Wednesday, November 4, 2009

Kena mengaji dulu...

Kita kena mengaji dulu baru menuntut...bila menuntut dulu tu yang payah...kita rasa kita tahu semua dah...tak nak mengalah...kita rasa kita terhebat padahal ilmuyang ada panjangnya hanya sejengkal...setan memang tak takut dah pada orang yang menuntut dulu...maklumlah geng yang sama...tok sah dok ganggu dah...limpahan nikmat dikatakan rahmat.

kata peribahasa kalau kail panjang sejengkal.

Bila mengaji dulu...banyak yang kita temui...setan cukup suka pada orang yang mengaji dulu...maklumlah konon2nya orang yang mengaji dulu selalu alpa...mudah digoda dan terpedaya...akan kecewa..mula2 dia hantar prebet...pastu dia hantar kopral...sampailah akhirnya dia hantar generalnya pula...orang mengaji ni dah patah pun dia tumbuh lagi...akhirnya baru dia tuntut balik apa yang dia dah mengaji...mengaji sambil menuntut...akhirnya general setan akur pada kehendak Tuhan.

Bukankah iblis sudah berjanji akan menyesatkan anak cucu Adam kecuali hamba Allah yang IKHLAS.

Begitulah putaran kita manusia...sebelum nak celekkan anak2 dengan IT dan apa2 modul yang ada...mak bapak kena celek dulu tentang agama.

Children learn what they see.

Tuesday, November 3, 2009

Nilai Cinta

Hari ini hari yang cukup bermakna dalam episod Qaseh Bonda, tambahan pula jatuhnya pada hari Selasa. Hari Nostalgia. Hari Selasa hari bondaku diangkat pulang. Tinggal hamba berdukacita pada panggilan tiba-tiba. Demi Tuhan semangat bonda masih membara didada. Bonda sudah melekat dihati. Kekuatanmu sukar dicari ganti. Qaseh ayahbonda, sesungguhnya  wali keramat yang tidak pernah mati. Selagi ada keturunan selagi itu bakti kekal sampai bulan bertemu matahari.

Ya Tuhanku, jadikanlah aku seorang yang mendirikan sembahyang, begitu jua anak2 cucuku.
Ya Tuhan kami..Engkau perkenankanlah doaku.
( Surah Ibrahim ayat 40 )

Bonda mengajarku erti ketabahan. Hakikat mengenal Tuhan bila tahan dengan ujian. Menilai makna qaseh sayang dan erti persaudaraan.

Masih segar dalam ingatan ketika hamba mula belajar menulis dari hati,

' Adakalanya ketidakserasian itu membosankan,lebih2 lagi bila jiwanya tidak sama,kehendaknya juga berbeza lalu perjalanan kehidupan menjadi semakin hambar. Semua itu tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan tanggungjawab kerana matlamat perkahwinan bukanlah untuk memuaskan hati sendiri semata-mata. Banyak lagi hati-hati yang perlu dijaga dan dibaja. Andai si ibu juga mencari jalan keluar dengan cara mudah tentunya akan melebihkan bilangan anak2 yang tidak tahu jalan pulang. Di teruskan hidup ini dengan penuh kesabaran dengan harapan pasti ada kemanisan di penghujungnya nanti.
Dari situ saya belajar dari seorang sifu yang meletakkan kepentingan anak-anak dihadapannya dan sanggup mengorbankan hati dan perasaan kerana kasihnya pada anak-anak. Dari dia juga saya belajar mengenal erti cinta kerana cinta bukan untuk ditangisi tapi untuk dinikmati. Cinta juga bukan membinasakan hidup tapi sentiasa subur menghiasi dan menemani kita dalam meniti kehidupan. Sungguhpun kehidupan yang dilalui itu kadangkalanya agar sukar, begitulah kehidupan. Segala yang melanda tidak pernah diperdebatkan...'

Yang terindah, ' Maafkan ketidaksempurnaan hamba '. Penawar segala nestapa. Thank You Allah!

Allah menemukan jawapan. Jodoh pertama pilihan Tuhan. Kita redha pada ketentuan kita dianugerahkan sumber kasih sayangNYA yang suci. Isteri adalah pakaian suami dan suami adalah pakaian isteri. Saling melengkapkan ketidakseimbangan. 

