( Al Qaf : 18 )
Sabda Nabi S.A.W.'Barangsiapa yang benar2 beriman pada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memperkatakan kebaikan atau lebih baik memilih untuk diam sahaja'
Pepatah Arab ada mengkiaskan:
' Satu perkataan apabila terbitnya dari hati maka akan jatuh ke hati manakala jika ianya terbit dari lidah, ia tidak akan mampu menjangkau kecuali dua cuping telinga '
Berkata Saiyidina Omar Al Khatab:
' Barangsiapa yang banyak bercakap maka banyaklah silapnya dan bila banyak silap, banyaklah dosanya dan bila banyak dosa neraka tempatnya '
Akhlak yang baik bermula dari lidah yang baik. Ternyata dari lidah membawa segala keruntuhan akhlak.
Terbit segala sumpah dan dendam yang diwarisi generasi zaman ke zaman.
Hati ikhlas mampu mengasah lidah jadi lebih tajam dari pedang. Digunakan hanya bila perlu, pada waktu dan ketika paling sesuai dan menghunus pada yang berhak.
Nafsu dan lidah rakan paling jahat. Suara dan hati menyatukan ikatan nafsu dan lidah untuk menjadi sahabat paling setia melalui akal anugerah Allah.
Jadikan mulut penyebab untuk kita mendapat keredhaan akhlak.
Jaga lidah, jaga mulut, jaga suara, jaga lisan.
Basahkanlah dengan Zikrullah.
Hati tidak mati, wajah berseri.
Jadikan mulut penyebab untuk kita mendapat keredhaan akhlak.
Jaga lidah, jaga mulut, jaga suara, jaga lisan.
Basahkanlah dengan Zikrullah.
Hati tidak mati, wajah berseri.
No comments:
Post a Comment