Wednesday, June 30, 2010

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT


Suara Dari Dinding Madrasah
A.Samad Said.
Aku tidak marah kau mencekau dinding madrasah,
Mencungkil atau mengganti langsir lebih berbunga,
Anak-anak memang merindui iklim penuh bermakna,
Tidak juga kubantah kau simini retak lantai rumah,
Memolekkan sekeliling dan mempercantik taman seada,
Anak-anak amat memerlukan kebijaksanaan orang tua,
Tapi, kau merangsang mereka mengenepi rehal,
Mengganti muqaddam dengan kamus barat yang tebal,
Memuja dunia dan mereputkan kesetiaan sebangsa;
Sanubari anak telah dicerobohi sedemikian lukanya.
Aku tidak pun membantah madrasah memiripi pejabat,
Atau dijemur sejadah pada sidaian yang lebih kuat,
Asalkan sejemaah kita masih setia menghadapi kiblat,
Selamat ke matlamat syadu membahagiakan rakyat,
Dan bertambah teguh iman sesihat dunia akhirat.
Tapi, menggelincirkan tapak, menggoyahi hati nurani,
Kebal mendindingi penyonglap, pendedahnya dihukumi,
Tidak’kan kurela otak dan hati begitu berbalah,
Apalagi pesanan semanisnya hanya dalam pura-pura.
Memang kecewaku sebaik begitu mulanya kau bersuara.
Aku impi jujur kau serahi muqaddam dan sejadah,
Menghadiah selautan pasir dan segunung batu bata,
Bersama khalayak dapatlah kita perbanyak madrasah,
Kemudiannya berkhutbah tentang bahagia lara ummah,
Pernah terjajah, merdeka, tergugat, kini terdera,
Aku ingin kita sentiasa menghargai sekolah agama,
Berfikir dan berazam selari meluhuri suci aqidah.
Apa yang kupinta demi lesterinya sanubari Islami,
Memelihara madrasah dan Jawi yang mula dilupai-
Tidakkah begitu wajarnya laku bakti penganut suci?

Menghayati puisi Pak Samad, memang kita sedang melalui saat2 keruntuhan bakti penganut suci orang2 melayu sedang bangsa2 lain dimuka bumi menatang institusi yang memasak bumi. Tok Sami berihram kuning bersama tongkat sakti, menghulur tempurung kesana kemari dengan berkaki ayam, disambut baik, hormat penuh takzim oleh para penghuni penganut ugama tok sami  lalu tok2 sami kembali memasak ugama dibumi  kita dengan pasak yang kuat sukar ditembusi kecuali hidayah Ilahi.

Ada yang mengatakan sekiranya masih ujud insan hafiz yang didada, di jiwa dan raga dipenuhi 30 juzuk kalam Al Quran, selagi itu dunia ada lagi dan lautan tak sanggup menggulung bumi manakala langit pula tak sampai hati. Sudah cukup untuk kita merasa malu kepada Allah untuk menghina insan2 berbakti mencari redha Ilahi. Benar., mereka tidaklah maksum tapi cubalah kita mengambil iktibar pada ugama lain yang meletakkan kedudukan sami2 mereka ditempat tinggi. Bila tuan Guru berjaya memimpin negerinya dengan tempuh yang lama kita yang bukan anak negerinya sepatut tumpang gembira dan bahagia.

Janganlah membenci sesama bangsa apatah lagi mempersendakan orang melayu kita sendiri. Yang pelik nya, PM sendiri tak berani berlebih2 mengata tuan guru sedang yang baru nak hafal satu juzuk waima yang tak faham makna wahnan ala wahnin pun tak pasal2 terheret sama mengurangkan pahala jadi manusia.

MasyaAllah!!!

Disaat mulut tak dapat berkata2...tangan nanti diberi hak untuk berceritaa...apa yang kita tulis tak dapat menebus roh suci kita lagi...sedang tok guru??? Ramai pembelanya disana...apa yang kita ada??...PM sendiri tak dapat membantu.

Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lagi yang memang sudah terpatri selagi kita bernama manusia...tambahan pula yang dibangkitkan se awal2nya menjadi orang  melayu, yang merindu  dalam diam menyimpan cita2 untuk dimatikan dengan iman dalam Islam.

Pesanan ini untuk anak2 cucu yang bakal mewarisi bumi Allah ini. Jangan sekali2 anak  cucu mak memandang rendah pada ilmu Tok guru  apabila sudah bijak mengulas dan mengupas. Mak mengajar anak2 mereka untuk dikenali bukan saja oleh penduduk bumi bahkan penduduk langit masih turut memayungi. Sewajarnyalah ibumu ini miskin supaya dapat membangunkan anak2 menjadikan insan yang disenangi didunia dengan ilmu dan mulia di akhirat dengan menghimpun pahala berganda.

Bila hormat pada ibu miskin, jangankan orang2 bangsawan, tuan2 guru, orang2 miskin lagi fakir akan senang dengan kehadiran anakanda waima kucing pun sentiasa mengekori. Peribadi bertaut hati pasti memukau penganut tok sami. Bukankah itu misi kita dihantar ke bumi???

Bila kita kenal makna cinta...hanya keseronokan dalam memberi saja yang kita cari.

Bila orang melayu menghina ulamak seperti sudah mula merendahkan martabat mak.

Pandang kebelakang kita  kenangkan raut wajah mak...lalu tak sanggup mengguris meskipun pada se ekor semut yang sedang melata.

Bila hati bersarang, tak pasal2 menyimpan dendam sampai terpadam segala jadinya, patutkah ada orang melayu sendiri sanggup bertanya, kenapa kita nak hormat sangat pada Nik Abdul Aziz.??. memperlekehkan kewibawaannya memimpin negeri....tak cukup menjatuhkan maruah tuan guru, faktor tua pula diketengahkan...hormatlah tuan2 sekurang2nya pada nama...makna Abdul yang sesungguhnya membawa maksud hamba dan terukir didalam;

' ninety nine baeutiful names of Allah, Aziz, The Mighty, The Eminent '

Al  Aziz -  Maha Mulia

Sudah cukup menguatkan pandangan mata hati betapa indah nama diberi ujud sejak azali lagi menjadikan Abdul Aziz hamba yang mulia.

Banyak NikMat dan fadhilat bila membanyakkan zikir Ya Aziz! Ya Aziz! Ya Aziz! Ya Aziz! Ya Aziz.................................!

No comments:

Post a Comment