Renunglah dalam matahati betapa istimewanya anugerah Allah ini pada yang mahu mengerti.

' Wanita yang baik lazimnya untuk lelaki yang baik juga.'

(Surah An Nur ayat 26)

Hari ini genap usia perkahwinan selama 25 tahun. Alhamdulillah!! Hamba panjatkan rasa syukur pada pertemuan ini.

Monday, November 2, 2009

Ukur baju di badan sendiri

Seperti kata Tuan Guru kalau setakat ke angkasa lepas sekadar melancung...baik tak payah...benar tuu...buat apalah nak menghabiskan harta dan wang negara menagih pada ilmu yang sia2...banyak lagi yang patut dikemaskinikan dibumi sebelum kita nak meneroka ke langit tinggi yang tiada kesudahannya...bak kata orang nogori...mengabehkan boreh je. Padan patutlah ilmu dengan negara yang ciput ni.

Di kala kedua ibu bapa mendongak memohon restu keselamatan anakanda tercinta Dr. Sheikh Muzaffar yang berada nun jauh membelah langit nan tinggi...anak yang sorang lagi di jemput pulang hanya ditimpa tiang di bumi...Al Fatihah...Tuhan lebih menyayangi.

Sampaikan perkhemahan sekolah pun kita nak tunjukkan kehebatan 1M..apa yang boleh 1M lakukan bila Tuhan lebih tahu niat kita...kanak2 tidak berdosa dipanggil balik...memang Tuhan lebih menyayangi tapi mampukah ibu bapa menerimanya bila Islam bukan pegangan...menambahkan beban para guru bila slogan dijadikan sandaran dan halatuju pengorbanan jadi pertikaian.

Hari ini terpampang didada akhbar Puan Halimahton yang menghabiskan usianya selama 34 tahun di Britain kini dilantik menjadi consultant untuk PERMATA negara dibawah naungan isteri PM.

' Puan Halimaton ada balanced method of teaching to be genius '

Mari kita tanya beliau apa sudah jadi pada Sufiah anaknya hasil dari kecerdikan luar biasa diawal usia.

Semua ini mengajar kita untuk lebih waspada dalam mengejar kejayaan, kekayaan dan kemakmuran.

Pada yang bergelar pemimpin ukurlah baju dibadan sendiri sebelum KLCC pula ranap menyembah bumi.

Hidup kita pun sentiasa di perhati macam CCTV.

Saturday, October 31, 2009

'Aku menulis bukan kerna nama,
Kerana sifat kaseh
pada sesama insan
yang menyatakan
kaseh sayangku
kita sama semuanya sama
apa yang ada hanyalah kehidupan...'

Lagu Ramli Sarip yang evergreen.

Alhamdulillah!! Komen Qaseh bonda diulas dan dikupas secara meluas dipentas AKJ The Scribe bth 24.10,2009 atas tajuk EGM, MCA jadi ilham Nik Abdul Aziz.

Khusus ucapan terima kasih pada Datuk AKJ, penulis blog ternama, The Scribe,AKJ. Terhasil Gubahan Qaseh Bonda ini dikreditkan juga pada Datuk AKJ. Sebagai menyahut cabaran dari Datuk AKJ sendiri sewaktu memperkatakan tentang penulisan melaui blog dalam Astro Awani satu ketika dulu. Antara mutiara kata Datuk AKJ lebih kurang begini,

' Sebaris ayat orang itu menulis saya sudah boleh kenal bagaimana orang itu '

Hamba yang melihat program di Astro Awani itu dalam sambil lewa rasa teruja dengan kata-kata Datuk AKJ. Wow, hebat sungguh ke dia ni. Sampai sebaris ayat pun dia sudah boleh kenal kita. Bagi menduga sejauhmana akal manusia lalu saya sambut cabaran Datuk AKJ.

Saya mula mengintai sekali sekala blog The Sribe, mengundang berjuta pengunjung. Saya yang tidak bernama hanya meminjam pentas Alam Fana Cinta menyusup masuk ruang maya The Scribe. Sekali sekala melontar komen. Alhamdulillah komen Alam Fana Cinta berjaya meraih sokongan pengunjung.



