Thursday, August 15, 2013

Iktibar Syawal

Sempena Syawal, tahniah rakyat Malaysia prihatin. Akhirnya lelaki dayus diburu polis setelah sekian lama Polis tidak lena tidor. Polis penat buru Tian Chua, teropong Mad Sabu. Polis letih dengan serang hendap Anwar Brahim. Bila rakyat jadi hakim, baru  polis pakat kalut.  Lambat bertindak, rakyat tembak. Bersatu rakyat membanteras keganasan. Rakyat semakin kuat, kerajaan jadi lemah. 
Apapun segala tindak tanduk, perilaku kita berpunca dari rumah.




Fuyoo!! Hebat sungguh permainan mereka. Sekelip mata popular seperti dalam program realiti. MasyaAllah, hebat juga Siti Khadijah namun tidaklah sehebat pengorbanan isteri Nabi,
 Siti Khadijah r.a.

 Siti Khadijah visi baru ini nampak berani menjawab, walau sudah ditampar, disepak terajang, masih  berani bangun melawan dengan lidah. Terror giler wanita hari ini. Berpisah dari mata anak-anak pun Siti Khadijah tak kesah asalkan tangan masih berani menunjuk-nunjuk  pada anjing sedang menyalak. Jahat-jahat sijantan ini, masih tidak lekang memimpin tangan anak.


Sayu hati ini pada gelagat sikecil, setia mempertahankan mak. Kakak sempat mencampakkan tudung pada si emak. Kesian kat mak. Mak kena banyak mengaji melembutkan hati suami. Banyakkan sabar wahai Siti Khadijah seindah-indah nama wanita Melayu, sempena meminjam nama wanita pertama penghuni syurga. Wahai Khadijah, ini baru fasa kedua hidup berumahtangga.


Jantan-jantan tu semua memanglah macam haiwan kalau mengamuk. Masakan kamu tidak kenal suami sendiri. Punca dia suka mengamuk. punca dia gatallah sangat. Punca dia tak cukup makan luar dan dalam. Lainlah kalau dia berasal dari keluarga haiwan. Setakat kerja di pejabat haiwan, memang tidak asing lagi kalau dia melayan isteri berkasih macam anjing, depan orang malu-malu kucing.


Realiti sekarang, kebanyakan  perempuan  memang suka membiarkan diri diterajang, kemudian berani pulak memaki hamun, memulangkan paku buah keras. Esoknya masih seronok melayan suami tidor satu bantal. Macam tak kenal suami sendiri. Sudah geharu cendana pula. Dah anak dua tiga kutt!! Bukannya kawin baru sehari.

 Suka sangat buat perangai depan public. Konon-konon Siti Khadijah ni pandailah sangat. Mengalihkan badan sambil membelai rambut anak  tanpa berfikir panjang, ada anak satu lagi sedang memerhati. Itulah pasal, bila suka double standard , suka ikut perasaan,  orang senang-senang boleh buat lebih kurang. Beringatlah!! Children learn what they see. Seronokkah kamu wahai Siti Khadijah, membiarkan rumah tangga anak-anakmu nanti meneruskan perangai kaki menjawab, kaki pukul, kaki baran, kaki perempuan dan semua kaki-kaki yang sama waktu dengannya.


Hakikat pasangan ditentukan Tuhan, perempuan baik untuk lelaki baik, yang jahat untuk lelaki jahat. Kalaulah Siti Khadijah memang anak yang baik, ibu yang baik bahkan sudah berusaha jadi isteri baik, yakinlah anda sedang diuji untuk membaik pulih suami yang hilang arah tuju.Bila kita tidak mahu belajar dari kesilapan, perceraian menunggu diambang pintu. Semua adalah  angkara iblis durjana mengambil tempat. Kawin dua tiga bukan tanggungjawab Siti Khadijah kena pikul dosa pahala. Khadijah sepatutnya membimbing anak-anak supaya jangan mengikut rasmi sibapa.


Beginilah nasib Adam dan Hawa bila masing-masing hilang Sentuhan. 


Ada hikmah disebalik kejadian. Digambarkan realiti kehidupan dunia sekarang untuk tontonan satu dunia. Sampai kiamat tidak jumpa jalan keluar selagi wanita tidak mahu mengalah. Tidak belajar untuk jadi sabar. Suka penting diri sendiiri. Iktibar Syawal bagi Rakyat Malaysia jangan biarkan anak-anak menjadi mangsa. Jangan diteruskan tradisi lama keluarga jahiliah. Pantang  lelaki, perempuan suka menjawab.   

