Ku tuliskan lagu ini. Ku persembahkan padamu, walaupun tiada indah, syair lagu yang ku gubah...
Wednesday, December 5, 2012
Saturday, November 24, 2012
Salam Asyura
Salam 10 Muharam 1434. Diam tak diam kita sudah melangkah ke hari Asyura hari 10 Muharam, hari yang banyak peristiwa besar berlaku dalam sejarah Islam. Di sunatkan berpuasa pada 10 Muharam bahkan puasa sunat bulan Muharam merupakan puasa sunat paling utama selepas puasa bulan Ramadhan.
Dunia sibuk menanti count down tahun baru masehi sedang kita lupa Muharam setia menunggu hambaNya meraikan kehadiran tanpa dipaksa. Se awal Muharam hati beringat untuk menambah pahala sunat tapi sayang sekali iman ini tak pernah kekal, paginya elok petangnya lalok. Malamnya OK siangnya KO mana munkin menandingi Nabi kita yang maksum. Serba serbi kekurangan yang bernama manusia.
Paling tidak gelora yang harus ditentang adalah diri sendiri. Nafsu yang tidak pernah puas melainkan mati. Mengingatkan, diri ini dihidupkan untuk siapakah lagi.
Sudah tentu dihidupkan lagi untuk meneruskan bakti kepada kedua ibu bapa. Andai kita tiada lagi, tidaklah dapat meneruskan doa pada Yang Maha Suci, memohon ampun bagi kedua ibu bapa dalam membahagiakan mereka disana. Bila sudah mati, tidak lagi berupaya berladang, membaja, bercucuk tanam menempah syurga Allah. Tiada lagi doa ini,
"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ke dua ibu bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana kasih mereka padaku sewaktu aku masih kecil "
Ubat paling mujarab dalam melawan hawa nafsu adalah berubat dengan berpuasa. Puasa menambat iman. Menundukkan kemahuan iblis laknatullah. Melawan bisikan syaitan yang direjam. Bersama kita merebut peluang berpuasa sempena Muharam. Banyak berlaku peristiwa hebat pada bulan ini begitulah juga bila dikembalikan pada diri, ternyata kehadiran Muharam membuka lembaran baru membentuk iman dalam Islam dengan penuh rasa ehsan. Pembikinan manusia jauh lebih hebat dari jin sungguhpun jin berada dimana saja namun hadirnya tidak nampak dimata. Masing2 membawa misi tersembunyi.
Pesan Luqmanul Hakim pada anaknya,
“Wahai anakku! Jika ada sesuatu yang tak bisa kau pastikan bila
dia datang, maka persiapkan dirimu untuk menghadapinya sebelum dia
mendatangimu sedang engkau dalam keadaan lengah”
Hiburkan hati dengan amalan mudah, indah dan istiqamah. Beramallah walau sedikit tetapi selalu nescaya dibukakan makrifatullah. Dalam kesederhanaan kita menuju matlamat sepertimana kisah Fatimah puteri Rasullullah s.a.w. mengadu pada ayahandanya perihal dirinya yang kepenatan seharian bekerja dan memerlukan pembantu lalu ditunjukkan baginda amalan mudah menghilangkan segala penat lelah.
Jom beramal dalam mencari redha Allah. Berniaga dengan Allah bermodalkan nyawa. Bila habis modal, jasad dihantar ke tanah perkuburan. Apa lagi yang tinggal...
“Baginda
ditanya : Kemudian puasa yg mana yang lebih utama selepas puasa
Ramadhan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil
Muharam” (HR. Muslim)
Read more: http://ustazlove.com/blog/2011/12/puasa-sunat-hari-asyura/#ixzz2D6Mtjfkw
Read more: http://ustazlove.com/blog/2011/12/puasa-sunat-hari-asyura/#ixzz2D6Mtjfkw
Friday, November 16, 2012
Mutiara Kata
' Assalamualaikum, Baba, mama. nya & pon,...being doing some reading and just want to share this with all of u...
Keep this in mind that the best way to lead is by example. Keep a humble cool head in everything that u do. Be positve in your thoughts, modest in your words, and an example with your action. Though there will be those around you,who may not receive what u are doing , and may mock u or try to weaken your resolve,keep in mind your dreams and where you are going in life, and never let anyone or anything stop u from going there. Don't let someone rain on your parade. Use the light inside u & the positive force that is moving forward, to help brighten someone dark world.
