Showing posts with label Resipi hari ini. Show all posts
Showing posts with label Resipi hari ini. Show all posts

Monday, May 30, 2011

Laksa Tomeh @ Laksa Tumis

Bahasa Kedah tumisnya jadi bahasa Tomeh. Tiada bezanya dengan ramuan laksa biasa. Cumanya bahan yang dikisar tidak direbus serentak bersama ikan. Ditumis terlebih dahulu.


Cili kering, belacan dan bawang kecil/besar di kisar bersama. Kemudian di tumis bahan2 itu sampai pecah minyak.

Masukkan isi ikan dan air tulang2 yang ditapis terlebih dahulu. Masukkan daun kesum, asam keping dan garam secukup. Kepekatan kuah bergantung pada isi ikan. Masak sehingga  sebati semua bahan dalam kuah laksa.  Bila kuah berlinang bernyala2 merahnya, jangan berlengah lagi untuk menjamu selera bersama topping laksa.

Pesan orang tua2 kalau boleh kuahnya jangan dicampur dengan sisa2 serpihan tulang. Tanda pembuatnya pemalas atau pun pengotor. Tips nak kenal asal usul menantulah sangat!

Zaman siber ni nak masak kuah tak payahlah nak kisar kepala ikan sekali. Zaman dulu mak susah2. Buat laksa ikan yang murah2. Ikan banyak tulang paling sedap. Sayangnya nak perisi ikan ambil masa lama sangat.

Kalau boleh ambil isi2 ikan saja. Al maklumlah orang sekarang dah bajet mahal. Tak mainlah nak bagi anak2 makan di campur isi dan kepala sekali. Makan kepala mematikan otak. Sunnah pun berpesan jangan makan kepala ikan, kelak pelupa sebelum tua. Biarkan anak2 makan yang enak2,  lemak berkrim di sukai ramai.

Top up laksa macam biasa. Ada yang suka selom, timun, bawang besar...ada yang minat nenas atau pucuk janggus, pucuk putat. Ada yang ala2 pekan sukakan salad. Ada pula yang tak suka masam sangat. Ada yang minat masam didarat. Jadi pastikan ada limau nipis. Tak kira dari negeri mana asal usulnya, bahan utama tetap  sama kena ada laksa.

Terima qaseh pada pembuat asal Laksa Tomeh. Kekandaku Puan Johariah. Jasamu dikenang sepanjang zaman. Pahala hidangan laksa tumis  mengalir bagaikan air sungai dalam syuga. Sukar menemui rasa tumisnya yang luar biasa.

Selamat mencuba.Resipi warisan penambat hati peminat laksa sejati.


Sunday, June 20, 2010

Menu pagi Ahad

Ceriakan pagi Ahad bersama keluarga. Bagi yang ada anak2 yang masih sekolah tu usah dibiarkan hari2 mereka bergantung harap hanya pada bibik.

Breakfast pagi Ahad boleh dimudahkan. Cubalah resipi dari seorang lelaki yang sibuknya mengalahkan isteri. Kata dia mudah. Setelah di cuba bertahun2 lamanya menjadi resipi pilihan anak2 dari kecil sampailah ke besar panjang, Terima kasih pada En. Meor. Selama lebih 25 tahun dapat resipi ni tapi nampaknya memang makanan kegemaran orang sekarang.

Bahan mudah. Telur, lada hitam, garam dan air.

Telur 2 atau 3 biji. Pukul telur bersama air. Air tu agak2 dalam 2 atau 3 sudu besar. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa. Goreng bersama minyak yang sedikit. Sambil tu di kacau2 dan telur tu akan jadi bulat kecil. Sedikit campuran air dapat melembutkan rasa telur.

Enak dimakan bersama roti. Anak-anak pasti terhibur bila ibu menceriakan rasa roti di pagi Ahad..

Pastikan cucu nenek nanti dapat merasa resipi ini.


Wednesday, June 9, 2010

Nasi goreng kampung

Memang kampung betul-betul kampung. Tak de bahan perasa, tak de hiasan, tak de campuran ikan, udang maupun daging dan juga ayam.

Nasi goreng orang dulu, mudahdan cepat disediakan almaklumlah pagi-pagi lagi mak sudah siap hendak kesawah maupun ke ladang menoreh getah. yang awal pagi nak menoreh.

Disiapkan nasi secukup rasa untuk anak-anak yang ditinggalkan pada yang tua menguruskan adik-adik.

Bahan mudah;

Nasi sejuk ( nasi semalam yang tak habis dimakan )
Bawang merah dan bawang putih dimayang halus
Cili kering yang dipotong2 agak tebal
Minyak untuk menggoreng


Goreng bawang, cili kering sehingga agak2 garing
Masukkan nasi
Digaul sama rata dan digoreng hingga sebati
Garam secukup rasa.

Siap untuk hidangan.

Sesuai dimakan bersama ikan goreng semalam,sambal belacan semalam dan paling sesuai dimakan bersama ikan masin dan kopi semalam.

