Thursday, July 1, 2010

Ulam mak!!

 (Sumber : Catz's Cafe)

Mak memang suka ulam. Orang dulu2 memang pakar dengan ulam2an asli yang hidup subur hingga ke akar umbi. Pendek kata makan, wajib ada ulam dan sambal belacan. Hidup tanpa ulam seperti mati sebelum ajal.

Selagi ada tumbuhan dimuka bumi pasti mak dapat mengenal pasti yang mana boleh dibuat ulam. Selagi tak cukup empat puluh empat jenis bahan ulaman takkan bisa mak berpuashati dengan ramuan nasi ulam.

Begitulah kepakaran mak dulu2 kala sehingga membuka mata dan segala indera tentang kelebihan bersantap ulam. Tidak hanya berulam raja yang  punya khasiat tak sehebat ulam pegaga, sekadar menikmati keindahan  warna pucuk ulam raja yang tak dapat bertahan lama kesegarannya. Aroma  keharuman  si ulam raja hanya sebentar cuma.

Ada tumbuhan liar dibumi dikenali pokok susu nabi, lemak dibuat ulam, getahnya yang putih melepak mampu menyembuhkan sakit orang2 perempuan dengan izin Allah pastinya.  Bunga inai yang harum boleh menambah selera makan bila bertaburan jatuh berderai semasa dicelup didalam sambal belacan.  Kaedah berulam bukan saja menambah selera makan...matlamat utama menjimatkan belanja khususnya bagi orang2 miskin.

Fulamak!!! Satu pinggan tak cukup pasti nak tambah lagi. Begitulah ibu dahulu kala menghiburkan anak2 . Anak2 sibuk menambah nasi dari satu pinggan kesatu  pinggan sedang ibu diam membisu, mendoakan anak2 dilimpahi nikmat kesejahteraan dari dunia sampai akhirat.

Khasiat ulam kini diteroka secara meluas. Masing2 berebut2 dengan dunia herbs. Mengkudu, pegaga telah dijuskan malah serba mak nenek telah dikenal pasti untuk di komersialkan sehingga membawa pulangan yang bombastik.

Bagi yang kenal keenakan akar pegaga, mengkudu masak yang dipetik dari pokok digaul bersama garam lalu dimakan terus, pastinya dapat membezakan yang mana lebih tinggi mutu keasliannya.

Syabas!!! Ulam2 mak sesungguhnya bisa membuktikan kehandalan orang2 melayu menimba ilmu dimedan kerohanian.

Dari mak lahirnya para alim ulamak,
dari ulamak menjalar ular2 yang besar2,
Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya, kan mak!
Ingat pesan mak, nak! cakap siang pandang2, cakap malam dengar2.

Terima kasih, mak!




No comments:

Post a Comment