Baba & mama thank you for being the best & irreplaceable example in our life...Brothers, i may not be a perfect one but i promise to try harder.
Love, girl '
My journey to KL on the 9 th November last friday was light up by a quote sms from my girl. I assumed that she is one of my guiding angel. Deep down in my heart i Thank You Allah for the beloving. Tears laid my eyes and what can i say dear...thank you my girl for the remembrance. She also forward the message replied by Alif aka Pon...
" Thank you for the inspirational words. Really made my day.:) "
I realized that everyone needs motivation in this wild world to keep on running our wheel power and instead, money does not buy your spiritual power. I'm glad that my kids growing up in a way that i love u to be. Brave, gentle, kind and full of love. Just remember one thing, in whatever good things that u do, do it with all your heart. Don't let anyone stop you from being the best person you can be. Mind your words, have a peace of mind and please take good care.
"Where there is love,
there is life"
~ Mahatma Gandhi ~
Saturday, November 3, 2012
Because u loved me
Because you loved, lagu hebat hadiah dari bidadariku.
Hari ini genap ulangtahun perkahwinan yang ke 28. Alhamdulillah hamba sedang mengutip sisa-sisa kemanisan yang ada untuk dibawa pulang berjumpa Allah nanti. Sungguh hamba bersyukur pada Allah kerana dikurniakan anak-anak yang baik, sihat mental dan fizikal. Posting kali ini khusus buat anak-anak tercinta tanda mensyukuri nikmat Allah. Anak-anak anugerah istimewa yang memberi makna hidup ini untuk siapa.
Di kesempatan ini mak menulis untuk meluahkan rasa terima kasih pada anak-anak. Terima kasih atas kesabaran kalian menempuh liku hidup dalam berkeluarga. Syukur pada yang Esa memberi kesempatan pada mak menikmati kemanisan hasil air tangan ibu. Mak dulu-dulu memang mereka malu untuk menyatakan kasih. Cukuplah dengan mereka setia menjadi isteri dan ibu sampai ke mati.
Berbeza dengan mak-mak sekarang lebih terbuka mencurahkan rasa. Ada yang berupaya mencurahkan segala kemewahan demi membahagiakan anak-anak. Mak sendiri tidak pasti apa yang mak dah bagi namun mak syukur banyak2 apa yang anak-anak persembahkan menepati rasa idaman qalbu. Tulisan kali ini adalah penceritaan mak istimewa untuk anak-anakku. Jadikanlah azimat bila perlu.
Seperti kata lagu,
'Andainya aku pergi dulu sebelummu, janganlah kau bersedih hati.Andainya aku tiada lagi disisimu, janganlah kau memencil diri. Ku percaya kau selalu bahagia, walaupun jasadku tiada....walau dimana kau berada....'
Seperti kata lagu,
'Andainya aku pergi dulu sebelummu, janganlah kau bersedih hati.Andainya aku tiada lagi disisimu, janganlah kau memencil diri. Ku percaya kau selalu bahagia, walaupun jasadku tiada....walau dimana kau berada....'
Khususnya buat girl, anak mak yang sulung, mak bahagia melihat kedewasaan anak mak. Terkadang mak sendiri kalah dengan kemampuan girl mengharungi cabaran.Almaklumlah girl punya sifu hebat selain dari mak dan baba.Action speak louder than words. Itulah gambaran yang merangkumi peribadi girl, anak mak. Semasa bayi, girl mendapat sentuhan qaseh paling kuat dari baba. Di zaman persekolahan kita berdua mengharungi segalanya bersama. Sedang di usia meniti remaja, girl bertuah ada yang sudi menumpahkan Qaseh, mencurahkan segala rasa sayang, memenuhi segala tuntutan bagaikan anak emas. Segala pemberian menjadikan girl bijak dalam serba serbi hinggakan mampu menyaingi keupayaan akal orang lelaki. Selaku anak sulung girl berjaya menjadi pemimpin pada adik-adik, memegang amanah keluarga. Mak paling ingat pesan girl.
' Mak jangan lewat2kan Isya'.