Dulu-dulu memang jemu dengan nasi goreng mudah alih. Bila dah tua timbul kerinduan pada resipi semalam.Nasi ini sekali sekala memang menyelerakan. Apatah lagi bila kawan terhidu nasi ni dipejabat. Riuh rendah mencuba dan masing-masing punya nostalgia indah pada cerita nasi mudah ini.

Yang lawak ada yang minta resipi. Untuk tidak melepaskan kenangan ini berlalu begitu saja ku coretkan resipi diatas buat peninggalan anak cucu.

Orang sekarang dengan kesuntukan waktu tentu lebih sesuai mengembalikan cara masakan orang dulu. Tambahan pula kita mampu menggunakan minyak masak mahal, seperti minyak jagung atau minyak sayur. Apalah sangat nasi goreng diluar sana yang nampak je ghairah padahal bahan perasa cukup memeningkan kepala.

Boleh diubah suai topping nasi goreng bersama nugget, hot dog ke burger atau fries kegemaran anak-anakm.

Apa yang penting air tangan ibu.

Orang tua dulu2 sebenarnya ada mesej yang ditinggalkan dalam masakan.

Kadang2 mak2 orang melayu sendiri dah tak berat dengan aura bawang merah dan bawang putih. Fast food yang ada hanya bertujuan merosakkan bangsa.

Teringat cerita bawang merah, bawang putih.

Kasih sayang terikat melalui masakan.

Cukuplah berhibur sekadar merasakan nikmat garam dalam masakan.

Tuesday, March 16, 2010

Pek Nga!!!

Kenal Pek Nga? apa itu pek nga? tempek2 atas belanga jadilah pek nga. Di short form kan bahasa. Orang dulu memang pakar short cut ayat.

Pek Nga ni makanan orang dulu2...makanan zaman jepun...murah dan mudah serta mengenyangkan...banyak dah anak2 remaja tak kenal pek nga...pasti ramai yang kerinduan dengan pek nga makanan melayu lama khususnya orang Kedah.

Kalau orang Benggali atau keturunan Islam benggali dengan capati jadi pilihan...yang mamak2..yang darah2 keturunan keling tentulah roti canai tapi melayu dan semua bangsa dah tak boleh lari dengan roti canai...apa taknya tak de bini2 dah yang nak susah2 masak pek nga macam mak kita dulu2. Tentulah beralih ke kedai mamak cari yang murah dan mudah serta yang mengenyangkan.

Bahan2 pek nga:

Tepung gandum
kelapa parut...lebih sesuai kelapa muda....mesin ambil yang putih2nya saja
Air dan sedikit garam

Gaul semua bahan...bancuhannya agak2 lembut dan mudah kita nak tempek2, masukkan sikit minyak supaya tak lekat dan tempekkan bulat dan agak2 tebal dari capati.. Sesuai kuali leper kuali capati...tambah2 sekarang kan ada stainless pan lagi lah mudah...alih2 kan..ikutlah nak garing sikit2 pun tak apa.

Di cicah dengan gula pun sedap...apatah lagi kalau dicicah dengan kari semalam...pasti menyelerakan.

Teringat puasa tahun yang sudah2...diberikan pada jiran...tidak terlintas makanan tu jadi sebutan sisuami lalu si isteri datang nak menuntut ilmu...apalah sangat dengan pek nga hamba ni.

Rupanya dah lebih dua tiga puluh tahun dah suami tak jumpa pek nga yang asli yang macam mak dia buat dulu2..Inilah makanan mereka adik beradik.

Alhamdulillah suaminya dah jadi orang besar sekarang tapi kerinduannya pada pek nga masih tersemat dikalbu dan sesungguhnya menyentuh hatiku.

Kadang2 hubungan tetangga lebih mulia berbanding saudara mara. Hamba bersyukur punya jiran yang baik2 yang tiba paling awal ketika bondaku terbujur kaku disubuh sunyi pagi Selasa.

Nostalgia pada pek nga resipi turun temurun.

Thursday, March 11, 2010

Ole ole dari Kuantong

Rasa resipi baru hari ni.

Hokkien mee

Mee kuning yang sedang-sedang ( thick noodles )
Udang
Meet balls
Cendawan kering
Sayur2 hijau segar
stok ayam

Rebus kulit udang, ambil airnya...udang dimasukkan dalam masakan.

Tumis bawang putih, masukkan air udang bersama bahan2 diatas.
Last sekali masukkan mee.
Siap untuk hidangan.

Mudah dimasak dan menyelerakan dimakan panas-panas.

Wednesday, February 10, 2010

Kerabu tembikai

Waktu sahur cukup sesuai ditemani kerabu tembikai. Membuka selera pagi bagi yang bermata layu.

Menyediakan pun cukup mudah.

Cukuplah dengan sebelah atau sesuku tembikai merah.( dicincang dengan menggunakan sudu dan dikikis sehingga habis)

Sediakan bahan seperti membuat sambal belacan, cuma tambah sedikit udang kering dan satu sudu gula pasir.
Bawang besar dihiris nipis.

Tumbuk sambal belacan bersama udang kering. Masukkan gula. Gaulkan semua bahan termasuk bawang besar kedalam tembikai yang dicincang tadi.

