menemani kak minah ke pasar chow kit. Awal2 pagi beca yang ditempah sudah setia menunggu diluar pintu.

Aku yang kerap menemani kerana kononnya kami berdua begitu serasi. Ye lah tuu... Mendengar dia bercerita, berseloka aku yang paling muda rasa gembira....sedang yang lain malas bicara. Kak minah anak yang bongsu. Dia dihadiahkan rumah pusaka itu hasil sepakat adik beradik. Kak Minah penjaga setia pusaka ayahanda. Kini rumah kayu kak minah tiada lagi. Dia sempat tinggal dibanglo mewahnya hanya untuk beberapa tahun sahaja. Kak Minah tetap tak berubah biarpun rumah sudah diubahsuai dengan jutaan ringgit...dia seperti kadam dalam rumah sendiri.Mencuci membasuh tanpa henti. Lap sana lap sini...bilik airnya yang cantik hasil buatan barang2 import langsung kak minah tak guna....balik2 kak minah mandi kat ruang bilik mandi didapur yang dikhaskan untuk orang gaji padahal kak minah jadi orang gaji dirumah sendiri. Sejak kami berempat pindah dari situ, dia tak pernah sewakan untuk orang lain....pernah dia cuba katanya tapi tak sampai sebulan orang tu pindah....sah orang tu cabut lari sepertimana kami idamkan dulu....tapi tak sampai hati....sempat juga melewati usia lebih setahun bersama kak minah....jalinanku bersama kak minah tetap kekal sampai bila2.


Kali terakhir ku kunjungi kak minah bersama kak Rohani...kakak kandungku yang sama2 menumpang disitu. Kenangan paling istimewa ketika kakakku kawin, kak minah dengan rela tanpa diminta. dia meminjamkan seuncang barang2 kemasnya yang lama disimpan untuk perkahwinan sendiri. Sayangnya hajat kak minah tak kesampaian. Tersentuh hati kami dengan budi baik kak minah. Bagi yang tak minat apatah lagi yang meluat dengan gaya dan suara serta pakaiannya yang ala2 nyonya mansor dalam ibu mertuaku, sudah tentu tak dapat menyelami hati budi anak dara yang lanjut usia ini.....tak kenal maka tak cinta. Terima kasih tak terhingga pada bonda tercinta yang dalam diam2 bonda menyusuri kg. baru mencarikan rumah sewa untuk anakanda. Hasilnya kami bertemu kak minah. langsung berkenalan pula dengan kak N yang sudah ketentuan Tuhan berada ditempat kerja yang sama.


Al Fatihah buat ayahbonda di pagi Jumaat yang mulia ini, juga pada kak minah dan tak lupa buat kak Bainun yang diceritakan kak N semalam yang wajahnya kak Bainun seumpama bidadari ketika dikafankan. Walaupun kita tak pernah melihat bidadari tapi kecantikannya luar biasa tak sama semasa hayatnya dulu....putih memancar seperti sedang tersenyum....begitulah gambaran jenazah kak Bainun. Pernahku catatkan entry khas untuk kak Bainun bagi merakamkan keistimewaan khusus wanita ini....kak Bainun antara wanita yang istimewa pernah ku temui.


Kita sedang mengembara dalam hidup ini....apa yang tinggal bila pengembara sudah tiada lagi didunia....buah tangan apa yang pengembara bawa bila kembali untuk bertemu Allah.


Al Fatihah!!!


Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah....banyakkan menyebut nama Allah dihati sorang2 diri nescaya Allah ingat pada kita bila berada di khalayak ramai. Bila kita ingat pada Allah dalam khalayak ramai, Allah akan ingat pada kita dikhalayak yang lebih baik lagi.

Saturday, January 2, 2010

Contohi Kak Bainun

Bukan bainun bini raju tu...patutnya rakyat biasa dah dapat naik takhta...kena syukur banyak2...tak payah suami suruh pakai tudung pun awak tu kena pakai...suami tak bagi kena terang baik2...rugi jadi isteri kalau tak berdaya jadi penasihat dunia maupun akhirat...apatah lagi dah jadi bini raja, kena jadi wanita contoh pada rakyat jelata...bertambah kuranglah daulat raja bila berbinikan rakyat jelata yang mudah kelabu mata...

Contohi permaisuri di era 2010 ni...Nyonya mansur pun kalau tak malu kat diri sendiri dan tak heran dengan kehormatan suami tapi kena hormat wanita nombor satu negara...anggun dan sopan jadi suri istana negeri yang kaya minyak anugerah Tuhan tapi sayang termiskin dipercaturan.

Berbalik pada entry Contohi Kak Bainun ini adalah untuk ibu2 dan bakal ibu yang nak memacu anak2 menjadi pemimpin berkualiti.

Kak Bainun, wanita bekerja, jadi ibu dan isteri...sibuknya sudahlah pasti.
Di awal lapan puluhan Kak Bainun dah ada peti ais besar seperti yang ada di kedai...memasak untuk anak2 dan suami dan masih sempat menguruskan bapa mertua yang uzur.
Macam2 adaaa!!!dalam peti ais Kak Bainun...pendek kata kalau anak2 nak makan bubur ke pengat ke..menikmati ais kacang,cendul,lin chi kang malam2 buta pun Kak Bainun boleh sediakan..tom yam, laksa semua bahan2 lengkap seperti dipasaraya...tak payah lagi nak tunggu cuti hujung minggu.

Anak2 Kak Bainun tak pernah di ajar dan paling tak suka untuk breakfast dengan biskut2 kering..karipap,cucur badak dan anika kuih muih jadi hidangan pagi dan petang..

Aduhailah Kak Bainun!!!

Pesan Kak Bainun:

' Kita kena hidangkan makanan bagi nampak cantik untuk anak2...budak2 suka cantik baru selera mereka nak makan...ikan kering tu tak payah lah dibiarkan togel ja...kita letakkan salad dan hiaskan dengan limau nipis, bawang besar dan cili muda...suami makan lagilah selera.
Abang Mad ko tu sendiri kalau nak kerumah orang kenduri,dia pastikan makan dirumah dulu...sampai dirumah kenduri,dia jamah sikit2 saja...'

Ada lagi ke lelaki macam abang Mad kak Bainun tu!!! Yang paling ramai sekarang ni cukup banyak yang kebulur untuk makan free! !

Kak Bainun pastikan makanan anak2nya dihidangkan dengan hiasannya sekali...menyimpan resipi punya la banyak...tak kedekut ilmu pulak tu.

Teringat kata2 kak Asmah yang cantik jelita:

'Aku jealous la dengan ko Nun...aku ni lebam sana sini dipukul suami...kesian kat anak2 aku.'

pun begitu kak Asmah tetap cantik dan bergaya luar biasa berbanding dengan kak Bainun yang seadanya bila bergelar bonda.

Bahagianya rumahtangga terletak di tangan wanita dan kekuatan pada sebuah perkahwinan digalas pada bahu lelaki.

Bila kekurangan dilengkapkan sebaik munkin oleh si isteri maupun si suami lalu terciptalah satu ikatan hubungan yang suci.

Jangan salahkan orang lain jika kita tidak bahagia...bertanyalah pada diri sendiri.

Bahagia ada dihati...pancarkanlah sinar bahagia itu untuk dikongsi.

Kak Bainun ada rahsianya yang menawan hati menambat suami dan anak2....

Al Fatihah untuk Kak Bainun dan pada ibu2 yang telah meninggal dunia...