Sejak dari itu bukan saja waktu Isya', sebolehnya berusaha supaya semua waktu tidak lagi dilengahkan.
' Mak jangan lewat2kan Isya'.
Sejak dari itu bukan saja waktu Isya', sebolehnya berusaha supaya semua waktu tidak lagi dilengahkan.
Terima kasih atas pesanan dan terima kasih kerana menghadiahkan lagu hebat untuk mak. Terasa mak dihargai sebelum mati. Thank Q Allah for the helping hand.
Anak kedua tentunya punya watak berbeza. Maklumlah sebagai lelaki nombor 1 dalam family tentunya Izzat tak sabar-sabar nak jadi abang. Izzat nak tunjuk betapa komitednya dia pada keluarga. Izzat sanggup mengorbankan masa kecilnya untuk tidak rajin belajar. Kecik2 dah pandai cari duit. Izzat tak malu bekerja masa sekolah. Izzat rajin ke pasar malam, mak cuma tulis apa yang diperlukan. Izzat pandai membeli. Terkenangkan ikan kembung yang Izzat beli dulu, sayu jadi hati mak. Masakan budak darjah 4 sudah pandai membeli ikan. Aduhailaa Izzat anak mak. Mak tak lupa budi baik Izzat semasa Izzat masih anak sekolah.
Walaupun Izzat lahir tak cukup bulan. Izzat kuat dan sihat. Bila dikenangkan saat Izzat kecik2 dulu dihantar rumah pengasuh, Izzat diberinya minum cuma air kanji nasi dengan alasan nak bagi anak itu kuat. Susu dibekal tak pernah habis. Nak marah rasanya pada pengasuh tapi apakan daya kita memerlukan khidmat dia. Ternyata impak minum airkanji menjadikan Izzat layak memasuki Sekolah Perantis. Menjadi anggota Affat adalah idaman lelaki yang macam Izzat. Biar malas belajar tapi berjaya jadi anak jantan. Kadangkala kecekalan Izzat membimbangkan mak. Walaupun usia muda Izzat dikorbankan di Sekolah Perantis, sekurang2nya Izzat tidak membesar bersama mad2 rempit.
InsyaAllah dengan kecerdikan yang ada pada Izzat, mak doakan Izzat berjaya seperti caller ring tone Izzat. I want to be a billionaire. Biarlah kaya atau miskin didunia tapi muliana di akhirat asalkan jangan kaya maupun miskin didunia, muflis pula di akhirat. Bersederhanalah dalam kehidupan.
Thank Q Allah n please help him....
Aliff anak bongsu seperti catatan dalam laman FB nya. Man at age, kid at heart, gentleman to all n a son of the blessfull family. Jelas sekali itulah peribadi Aliff. Menjadi idaman setiap ibu. Aliff tak banyak berkata-kata, Alif tak pandai meminta-minta meskipun Aliff anak bongsu. Digambarkan Alif dimata kawan-kawan seperti Alif anak yang sulung. Apa yang Alif bicara, ringkas dan padat. Kelembutan Alif jauh tersembunyi. Itulah rahsia diri seorang lelaki.
Tersentuh hati membaca folio Alif semasa di sekolah rendah. Kadang2 mak sendiri tak kenal siapa mak yang sebenarnya. Bila Alif menulis tentang ibu, mak terbaca jadi terharu. Emak rajin, penyayang dan kelakar. Bila ditanya pada Alif, garangkah mak. Kata Alif mak garang bila buat salah. Padanlah anak2 mak jarang buat salah sebab bila mak marah, mak membisu seribu bahasa.Tiada lagi gurau senda. Mak bawa hati lara.... pasti kita semua berdukacita.
Alhamdulillah, anak-anak mak sudah dewasa. Sudah boleh buat keputusan. Sudah bijak memilih mana yang baik maupun yang buruk. Mak tak bimbang lagi. Mak sentiasa mengiringi dengan doa selagi mak bernyawa. Selebihnya mak berserah pada Allah. Sudah mak corakkan mengikut acuan yang mak pilih, selebihnya anak2 yang mencantikkan gubahan mengikut citarasa masing2.
Hadir Adam penyeri rumahtangga kita.. Pelita hati kita agar terus menyala. Pengubat rindu dihati dikala sepi menghantui. Adam pelengkap resipi gubahan bahagia. Adam Haqimi Anugerah Ilahi.