Sampai satu masa dan ketika Tercipta Gubahan Qaseh Bonda. Ternyata, jerat hamba mengena lalu komen Qaseh Bonda mendapat liputan meluas dipentas AKJ The Scribe. Cempedak sudah jadi nangka. Jerat tidak pernah lupa pelanduk. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Terbukti kita sama,semuanya sama. Apa yang ada hanyalah kehidupan.


Bila buruk sangka, kita akan melihat Datuk AKJ seperti manusia mula takbur dengan rahmat Allah. Sempurnakah kita sampai sebaris ayat kita sudah boleh kenal manusia lain. Yang sebenarnya semakin banyak kita tahu semakin banyak lagi yang kita tidak tahu. Bila mengaku pandai sudah tentu menampakkan betapa bodoh diri sendiri. Mana munkin kita menandingi ilmu Allah.


Namun bila kita berbaik sangka, kita sudah tentu berterima kasih banyak-banyak pada Datuk AKJ. Tanpa cabaran dari AKJ tentu kita tidak bisa menulis, mengasah bakat lama terpendam. Dapat juga kita kenal siapa kita dan siapa AKJ.Kita semua hamba menumpang bahtera.

Disebalik cabaran ini tersingkap hikmah tidak terhitung.


Apapun Qaseh Bonda ingin merakam rasa setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih pada insan seperti Man Memali, saji, Yangretibase, Abdullahngah dan langit biru serta ramai lagi yang memberikan kupasan hebat lagi menarik. Mengusik rasa  tersentuh dijiwa. Terasa ingin benar memperkasakan ilmu Allah dalam usaha meninggalkan jejak Qaseh buat anak cucu tercinta. Saling pesan memesan sementara hayat masih ada.


Kehidupan ini tidak lain dan tidak bukan matlamatnya adalah untuk mencari Redha Ilahi.

Sungguh tidakku sangka ada juga menyarankan agar blog Qaseh Bonda ini ditutup. Kabarnya blog ini tidak mampu menandingi kehebatan AKJ. Saranan ini datang dari yang bergelar Qaseh Ayahanda dan ada yang menamakan diri Antihipokrit.

Apapun terima kasih diatas cadangan tuan-tuan hamba. DAKJ sendiri, selaku orang lama sporting dalam memberikan pandangan. Bersedia mempamerkan jawapan dengan hati terbuka, berlapang dada. Kenapa agaknya terlalu Emo kawan-kawan kita di maya sana. Sekadar meluahkan curahan rasa sambil menduga akal, apalah salahnya. Jauh sekali menyimpan niat menandingi tulisan DAKJ.


Apakah Qaseh Bonda buat kenyataan supaya anak-anak cucu tak payah maju??
Tidak perlu menimba ilmu, tidak meneroka kemakmuran dunia lantas tidak perlu nak tambah dari satu lembah emas ke satu lembah yang lain. Tidaklah sama sekali untuk mendidik generasi menoleh ke belakang. Qaseh Bonda masih waras mengukur penilaian tentang kemajuan dan pelaksanaan. Cumanya, kadang-kadang lelaki-lelaki ini terlepas pandang, terasa mereka sudah cukup hebat, cukup kuat serba serbi dalam melayari bahtera dunia.

Apalah salahnya Qaseh Bonda tumpang berpesan-pesan pada kebaikan dalam jalan kebenaran supaya tidak lupa tenggelam. Teman setia itu seharusnya berani melontarkan pendapat. Kalaupun tidak setuju...Fine!!!

' Allah itu Tuhan kami dan Tuhan kamu..untuk kami pekerjaan kami untuk kamu pekerjaan kamu. Tidak ada perselisehan antara kami dan kamu...Allah akan mengumpul kita bersama2 dan kepadaNYA tempat kembali '

( Surah Asy Syura:15)

Jangan beremosi tidak tentu pasal. Antihipokrit  itulah yang sememangnya hipokrit sebab takut dengan bayang sendiri. Adakalanya tuan hamba kena juga bawa bergurau supaya hidup tak sunyi.  Bila diselaputi sepi selalunya penuh dengan kebencian dihati. Ilmu itu tidak hanya diasaskan dengan membaca semata-mata. 


