Terima kasih pada untie google secara langsung telah membantu menguatkan ilham dalam mencari jalan penyelesaian.
Barang diingat manusia memang pelupa. Lupa itu dari syaitan. Mendorong manusia menjadi tidak redha atas keadaan yang menimpanya.
Malam Isnin yang bersejarah, 9 Rejab 1431 yang indah. Hampir seluruh pelusuk rumah sudah digelidah. Pun begitu masing2 yakin cermin mata ada dibawa masuk kedalam rumah apatah lagi pada pemakainya yang sudah tentu 101 persen yakin cermin mata itu dipakainya sejak tadi almaklumlah bagi mereka2 yang rabun, cermin mata seperti isi dengan kuku, teman sejati yang harmoni.
Masing2 berilusi dan berimaginasi, pun begitu masih dalam keraguan dimana permata itu sebenarnya berada. Akhirnya kami membuat kesimpulan biarkanlah saja ia berlaku walaupun jauh disudut hati ini , hamba amat sedih dan sayu bila matanya tak dapat memandang tambahan pula kabarnya yang esok pagi ada kelas.
Dalam pada kami masih membuat andaian demi andaian, dicadangkan hamba untuk berdoa bila hilang barang.
Hamba mula mengingat doa hilang barang..biasalah! lagilah payah bila barang benar2 hilang, lenyap segala doa2, semuanya padam dari ingatan.
' Seronok ye engkau wahai si setan2 '. Seolah2 ditertawakan oleh iblis durjana.
Apa yang di ingat adalah,
' Ya Allah! yang tak pernah lalai dan tak pernah lupa, ingatkanlah aku apa yang aku lalai dan aku lupa '
' Ya Allah! yang tak pernah lalai dan tak pernah lupa, ingatkanlah aku apa yang aku lalai dan aku lupa '
Masih tidak dapat menguatkan jaminan yang sebenarnya kami memang pelupa. Akhirnya kami memilih untuk bertanyakan untie google. Macam2 doa yang kami jumpa tapi yang ada satu doa yang benar2 menarik jantung ini adalah doa yang ditinggalkan jejak oleh Imam Nawawi. Begitu sarat meyakinkan hati bahawa segala pergantungan serahkan pada Allah. Apalah daya hamba manusia hina yang bersedia untuk dihimpunkan sehingga menjadikan hamba pelupa.
Pada mulanya masih terlintas bisikan dihati untuk mengadu pada manusia lagi. Sanggupkah hamba calarkan lagi maruah ini untuk meminta2 hanya kerana sepasang alas mata meskipun hakikat sebenar memang berat mata memandang, berat lagi bahu tuan yang punya badan menanggung segala beban. Cukuplah ku simpan segala permintaan jauh dihati sanubariku yang tinggi. Aku berserah!
Seperti sedang melihat aksi2 bintang bolasepak bergelut dipadang bola. Semua lapisan bangsa bernama manusia, tak kira miskin maupun yang kaya. semuanya tergila2kan jaringan hatrik, tandukan heroik dan permainan yang cantik. Hanya yang bijak mengawal bola yang faham cintanya pada bola cinta yang sempurna dan cinta luar biasa hasil dari kekuatan melepaskan segala perasaan dan dendam bila bertarung dipadang permainan. Biar dunia tahu cintanya itu milik siapa. Tentu sekali dia tidak sanggup membiarkan kehadiran cinta pilihan Tuhan berlegar2 ke sana ke mari di atas padang. Sampai bila dia terus menyimpan bolanya bila sudah berada di kaki. Satu tendangan maut sudah cukup melakar sejarah seorang bintang.
Hamba jadi berani dan yakin benar pada cinta anugerah Allah . Sudah tentu Allah tidak akan membiarkan kami terus dilanda gelisah lalu ku abadikan doa Imam Nawawi ke laman kesayanganku ini untuk dikongsi rahsia Thank Q Allah.
' Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya, himpunkanlah aku dengan barang yang aku hilang itu '
Sepertimana iklan bola yang tidurnya bersama bola, makan pun bersama bola dan segala2nya hanya untuk bola. Sedangkan tidur kami malam tadi bersama doa ini...dhuhaku pagi ini ditemani doa ini . Tiba2 dadaku sebak mengenangkan sesuatu yang tidak pasti dan hamba menerima kabar gembira yang cermin mata berada didalam simpanan pemandu kenderaan jabatan. Keciciran sewaktu turun dari kenderaan semalam.
Alhamdulillah!!
Wahai anak2ku sayang...ingatlah pada Allah banyak2 ketika senang nescaya Allah ingat kita bila kita susah. Iblis sentiasa menunggu peluang untuk melalaikan anak cucu Adam...memporak perandakan hubungan memang mainan iblis dan syaitan. Mempersendakan manusia pada hakikat dunia yang sementara.
Hari ini munkin kita terselamat, esok lusa belum tentu mainan dan rentak mereka adakalanya ala2 Afrika. Oleh itu kita kena bersiap sedia menjadi menjadi pahlawan yang dapat merasakan kehadiran mereka yang tak nampak dimata. Masing2 punya misi yang berbeza. Makna pahlawan bukan perlu di ajak berlawan turun gelangganag cukup sekadar menundukkan pandangan. Peka semasa kehadiran kawan dan lawan. Berhati2 melemparkan perkataan.
Sepertimana cerita Ustaz Lutfi.
" Memang mereka tak nampak dimata tapi kehadiran mereka ada dimana2. Andai jatuh sebatang jarum pun pasti mengenai mereka, menandakan kehadiran mereka terlalu ramai berbanding bilangan manusia "
Sebelum kita terseret, diheret mengikut kehendak nafsu yang menjurus kearah melemahkan ingatan, ingatlah selalu pada Allah, ketika duduk maupun berjalan, ketika makan, pakai dan minum, ketika bersolek dan berdandan dan ketika asyik berdondang sayang apatah lagi ketika sedang tidur di pembaringan.
Bacalaha walau sebaris ayat. Jadikan teman sebagai pemberi isyarat yang hamba ini.
Bacalaha walau sebaris ayat. Jadikan teman sebagai pemberi isyarat yang hamba ini.
' Tidak takut dan tidak gentar, Allah bersamaku '
Thank Q Allah.
No comments:
Post a Comment