Hari ni nak sembang2 kisah rumah tangga, macam2 ada. Orang2 sekarang ni suka buat mudah bila sudah berumahtangga. Konon terlepas memikul gelaran, bujang terlajak atau bergelar andalusia. Tidak lah semua tapi kebanyakan orang2 sekarang memandang enteng soal2 remeh almaklumlah dengan kerjaya disandang bukan kepalang, berbekal ijazah berbakul2 lalu apalah sangat dengan hidup berumah tangga.Tambah yang ada rupa, putih gebu menawan, suami rela tak makan. Rumah hanya cukup untuk melelapkan mata sebab esok dua2 kena kerja, kerja, kerja. Sah siddiq nampak serasi bersama masa muda2.
Alih2 muda2 dah jadi janda dah kembali menduda bila sudah tidak sehaluan, tiada keserasian bersama. tidak sekata dan tak dengar kata dan macam2 yang tidak2. Semuanya gara2 buat mudah bila sudah berkahwin. Diam2 pada mulanya dah jadi ubi berisi dendam. Pekung dah bernanah. Masing2 hilang pertimbangan. Nak kutip kemanisan langsung tak jumpa biarpun bercinta bagai nak rak masa muda2. Cinta monyet, cinta Adam dan Hawa dan macam2 jenis istilah cinta. jadi peduli apa bila disatukan. Segalanya ditanggung beres.
Jadilah iktibar pada apa yang berlaku disekeliling kita. Bila dah kawin kena fikir untuk apa kita nak kawin. Rumahtangga yang macamana kita idamkan. Sampai kemana kita nak bawa perkahwinan ini.
Ada orang bila kawin cukup seronok bercerita bagaimana mudahnya hidup mereka suami isteri. Biarpun rumah luas terbentang, bilik tidur juga jadi pilihan utama. Nak makan minum disitulah paling nyaman dan selesa, melayari internet pun disitu hatta tidur baring sudahlah tentu disitu.
Ada yang sibuk memanjang siang malam pagi buta, kerjanya mengumpul harta, semua tanah saudara mara sanggup dirembat sebab bijaknya selok belok urus jual beli harta. Pantang lepa ada peluang, macam Ahmad Albab yang punya. Pendek kata muda2 dah kumpul harta berkoyan2. Muda2 dah kerjakan umrah. Alhamdulillah. Sayang sungguh melihatkan suasana rumah yang ditinggalkan sewaktu mengerjakan umrah.
MasyaAllah!!! Macam tongkang pecah. Belum pernah ditemui rumah agam milik orang muda jadi haru biru macam tu sekali. Peti sejuk yang besar berjenama, penuh dengan barang2 expired. Makanan bersisa memenuhi ruang peti sejuk. Sampaikan ada kuah laksa yang sudah beku terikat kuat didalam plastik. Macam2 ada sampai tak terkira banyaknya sisa makanan keras kematu semuanya disimpan bertapuk. Alih2 tuan empunya badan berhias cantik mencari ketenangan nun di Mekah Al Mukaramah. Langsung tak fikir malu pada malaikat yang mencatat kanan dan kiri.
Hadooiii...kesian si emak tersipu2 malu dengan melihat persekitaran yang ditinggalkan. Mak jadi mangsa mencuci dan mengemas. Padanlah suami pun lari.Mak ke salah didik atau anak kah yang lupa daratan.
Ada yang buat mudah bila tiba waktu makan. Makan apa saja yang ada tu tidaklah mengapa...tapi janganlah sampai sambil makan mengadap t.v. Semua makan tarok atas. Macam makan kat kedai mamak.Goreng mata kerbau selalu pun suami tak kisah. Payah2 beli pasar malam. Hempuk ja depan t.v. Pendek kata suami memang tak kisah. Suami sporting, dia faham isteri pun penat. Nauzubillah!!!Konon bila dah beranak pinak baru kita ubah tradisi.
Alih2 bila dah pakat2 tua, beranak pinak dan ada yang bercucu cicit faham2lah sendiri. Ada mata pakat2lah tengok, ada mulut janganlah bercakap.Jadikan iktibar apa yang berlaku supaya perkara sama tidak berulang dalam rumah tangga yang baru dibina.Takkanlah sampai ada ijazah kedoktoran pun masih tak sanggup ke dapur demi anak2. Wanita yang jadi wali dapur itu lebih mulia martabatnya berbanding wanita yang diberi kuasa memerintah.
Punyanya sibuk orang sekarang tak payah cerita. Hand set dah serupa nyawa. Kalau boleh masa mandi pun nak on line lagi. Perghhh...sibuk tak terkata. Apakah sama2 sibuk yang gila2 mencari harta dunia atau sama2 dah benci dan hilang rindu untuk bersantai dirumah yang bertangga.
Jangan salah anak bila ramai dah macam Anakku Sazali. Ramai mak mentua dah seperti nyonya mansor dalam ibu mertuaku. Ada suami yang pijak semut semua tak mati, sedau2 sudah bermadu tiga, keluarga pun udah besau2.Banyak lagi kisah dan teladan. Belajarlah dengan persekiran. Kebahagian tidak boleh dipelajari melalui buku. Tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
P. Ramlee dah tinggalkan khazanah ilmu untuk anak cucu orang melayu meneroka sejauhmana kekuatan yang ada dalam diri sendiri untuk mengharungi hidup berkeluarga. Ceritanya berpedoman.Biarpun dalam berjenaka semuanya meninggalkan kesan. Tidak terkecuali dengan lagu Rukun Islam lima perkara. Bersamalah kita mengerjakannya.
Begitulah antara senario rumahtangga zaman siber.