Bila sudah bijak membaca, bacalah  kehidupan. Memahami erti dihidupkan, memerhati,menghayati,meneroka lalu mempraktikkan dan memperkasakan diri untuk  mengimarahkan kehidupan. Adapun melalui pengalaman sendiri ditambah dengan belajar melalui pengalaman orang lain merupakan ilmu paling bermutu dan sekolah paling tinggi. kerana dari situlah akan kita temui jalan pulangnya nanti...InsyaAllah!


Benar seperti kata Langit baru, tidak perlu nak tutup blog. Semuanya bergantung atas niat.


'APABILA TIDAK BOLEH MENJADI CEMARA DI ATAS BUKIT...JADILAH BELUKAR YANG PALING INDAH'




Aku ciptakan laman blog ini tidak lain kerana Allah. Aku menulis pun bukanlah kerana nama tapi kerana DIA.

Saturday, October 17, 2009

Catatan pengalaman indah...

Ustaz Mahizan menceritakan;

'Saya sibuk dengan aktiviti kolej sehingga tak de masa nak ulangkaji pelajaran...periksa dah dekat saya masih sibuk maklumlah selaku presiden kelab tentu banyak kerja2 yang nak dibuat...apa yang seingat saya setiap kali habis solat saya tak lupa nak baca Quran..tak dapat banyak pun semuka saya pasti habiskan..itulah rutin saya...sampai hari periksa saya jadi buntu dimeja peperiksaan...saya merenung ke depan dewan untuk memikir dan memerah jawapan...tanpa saya sedari saya sedang menyalin jawapan satu persatu seperti yang tertera di tirai hadapan dewan peperiksaan...'

Cikgu Nordin ada ceritanya;

'Anak saya bawa balik seorang hafiz dari Sarawak untuk menumpang tidor di rumah...mereka bakal menduduki peperiksaan tak lama lagi...Anak ini dihantar oleh sekolahnya di Sarawak untuk menduduki peperiksaan akademiknya disini...sebagai orang baru tentunya akan mengambil masa untuknya belajar khususnya matapelajaran matematik...anak sayalah kononnya nak ajar matematik padanya...kelebihan anak2 hafiz ini ilmu dunia terlalu mudah baginya sehinggakan dia mendapat keputusan cemerlang dalam matematik melebihi dari anak saya.Dia dipanggil semula ke Sarawak untuk meneruskan khidmat baktinya sebagai imam di sana..'


Pengalaman sendiri beberapa tahun yang lalu;

'Aku sedang belajar membaca Al Quran...hari2 aku cuba menghabiskan dengan harapan dapat Qatam secepat yang munkin...walaupun suara seakan tersekat2 aku gagahkan juga...tak kira masa aku mengaji...mengaji dan mengaji...sekali sekala ke kelas tajwid untuk belajar...pun begitu bacaanku masih juga tidak lancar dan tersekat2...
Pada hari kematian ibu mertua...aku mula mengaji disisi jenazahnya...mengaji dan terus mengaji tanpa rasa dahaga maupun lapar...berentinya hanya untuk solat...aku teruskan bacaan sampai kepagi..dapat habiskan setengah dari 30 juzuk dalam masa tak sampai pun satu hari...aku mendapat satu keasyikkan yang luar biasa untuk mengaji...kelancaran sebutan juga menghairankan diri sendiri...dari mana beroleh kekuatan...hanya Allah saja yang tahu...bila segalanya selesai aku kembali semula ke rumah dan aku ceritakan pada mak...
Kata mak; yang hari2 kita dok baca tu seperti kita mengasah pisau...bila masa kita nak guna..tajamlah pisau yang kita dok asah selalu tu...'

Begitulah anak2 antara catatan pengalaman yang sempat bonda rakamkan...sejak itu bonda berazam untuk Qatam dan Qatam lagi Al Quran dari masa ke semasa dan pahalanya bonda hadiahkan pada insan2 yang bonda Cinta yang telah dulu pergi meninggalkan bonda...
Antara doa Qatam Quran yang menyentuh sanubari ini adalah...hiasilah diriku dengan keindahan Al Quran...muliakanlah aku dengan kemuliaan Al Quran...jadikanlah Al Quran kawanku semasa didunia...teman mesraku semasa di dalam kubur..penolong dan penunjuk cahaya pada hari kiamat...