Jangan jadi jantan dayus. Jadilah lelaki kuat lagi berani seperti pengikut Morsi.

 Anda mampu mengubahnya!!

Tuesday, August 13, 2013

Muliakan tamu

Salam lebaran. Sempena Raya ramai tetamu datang dan pergi. Sesungguhnya tetamu datang bawa rezeki, tetamu pulang terhapus dosa kecil tuan rumah. Andai tamu pulang bawa rasa hampa, pasti kesal menempa jiwa. Hikmah memuliakan tetamu selalu diperingatkan seperti iklan.


Tetamu dimuliakan bukan kerana darjat tapi dituntut dalam Islam. Hadis memuliakan tamu selalu disebut-sebut. Pun begitu masih ramai diluar sana memandang remeh. Pada anak cucu tersayang, tidak kira lelaki maupun perempuan, ingatlah selalu hikmah memuliakan tamu.


Hari ini, Alhamdulillah kalian anak-anak terdidik dengan akhlak baik. Kita tidak dapat menjangka tentang masa depan. InsyaAllah berbuat baiklah selalu pada ibu bapa nescaya tersedia pasangan baik untuk kalian nanti. Beringat selalu, what goes around comes around. What you give you get back. Perkahwinan bukan sekadar membanyakkan anak tapi motif berkahwin itu untuk apa sebenarnya. 


Jika benar memenuhi tuntutan menjadi umat Muhammad s.a.w. tiada yang membebankan bila bersangka baik. Apatah lagi berbuat baik selalu walaupun pada mereka yang pernah melukakan. Mereka yang memandang rendah pada orang miskin, yang tidak faham makna ujian. Terkadang manusia lupa diri. Ada sebab kenapa dia dikayakan dan kenapa, ada pula yang dimiskinkan. Mereka mendabik dada bila diatas, banyak pula berkata sia-sia. Mereka  memandang hanya pada rupa sedang akhlak mereka jauh merudum. Apapun kita teruskan berbuat baik asal  kita tidak meminta budi baik  dibalas baik. Bukan pada manusia kebergantungan kita. Semua insan yang terpaut rasa ehsan dambakan redha Allah. 


Jangan bersungut bila asyik memberi, tidak pula menerima. Serahkan pada Yang Memerhati. Dia lebih tahu menyusun. Mengaturkan qada' mengikut kadar sempurna. Jika berlaku suasana sepi, suasana kelam kabut dalam rumahtangga, ada asbab tersembunyi. Carilah sendiri mengikut gerak hati. Ingatlah selalu, cermin anak-anak ada pada ibu. Bila tidak dipupuk rasa kasih mesra, hormat menghormati dalam rumahtangga, pasti bertemu jalan mati. Bila hati tidak bahagia, mula menanam benih benci.


Kelak beginilah jadinya...


Memandang tetamu hanya sebelah mata. Tetamu tak diundang merobah airmuka. Tetamu bagaikan batu penghalang. Terbawa arus kealpaan sampai  lalu lupa asal usul.  Dari mana datangnya cinta.  Bila cinta pudar, masing-masing bawa haluan. Tetamu dibiarkan seperti patung tidak bernyawa. Hadir tetamu tidak membawa bekas. Luaran seperti tinggi didikan tapi sayang tidak diaplikasikan melalui perbuatan. Buta mata hati tentang kelebihan memuliakan tetamu. Walaupun hanya sekadar air kosong, sudah cukup meraikan kehadiran tetamu.


Sama-sama berpesan-pesan selagi hayat dikandung badan. Mengeratkan ukhwah lebih utama dalam menjaga hablumminannas. Hubungan yang membawa kepada kuatnya ikatan hamlumminaAllah. Belajarlah memberi dari terlalu banyak menerima. Bagaimana kita dilayan tatkala kita suatu ketika dulu menjadi tetamu. Jangan sampai lanjut usia kita masih tercari-cari dimana silapnya kehidupan ini nanti.


Teringat kembali pada perilaku peninggalan arwah ibu mentuaku.  Arwah senantisa memastikan tetamu sebelum pulang dijamu makan. Tak kira malam atau siang, tak kira  kaya maupun yang kurang berada, arwah sentiasa istiqamah dalam memberi makan. Arwah tidak ajak-ajak ayam. Arwah  mengajak  sungguh-sungguh sehingga tamu payah menolak. Arwah meninggalkan pesan, pastikan tamu dijamu makan sebelum pulang.. Lauk pauk soal kedua. Apa yang penting menu utama tetap  nasi. Tidak mengira masa tamu pulang tidak merasa hampa.Pernah terjadi tamu sampai malam-malam buta. Pun begitu nasi menu utama menyambut tetamu walaupun lauknya ala kadar. Tetamu sampai pukul 3 pagi pun, nasi siap tersedia, walaupun hanya berlaukkan telur.


