Tidak semudah Allah mengaktifkan hari dengan menerbitkan matahari dari tempatnya. Segala2nya mudah bagi Allah sepertimana Allah memudahkan menyusun atur perjalanan planet2Nya.
' Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.”
( Al- Muzammil : 5-6 )
Formula mengaktifkan roh adalah dengan melengkapkan kemanisan beribadat dengan solat subuh seperti mana sabda Rasullullah S.A.W.
' Malaikat malam dan siang berkumpul pada waktu solat subuh'
Bekas Perdana Menteri Israel, Goldameir pernah berkata:
' Hanya apabila bilangan orang Islam yang menunaikan sembahyang subuh sama seperti bilangan mereka ketika menunaikan sembahyang Jumaat, maka hanya pada ketika itu mereka akan menang dan dapat mengalahkan kita '
Kualiti kayu ukur kehebatan lelaki berugama Islam adalah bilamana dia mudah bangun menunaikan solat subuh apatah lagi subuh berjemaah.
Subhanallah...dijamin syurga! Usah bicara tentang kualiti dan produktiviti kalau diri sendiri belum cukup produktif waktu subuh tadi.
Aku mengingatkan diri sendiri dan anak2 cucu, tentu sekali yang khususnya bernama LELAKI.
' Sembahyang itu adalah lebih baik dari tidur '
' Sembahyanglah kamu, kamu, kamu dan kamu sebelum AKU disembahyangkan '
Sesungguhnya Allah rindukan roh hambaNya yang sedang menyesal mengadukan tentang keaiban diri sendiri.
Pertemuan singkat semalam sudah cukup menggambarkan betapa kaum Adam dahagakan sentuhan mesra Qaseh dan sayang.
Aktifkan roh untuk membahagiakan jasad dengan menemukan Cinta yang tak pernah padam. FormulaNya ada dalam solat subuh.
BLACK IS NOT BEUTIFUL, BLACK IS POWERFUL.
No comments:
Post a Comment