Indahnya pada sentuhan Al Quran

Friday, October 16, 2009

Bacalah!!!

Bacalah Quran selalu wahai anak2ku...sebelum terbeban dengan kesibukan dunia...bentenglah dirimu sebelum karam.

Anggaplah kalam suci itu umpama surat cinta dari Allah...pasti timbul kerinduan untuk mendendang alunan kalam Tuhan.

Bacalah walaupun sebaris ayat...semuka jika ada kelapangan....tiap2 hari jadikan Al Quran santapan rohmu.

Perjalanan anak2ku masih jauh..banyak lagi yang akan ditempuh...segala macam ragam dan tipu daya manusia yang bakal ditemui nanti.

yang paling utama bagaimana melawan dan membetulkan kehendak nafsu dalam diri anak2ku sendiri...musuh kita yang utama.

Ayat2 suci Al Quran perisainya.

Jadi, bacalah wahai anak2ku...bukankah membaca itu amalan mulia.

Thursday, October 15, 2009

Belajar sampai mati

Untuk hidup dipandu ke jalan yang lurus kita kena berguru..tak kira ilmu dunia maupun akhirat semuanya kena berguru. Hidup selamat,berkat aman bahagia didunia. Mudah-mudahan menempa syurga.

Beruntung mereka yang cari akhirat semata, dunia jadi pengikutnya.

Bagi kita yang jahil akan terus diuji,di uji dan diuji...sehingga DIA menemukan kita tentang makna CINTA...cinta  tulus lagi suci.

Nak berjaya dalam bisnes kena belajar dengan orang cina..tapi jangan menipu untuk cepat kaya. Ingat pesan tok guru.

Tak kira sifu, mentor,idola atau pun apa gelaran mereka...semuanya memimpin kita ke arah lebih maju...mengeluarkan kita dari kejahilan.

' Barang siapa yang hanya membincangkan soal kehidupan dan alam semata2 tanpa mengenal cinta, ini bererti setengah daripada umurnya masih perlu didewasakan'

Semua ilmu pengetahuan boleh dipelajari kecuali CINTA.

Yang pasti jangan tersasar dari menjadi manusia bertamadun.

Usah berguru dengan buku yang kaku...cukuplah di jadikan teman yang membisu penuh makna.

Berhati2 dalam memilih dengan siapa kita berguru...ramai sungguh tok guru pelita sekarang ni...konon nak terangkan sekeliling sedang di bawah ruang lingkupnya gelap gelita..alim2 pelita.
Yang muda2 pun sibuk dalam menunjuk ajar ilmu agama...cut sana cut sini...copy..copy n paste...

Nak kenal guru sebenar..dia mengajar dengan ikhlas tanpa upah....benarkah begitu??Hanya yang kenal CINTA saja yang mengerti makna sebenar dalam berguru...kadang2 kita tak sedar dengan kanak2 juga kita boleh belajar macamana nak bergurau senda...sebabnya Cinta juga diibaratkan seperti kanak2.

Sebab tu guru ada dimana mana...memang benar pun semakin banyak kita tahu semakin bodoh jadinya kita...kalau tak takkan orang tua2 jadi budak2 balik semula bila sudah tua sebab terlalu banyak yang mereka tahu...akhirnya mereka ingin kembali pada fitrah manusia yang ingin dibelai dan dimanja.

Dengan kucing pun manusia boleh belajar...kalau tak takkan kucing di katakan ada 9 nyawa.tak putus2 membawa pelajaran pada yang mahu mengerti mesej yang nak disampaikan oleh sahabat nabi ini.

Begitulah hidup...jadi marilah sama2 kita belajar...belajar sampai kemati.

Bila dah berumur 60 ke atas tu dah kira subsidi dari Tuhan..berlumba2lah mencari keuntungan hasil dari pelajaran yang kita dapat disepanjang perjalanan hidup ini.

Modal asas yang Tuhan beri adalah nyawa.