Hadir Adam penyeri rumahtangga kita.. Pelita hati kita agar terus menyala. Pengubat rindu dihati dikala sepi menghantui. Adam pelengkap resipi gubahan bahagia. Adam Haqimi Anugerah Ilahi.
Selamat berbahagia anak-anak mak sayang...
Because YOU loved me,thank YOU ALLAH.
Friday, November 2, 2012
Ratuku
Lama tak ziarah pusara bonda. Seringkali hujan pagi2 sebab itulah lama tak dikunjungi. Sejak dari Syawal itulah kunjumgan ku terakhir.Menziarahi pusara melembutkan hati, menyinari sanubari. Mengingatkan selalu adanya mati.Menghiasi diriku agar sentiasa menginsafi.
Hancur badan dikandung tanah, budi mak tetap ku kenang jua. Terasakan pagi-pagi Jumaat ini seperti ada yang setia menanti. Membersihkan pusara jadi kepuasan, menghadiahkan ayat-ayat cinta pada ahli2 kubur adalah nikmat santapan rohani yang tidak dapat dijualbeli..
Hari ini jadi bermakna pada jiwa bila sudah menyempurnaka doa syahdu waktu Isyra'.
' Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah terbit matahari dari tempatnya. Berikanlah hamba segala kebaikan pada hari ini dan jauhkanlah hamba dari segala keburukan pada hari ini. Terangilah hati hamba dengan cahaya hidayahMu sebagaimana Engkau terangi bumi ini dengan cahaya matahariMu terus menerus dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih '
Jumaat penghulu segala hari. Bakti diangkat pada Nabi.
Thursday, November 1, 2012
Assalamualaikum...
Lama sungguh tak update blog. Entah apa gerangan idea jadi gersang, mood semua hilang. Tercari2 booster luar biasa untuk aku kembali menulis. Sekali menulis bimbang berkali-kali terus menulis. Tulisan ini hanyalah nyanyian dalam hidupku.
Lainlah orang yang cerdik buku, bertimbun sudah buku dibaca, ditulis, dikaji dan diperhalusi sehinggakan buku adalah segala dalam hidup. Tak baca buku satu hari, tidak sempurna rasanya cik mun... Berguru dengan buku menjadikan dia rasa hebat, serba tahu lalu terambil alih kuasa dari yang Maha Berkuasa.
Bila cerdik dengan kehidupan, kehidupan itulah menjadi guru. Belajar bersama alam. Semua yang ditemui adalah guru baginya. Sehingga akhirnya menemukan dia pada jawapan, bila sehari tak baca Quran...
Secanggih mana pun ilmu orang putih namun dia tidak mampu nak detect bala dari Allah. Sehebat mana pun Ph.D budak Hassan anak Pak Ali,dia tak dapat lari menjadi seperti budak mengunyah chewing gum. Terkejar-kejar ke sana ke mari takut-takut apa yang diluahkan menjadi tawar.
Tersenyum mak di dapur bila mendengar laungan pak hassan...
' Saya ada Ph.D. Banyak buku dah saya kaji, saya tulis, dan saya cukup kenal si fulan bin si fulan '
Kesian pak hassan. Dia sendiri tak kenal diri. Padahal ilmu mengenal manusia tidak memerlukan Ph.D. Ilmu Ph.D ciptaan yahudi, andai tersasar dari landasan, cermin contoh ada pada Hassan budak jaga lembu.. Di ciptakan Allah, memang yahudi manusia paling cerdik, punya akal paling tinggi. Dek angkuh dengan serba serbi kekayaan lantas terciptalah yahudi jelmaan syaitan bertopengkan manusia.
Pesan memesan ini untuk anak-anak cucu andai berjaya menempa nama di persada antarabangsa. Bila sudah berjaya memetik bintang-bintang dilangit, jangan lupa rumput dibumi yang setia menanti.
Friday, September 7, 2012
Teras kasih
Dalam diri kena jadi teras. Orang Kedah kata teraih. Kita kena jadikan diri kita teraih.
Pokok kayu yang hebat pun ada teras seperti raja kayu. Bila dah jadi kayu teras, pasti di gilai oleh penggemar mistik.
Dalam belajar pun ada subjek teras. Besi pun ada besi berani.
