Demi rakyat, jom turun mengundi. Pada generasi masa depan, jangan lupa teruskan mendaftar jika sudah layak mengundi. Jangan disiakan peluang keemasan ini. Mengundi tanggungjawab bersama memikul amanah negara. Jangan pandang ringan. Kaya miskin wajib mengundi. Hanya orang yang tidak punya rasa cinta saja yang tidak mahu mengundi seperti mana lagu Malaysia Baru.
Pada bangsa maupun wanita
Hidup tak punya ertinya
Kenikmatan tidak dirasa
Cinta bangsa rasa mulia
Cinta wanita rasa bahagia
Menjadi kita penuh daya
Mencipta hidup sempurna
Hidup tak punya ertinya
Kenikmatan tidak dirasa
Cinta bangsa rasa mulia
Cinta wanita rasa bahagia
Menjadi kita penuh daya
Mencipta hidup sempurna
Andai kita lalai sertalah lupa
Masa akan lari sia-sia
Jiwa kosong tak berharga
Dunia bukan syurga
Oleh itu mari kawanku
Berpimpin tangan berganding bahu
Segera capai cita yang satu
Di alam Malaysia baru
Jom kita mengundi. Inil kalilah saja peluang kita bersarakan UMNO yang sudah lama memerintah. Sudah lama memerintah secara lapuk, secara manual, secara orang segan matinya tak mahu. Sudah layu ditelan dek zaman pemerintahan UMNO yang sudah usang.
UMNO melahirkan ramai graduan cemerlang tapi penyegan. Ramai melayu kaya tapi buta. Ramainya yang miskin masih papa kedana. Negara terbilang, rakyat bukan melayu terus cemerlang. Anak-anak melayu ditakuk lama, semakin ramai jadi jembalang. Gara-gara UMNO, melayu rosak akhlak, punah ranah UMNO angkara ramai dalam UMNO sudah macam Abu Jahal dan Abu Lahab. Ditambah ketua seperti qarun.
Usah disingkap kenangan lama bersama UMNO asalkan kita genggam semula semangat baru menjatuhkan UMNO dari terus bermaharajalela. Cukup-cukup sudah. Cukup sampai disini saja.
Kita pilih calun baru. Calun dalam Pakatan Rakyat. Bukanlah kerana Pakatan Rakyat hebat. Mereka juga manusia seperti kita yang tidak sempurna. Sekurang-kurangnya memerintah cara baru. Penuh dengan idea baru, agenda pun baru, matlamat baru demi rakyat mereka berjanji.
Bah kata UAI bangunan dua butir jagung yang tersergam, menandakan negara tidaklah susah. Sayangnya ramai nun jauh disana masih merempat. Muda-muda hutang ratusan ribu bagi membayar hutang belajar. Contoh terbanyak. Pegawai perubatan kerajaan bermuka masam dari pagi sampai ke malam. Bukan penat melayan pesakit. Benci sarat melangsaikan hutang keliling pinggang. Belum dikira melambaknya graduan tidak bekerja dituntut hutang oleh kuku besi.
Penoreh gerah penat menoreh namun tak cukup menghasilkan keperluan anak-anak belajar. Petani, nelayan, payah-payah tak perlu bersekolah. Hidup dikampung pun dah cukup makan. Demikianlah sumber ilham dari UMNO yang terus berlagak memberi subsidi. UMNO yang tidak malu beriklan, terima kasih pada mereka. Mereka sudah tepati janji. Sudah melebihi umur bersara wajib, konon UMNO tepati janji. Tanpa kuatnya suara pembangkang, mana munkin rakyat merasakan sedikit nikmat.
Tunggu apa lagi. Jom kita mengundi. Mudah-mudahan kali ini, semua wakil rakyat bersatu hati. Wakil rakyat turun padang, melihat kawasan yang sampai sekarang masih tak ada lampu jalan. Merealisasikan impian anak-anak kampung dengan segala kemudahan. Jalan lopak sana sini sampai sekarang, siapa pun tidak peduli. Selagi Putrajaya tidak ditawan, mana munkin akan berlaku perubahan.
Banyak lagi janji-janji manis pakatan rakyat. Kita tuntut sampai dapat. Seperti kata Dr Hamdan, ADUN PAS, wakil rakyat bukan berjanji dengan rakyat tetapi berjanji dengan Tuhan.
Cermin rumahtangga ada pada ibu, cermin rakyat ada pada Rosmah. Sama-samalah kita pelihara cermin pilihan kita kali ini. Kita tukar ibu rumah kepada Wan Azizah agar saling melengkapi dalam membina rumah dan negara mesra sejahtera. Kalau dulu hamba bernazar puasa untuk setiap negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat, kini hamba teruskan lagi niat demi rakyat dalam usaha mencari redha Allah.
Jangan lupa 5.5.2013
Jom Mengundi...
No comments:
Post a Comment