Because you loved, lagu hebat hadiah dari bidadariku.
Hari ini genap ulangtahun perkahwinan yang ke 28. Alhamdulillah hamba sedang mengutip sisa-sisa kemanisan yang ada untuk dibawa pulang berjumpa Allah nanti. Sungguh hamba bersyukur pada Allah kerana dikurniakan anak-anak yang baik, sihat mental dan fizikal. Posting kali ini khusus buat anak-anak tercinta tanda mensyukuri nikmat Allah. Anak-anak anugerah istimewa yang memberi makna hidup ini untuk siapa.
Di kesempatan ini mak menulis untuk meluahkan rasa terima kasih pada anak-anak. Terima kasih atas kesabaran kalian menempuh liku hidup dalam berkeluarga. Syukur pada yang Esa memberi kesempatan pada mak menikmati kemanisan hasil air tangan ibu. Mak dulu-dulu memang mereka malu untuk menyatakan kasih. Cukuplah dengan mereka setia menjadi isteri dan ibu sampai ke mati.
Berbeza dengan mak-mak sekarang lebih terbuka mencurahkan rasa. Ada yang berupaya mencurahkan segala kemewahan demi membahagiakan anak-anak. Mak sendiri tidak pasti apa yang mak dah bagi namun mak syukur banyak2 apa yang anak-anak persembahkan menepati rasa idaman qalbu. Tulisan kali ini adalah penceritaan mak istimewa untuk anak-anakku. Jadikanlah azimat bila perlu.
Seperti kata lagu,
'Andainya aku pergi dulu sebelummu, janganlah kau bersedih hati.Andainya aku tiada lagi disisimu, janganlah kau memencil diri. Ku percaya kau selalu bahagia, walaupun jasadku tiada....walau dimana kau berada....'
Khususnya buat girl, anak mak yang sulung, mak bahagia melihat kedewasaan anak mak. Terkadang mak sendiri kalah dengan kemampuan girl mengharungi cabaran.Almaklumlah girl punya sifu hebat selain dari mak dan baba.Action speak louder than words. Itulah gambaran yang merangkumi peribadi girl, anak mak. Semasa bayi, girl mendapat sentuhan qaseh paling kuat dari baba. Di zaman persekolahan kita berdua mengharungi segalanya bersama. Sedang di usia meniti remaja, girl bertuah ada yang sudi menumpahkan Qaseh, mencurahkan segala rasa sayang, memenuhi segala tuntutan bagaikan anak emas. Segala pemberian menjadikan girl bijak dalam serba serbi hinggakan mampu menyaingi keupayaan akal orang lelaki. Selaku anak sulung girl berjaya menjadi pemimpin pada adik-adik, memegang amanah keluarga. Mak paling ingat pesan girl.
' Mak jangan lewat2kan Isya'.
Sejak dari itu bukan saja waktu Isya', sebolehnya berusaha supaya semua waktu tidak lagi dilengahkan.
Terima kasih atas pesanan dan terima kasih kerana menghadiahkan lagu hebat untuk mak. Terasa mak dihargai sebelum mati. Thank Q Allah for the helping hand.
Anak kedua tentunya punya watak berbeza. Maklumlah sebagai lelaki nombor 1 dalam family tentunya Izzat tak sabar-sabar nak jadi abang. Izzat nak tunjuk betapa komitednya dia pada keluarga. Izzat sanggup mengorbankan masa kecilnya untuk tidak rajin belajar. Kecik2 dah pandai cari duit. Izzat tak malu bekerja masa sekolah. Izzat rajin ke pasar malam, mak cuma tulis apa yang diperlukan. Izzat pandai membeli. Terkenangkan ikan kembung yang Izzat beli dulu, sayu jadi hati mak. Masakan budak darjah 4 sudah pandai membeli ikan. Aduhailaa Izzat anak mak. Mak tak lupa budi baik Izzat semasa Izzat masih anak sekolah.
Walaupun Izzat lahir tak cukup bulan. Izzat kuat dan sihat. Bila dikenangkan saat Izzat kecik2 dulu dihantar rumah pengasuh, Izzat diberinya minum cuma air kanji nasi dengan alasan nak bagi anak itu kuat. Susu dibekal tak pernah habis. Nak marah rasanya pada pengasuh tapi apakan daya kita memerlukan khidmat dia. Ternyata impak minum airkanji menjadikan Izzat layak memasuki Sekolah Perantis. Menjadi anggota Affat adalah idaman lelaki yang macam Izzat. Biar malas belajar tapi berjaya jadi anak jantan. Kadangkala kecekalan Izzat membimbangkan mak. Walaupun usia muda Izzat dikorbankan di Sekolah Perantis, sekurang2nya Izzat tidak membesar bersama mad2 rempit.
InsyaAllah dengan kecerdikan yang ada pada Izzat, mak doakan Izzat berjaya seperti caller ring tone Izzat. I want to be a billionaire. Biarlah kaya atau miskin didunia tapi muliana di akhirat asalkan jangan kaya maupun miskin didunia, muflis pula di akhirat. Bersederhanalah dalam kehidupan.
Thank Q Allah n please help him....
Aliff anak bongsu seperti catatan dalam laman FB nya. Man at age, kid at heart, gentleman to all n a son of the blessfull family. Jelas sekali itulah peribadi Aliff. Menjadi idaman setiap ibu. Aliff tak banyak berkata-kata, Alif tak pandai meminta-minta meskipun Aliff anak bongsu. Digambarkan Alif dimata kawan-kawan seperti Alif anak yang sulung. Apa yang Alif bicara, ringkas dan padat. Kelembutan Alif jauh tersembunyi. Itulah rahsia diri seorang lelaki.
Tersentuh hati membaca folio Alif semasa di sekolah rendah. Kadang2 mak sendiri tak kenal siapa mak yang sebenarnya. Bila Alif menulis tentang ibu, mak terbaca jadi terharu. Emak rajin, penyayang dan kelakar. Bila ditanya pada Alif, garangkah mak. Kata Alif mak garang bila buat salah. Padanlah anak2 mak jarang buat salah sebab bila mak marah, mak membisu seribu bahasa.Tiada lagi gurau senda. Mak bawa hati lara.... pasti kita semua berdukacita.
Alhamdulillah, anak-anak mak sudah dewasa. Sudah boleh buat keputusan. Sudah bijak memilih mana yang baik maupun yang buruk. Mak tak bimbang lagi. Mak sentiasa mengiringi dengan doa selagi mak bernyawa. Selebihnya mak berserah pada Allah. Sudah mak corakkan mengikut acuan yang mak pilih, selebihnya anak2 yang mencantikkan gubahan mengikut citarasa masing2.
Hadir Adam penyeri rumahtangga kita.. Pelita hati kita agar terus menyala. Pengubat rindu dihati dikala sepi menghantui. Adam pelengkap resipi gubahan bahagia. Adam Haqimi Anugerah Ilahi.
Selamat berbahagia anak-anak mak sayang...
Because YOU loved me,thank YOU ALLAH.