Manusia ada apa. Hebat manusia ada teras. Teras pada nama. Teras manusia ada pada emak.
Hanya
emak yang mampu melahirkan. Mak juga menyimpan segala acuan samada nak
biarkan anak menjadi rintik setelah bapanya borek. Mak samasekali tidak
akan membiarkan anak berjalan seperti ketam. Mak juga yang mengawasi
anak supaya tidak menjadi musang berbulu ayam. Mak juga yang menentukan
supaya anak membesar tidak seperti haruan. Khazanah perumpamaan
ditinggalkan bagi kiasan rujukan untuk anak-anak mak.
Semuanya atas batu jemala emak. Nabi kita meninggalkan pesan dalam situasi apa sekali pun mak mendahului...Mak! Mak! Mak!
Bila
emak sudah tidak mampu dijadikan teladan, belajarlah dari mak orang
lain. Tidak ada salahnya bila sudah dewasa persekitaran itu dijadikan
pembelajaran. Orang lama meninggalkan pesan, yang baik jadikan teladan.
Jangan sekali-kali meletakkan kesalahan pada emak. Itu sejarah mak.
Jangan dipersoalkan kenapa mak begini, kenapa mak begitu. Jangan
disamakan mak zaman Jepun dengan mak zaman pop yeh yeh. Tambahan pula
mak zaman siber lagi berbeza sungguh berbeza. Kemuliaan taraf tetap
sama. Baik jahat mak tiada tukar ganti.
Paling
tidak, bersyukur kita dapat melihat bulan dan matahari. Biarkan mak
jadi sejarah terindah. Kita hidup pun berlandaskan sejarah. Apa saja
kejadian yang berlaku di persekitaran, pasti kita menyimpan jurnal yang
sama.
Kisah
Nabi se tampan Yusuf a.s. digilai Zulaika hingga terpenjara. Tingginya
tahap kesabaran Nabi Ayub a.s. menanggung sengsara derita sakit.
Kekuatan Nabi Musa a.s. berhadapan dengan firaun. Merdunya suara Nabi
Daud a.s. pelembut besi. Hebatnya Nabi Sulaiman a.s. bersama bala
tenteranya meliputi pelusuk alam. Kayanya ilmu Isa a.s. anak Maryam.
Indahnya akhlak Nabi kita Muhammad s.a.w. adalah antara kisah yang sudah
terpahat dalam sejarah Islam, menjadi contoh teladan dari zaman ke
zaman.
Namun
sejarah juga tahu ibu para nabi tidak minta dikenali maupun untuk
dihargai, jauh sekali untuk dikenang. Cukuplah anak-anak menumpahkan
jasa kerana ibu sudah selesa terpelihara.
Kata
Nabi orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa ingat mati.
Bila ingat mati, teringatkan mak lagi. Agaknya, sudah hancurkah jasad
mak dimamah bumi, atau terpeliharakah mak dari rosak binasa.
Aku
berazam menguatkan teras kasih yang mak bawa. Teringin juga nak jadi
pohon tegap dan rendang. Kalau besi rasanya kepingin bangat seperti besi
berani, mengidam juga nak jadi penawar, pengubat hati penglipur lara.
Kiranya
ada kebaikan atau pahala, apalagi yang kita harapkan selain
menghadiahkan pada emak bapa. Pahala seperti air sungai mengalir,
mengukuhkan akar, menguatkan tebing, lambang kekuatan teras manusia.
Satu-satunya
ilmu terindah mak tinggalkan adalah macamana nak buat pulut kuning.
Sehingga hari ini belum lagi ku temui pulut kuning sesedap pulut kuning
mak. Ada yang lemak tapi tak liat. Ada yang cantik tapi rasa tidak
menarik. Pulut kuning mak camtik, kuning berkilat. Lemak berkrim disukai
ramai.
Semua
kita akan memuji emak kita masak. Almaklumlah air tangan mak. Bersyukur
mak tinggalkan panduan. Di akhir-akhir ini memang ramai dah tak minat
nak masak pulut kuning. Semuanya tempah menempah. Padahal ada rahsia
hebat tentang sejarah pulut kuning santapan di raja.
Di sinilah teras kasih bermula. Mak berkasih kasihan kerana Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)