Tuesday, April 6, 2010

Airmata di Kuala Lumpur

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu.........

Sunday, April 4, 2010

Selamat tinggal bungaku

Selamat tinggal bungaku
Aku bermohon pergi dahulu
Terima kasih seruanku
jasamu
untuk diriku

Ke timur atau ke utara
Tak tentu arah mana ku tuju
Setitik airmata
dititiskan
dibuang jangan

Sekiranya aku masih
Berada nun jauh di balik awan

Salam bahagia
kabar nan gembira ku kirimkan


Inikah akhir bertemu

Bila nian kan berjumpa lagi
Ingatlah pesananku
Jaga baik diri sendiri

Saturday, April 3, 2010

Cerita kedai kopi

Bunga tak sekuntum
lagi pun tak lama harum

Harum baumu sibunga lah tanjung
harumnya sampai

harumnya sampai melintasi gunung


(Imej dari laman agro)




(Sumber foto)

Kiambang

Bayangmu di air tenang
Mencerminkan wajah keriangan

Walaupun hidupmu dalam kesepian
Hanya berteman cahaya rembulan

Thursday, April 1, 2010

Diari kelmarin

Seronok bila bercerita tentang pasangan tua yang semakin hari semakin intim bagaikan bunga dengan tangkainya. Saling berpaut pada yang satu, selagi hayat masih ada.

Kelmarin sewaktu bersama abang Bakar dan isteri, tersentuh rasa dihati mengusik disanubari. Suami yang tanpa jemu menjamu isteri bagaikan tetamu. Isteri yang seakan tidak bermaya tetap ceria tanpa sengketa. Suami mengurus segalanya biarpun sudah lewat usia abang Bakar masih perkasa menguruskan rumahtangga. Memasak sudah memang kepakaran...mencuci pakaian, membersih laman bahkan segala2nya suami berbakti tanpa jemu. Yang terukir jelas hanya senyuman dan sekali sekala menjengah isteri apa mahunya lagi.

Andai salah satu yang pergi dulu, tak dapatku bayangkan apa akan jadinya nanti.

Terkenangkan kakak sulongku menjaga suami yang cuma ada nyawa. Terbaring diatas katil tanpa nada suara. Masa mudanya hebat sekali. Garang dan bengis sudahlah pasti. Bila terdampar begini, isteri masih setia melayan suami.

Tersenyum sendirian bila terkenangkan kekandaku ini...yang bijak menyembunyikan segalanya dilubuk hati.

Sambil memapah suami kebilik mandi sempat juga menghiburkan hatinya yang sunyi dengan alunan suaranya yang sepi.

' Merpati dua sejoli...terbang dua sekawan...dimana matahari....disitu pula bulan'

Begitulah diakhir2 kehidupan manusia. Masing2 punya cara berbeza dalam menghabiskan sisa2 hidup yang cuma sementara.

Hamba berdoa mudah2an hidup kita di akhiri tanpa menyusahkan sesiapa.

Semua ini mengajar kita rasa keinsafan dan belas kasihan kerana segala yang bermula dan berakhir dengan kesudahan yang baik adalah dengan mengikat tali hubungan mesra dengan ibu bapa.

Sandaran paling utama dalam meniti dunia pancaroba.

Persembahan akhir drama kehidupan apabila kita sedar tiada kasih yang lebih bermakna melainkan kasih ibu yang membawa ke syurga.

Diari kelmarin ini mengingatkan kita supaya tidak leka menyempurnakan tanggungjawab pada ibu bapa biarpun sudah tiada lagi disisi, keduanya seperti wali keramat yang tidak mati.

'Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
kasihnya saudara
masa berada '

Al Fatihah dikirim khusus buat ibu bapa tanda cinta yang tidak terhingga.

Sekali dikirim rasa tak puas
Sepuluh kali tak cukup lagi
Pengorbanan ibu tidak terbalas
113 kali kiriman Al Fatihah sehari sudah akan cuba dikirim hari demi hari, InsyaAllah.

Diari 2007

Masjid lama


Kukuh pembikinanya. Tegap berdiri walau dimamah usia.Lambang sebuah rumahtangga.

Bila teringatkan suara kak yam bergurau senda bersama suaminya En. Zamberi sambil mengekek2 ketawa dalam kelambu...dihati berbunga selalu...alangkah bahagianya pasangan veteran ini.

Ada lagi kah pasangan yang macam tu??? Nabi kita ada tinggalkan pesanan;

' Segala sesuatu yang tidak mengingatkan kepada Allah adalah sia2 dan main2 kecuali 4 perkara. Salah satunya seseorang yang bergurau dengan isterinya'

Begitu hebatnya gambaran gurauan suami isteri lambang cinta Ilahi.

Tidak mustahil bagi seorang isteri yang mampu menggerakkan hati suami untuk ketawa berdekah2.

Begitu juga orang2 muda kena belajar ilmu berkasih sayang dari orang2 lama yang nampak bahagia dimata sepertimana ungkapan dari mata turun kehati lalu terpancarlah seri.

' seri, seri cahaya hai naik ke muka, tak ubahlah pinang dibelah lah dua '

Hati milik Allah seumpama masjid yang dibina atas dasar cintakan Allah.

Sama2 kita saling mencari redha Ilahi dengan melihat pada keutuhan masjid2 yang lama terbina.