SubhanAllah. Sanggupkah kita bersusah payah seperti dia. Hamba rakamkan segala penat lelah, tanda ingatan buat anak cucunya untuk meneruskan legasi memuliakan tetamu.


Belajar dari gaya hidup orang-orang lama membuatkan kita rela hadirnya tetamu tidak kira masa. Kita kena selalu mengingatkan diri kita diuji dengan hadirnya tetamu. Bagaimana kita melayan, bagaimana kita meraikan, kita sentiasa diperhati.  Diteropng dari kiri dan kanan, dari atas dan dari bawah. Dia tidak pernah meninggalkan kita walau sekelip mata pun jua. Jika kita faham makna memuliakan tetamu, apa ditunggu lagi. Susah sangatkah untuk kita bercermin  rasa seronok bgi membuktikan keikhlasan menyambut para tamu. Lebih-lebih lagi pada tetamu yang tidak diundang. Disamping dapat menumpang merebut pahala, kita berpeluang menarik rezeki. Tambah syukur  jika  tetamu pulang membawa pulang dosa kita bersama agar terpadam segala dosa silam. 


Orang tua-tua dulu tidak menampakkan alim dengan serban berbakul, dengan hijab hanya tinggal dua biji mata. Buat nampak ikhlas sudah cukup melambangkan tauhid orang dulu-dulu sukar dicari ganti. Terbukti, Action speaks louder than words. Terkesan sampai hari ini bahawa sesungguhnya mereka  yakin dengan janji Allah hikmah  disebalik memuliakan tetamu.  Melayan tetamu seperti tuntutan fardhu.. Apa dibimbang pada segala yang telah dikeluarkan. Bukankah Allah gandakan segala kebaikan. Tingkah laku ditinggalkan membawa mesej, jangan sekali-kali minta dibalas pada budi yang ditabur. Tetamu pergi, mereka masih menanti pada yang datang lagi. Tauhid orang dulu-dulu tinggi nilainya. Mereka berpegang teguh pada jalan Allah. Cukuplah Allah jadi pengganti. Dia Yang Memerhati, Dia Wakil.  Dia Pelindung. Mereka sekadar membawa bekal ke akhirat jua tempat abadi.


Alhamdulillah, arwah setia jadi isteri sampai mati. Segala kisah rumahtangga tersimpan kemas didasar hati.  Arwah setia menyenduk nasi dari pinggan ke pinggan tetamu. Mulianya khidmat bakti seorang ibu. Ibu  yang  cantik paras rupa tapi tidak banyak berkata-kata. Diam arwah memberi makna pada yang mahu belajar untuk mengemudi bahtera rumah tangga.


Al Fatihah pada dua wanita teristimewa yang bernama ibu. Tidak lupa pada pasangan yang ditentukan Tuhan. Indah sungguh ciptaan menemukan ikan dilaut, asam didarat. Dalam periuk terhasil ramuan secukup rasa.

Mengambil iktibar raya kali ini.  Jangan berakhlak kosong. Jangan membebankan orang tua bila tiba hari raya. Jangan segalanya boleh dibeli dengan wang ringgit. Dijadikan kaya bukan menambah letih orang tua. Bayangkan andai semua kembali ke destinasi. Tidakkah merasa kesal dihati orang tua yang ditinggalkan keseorangan letih mengurut kaki sendiri. Bertemankan minyak angin teman sejati.

Tidak dilatih hidup berkasih sayang tidak bermakna jahil selamanya. Jangan menanam rasa benci dihati kelak beginilah jadinya dalam kisah hidup berumahtangga. Semarakkam rasa cinta. Kita jadi berani menegur kerana benar. Kembalikan semula hak ibu atas anak-anak apatah lagi anak lelaki. Bila isteri mendahului suami, tetamu jadi saksi.

Ramadhan sudah berlalu pergi. Ramadhan pasti bertamu lagi. Masih adakah waktu untuk kita menyambut tetamu yang pasti datang. Apakah sama nilainya dengan kehadiran tetamu yang tidak undang. Iktibar Syawal memberi impak maksima menghargai pengorbanan orang tua.