Siap untuk dimakan. Cukup dengan satu hidangan untuk pagi sahur yang berkat.

Resipi orang lama sememangnya mudah dan murah.

Disinilah rahsia kelebihan air tangan ibu  menyediakan kerabu.

Tuesday, January 19, 2010

Kerabu belimbing buluh

Lama tak buat kerabu ni. Belimbing kat pokok dah banyak buah. Lama sungguh tak de buahnya...kemana gerangan merajuk hati...melihat buah2 belimbing muncul semula...rasa teringin nak makan kerabu belimbing.

Cerita pasal kerabu ni...tambahan pula hari ni hari Selasa..hari mak pergi. Petang Isnin mak siap bagi resipi kerabu belimbing pada Ilah, jiran sebelah...subuh esoknya mak sudah tidak bernafas. Ilah pun selalu teringat tok bila nampak belimbing berbuah...terima kasih pada Ilah yang kabarnya dia ada sedekahkan bacaan yasin untuk tok malam2 Jumaat...Allah saja yang balas kebaikan jiran2ku pada Tok...yang semuanya menganggap Tok seperti tok mereka sendiri.

Tidak lupa juga Pak Imam Masjid Kg. raja..jiran tetangga yang tidak pernah lupa menziarahi tok di pagi2 raya sebelum mereka sekeluarga pulang ke kampung...tanda hormat pak Imam pada orang tua...yang tok ada hanya rasa cinta pada semua.
Alhamdulillah...bila tok tiada lagi pak Imam masih sudi meneruskan tradisi ini bersama family.
Ku panjatkan kesyukuran atas qaseh sayangMu Ya Allah.

Al Fatihah untuk yang hidup maupun yang telah lama pergi.

Pada malam kenduri arwah...buah belimbing menjadi2...sebagai hidangan tambahan...ku sajikan kerabu belimbing buat para tamu...diluar jangkaan kerabu belimbing jadi rebutan bagi kanak2 dan orang tua...bersama kerabu ikan bilis kegemaran tok...semuanya disapu habis... tinggal sikit untuk pak Imam yang terlewat sampai...kerabu belimbing pak Imam paling suka...diratah begitu saja...katanya elok nak kurangkan darah tinggi.

Alhamdulillah...ada penawar dalam kerabu.

Dah lama belimbingku menyepi...kini muncul kembali...menjadi2 buahnya...seakan merayu untuk dibuat kerabu...tunggu apa lagi!

Ingat2 balik resipi;

Belimbing dihiris nipis2.
Ramas2 buangkan air getahnya.
Seulas bawang besar dimayang nipis.
sedikit kelapa parut.
Cili hidup atau cili api..ikut hati nak pedas ke tidak
Belacan dan garam..sedikit gula.
Udang kering..direndam dengan air panas.
Ditumbuk semua bahan bersama sambal belacan tadi

Gaulkan semua bahan..nak bangkitkan rasa tambahkan bahan dengan sedikit pati santan.

Pasti menyelerakan pada yang sudi menikmati resipi lama ini yang ditinggalkan nenek moyang.

Jika sungguh kenangan lama itu membahagiakan kita...apalah salahnya mengenang semula sekali sekala.

Simpan resipi ni baik2....mana tahu bila rindu menyesakkan Qalbu

Ada penawar dalam kerabu.

Saturday, December 26, 2009

Secret Recipe

Apakah ada ramuan rahsia dalam masakan???

Sesungguhnya tiada rahsia melainkan keikhlasan.

Ramuannya dilengkapkan dengan Ikhlas.

Mak masak sedapppp....sebab mak masak dengan ikhlas.

Rezeki jadi berkat...mak bapa bekerja dengan ikhlas.

Rumahtangga aman bahagia,rukun dan damai...dijamukan dengan hasil keringat yang ikhlas..

Tentu negara aman dan makmur bila yang memimpin berbakti dengan ikhlas.

Terlalu banyak berahsia antara kita membuat segala2nya tidak aman dewasa ini.

Kita mulakan...dari saat ini....dari perkara yang kecil2 dan dari dalam diri kita sendiri.

Luruskan niat.

Untuk apa aku diciptakan...ke mana kita akhirnya.

Tersingkaplah rahsia diri

Bukankah seronok bila kita kenal diri sendiri, kita akan menyayanginya sepenuh hati lalu percikkan rasa cinta itu untuk dikongsi.


The power of love is
to live is to learn
to learn is to love
to love is to share
n of coz sharing is caring....our secret recipes.

Wednesday, November 25, 2009

Kerabu Ikan Bilis

Bahan2nya:

2 genggam ikan bilis, bawang merah dan bawang putih 3 atau 4 ulas, cili api ikut rasa dan limau nipis.

Goreng semua bahan dalam minyak yang sedikit...gorengnya sekejap saja..biar layu bahan2.

Tumbuk kasar dan perahkan limau nipis kedalam bahan.

Siap untuk hidangan...nampak memang tak cantik tapi cukup menyelerakan...tambah2 waktu kurang selera makan. Cukup sesuai waktu bersahur. Pembuka selera.