Tuesday, March 30, 2010

UMNO sudah tua

Tirai 2007;

Ketika sedang menikmati minum pagi dalam kedai makan didaerah terpencil, Malau diutara tanahair,pagi2 buta dah dengar bebelan tuan kedai pada anak yang sudah siap nak kesekolah.

' kerajaan kata free....apa yang free nya...ni baru sorang sat lagi petang ada lagi sorang...tak payah sekolah lah macam ni...Ni hah cuba kak tengok!!'

' MasyaAllah..banyaknya!! darjah berapa? '

' Darjah 3 pun nak kena bayar seratus enam puluh bila mula masuk sekolah...nanti untuk yang tingkatan satu lebih lagi'

Ada hampa kesah!!! Betapa peritnya orang kampung nak cari duit sebanyak itu.

Ambang 2008;

Alhamdulillah akhirnya servis bertukar tangan pada 2008 berkat tangan2 orang miskin buat keputusan. Orang miskin bijak berpolitik kalau diajak masuk gelanggang.

Kita tengok rentak baru macamana lagaknya...Alhamdullillah!!! So far so good...no harm done!

Yang kepohnya di Pulau Pinang. Tak de bezanya Guan Eng dengan Tsu Koon. Sama-sama orang cina. Apa masalahnya!! Kenapa ketika UMNO banyak kerusi di Pulau Pinang, tampuk perintah ketua menteri, diserahkan pada orang cina sejak Chong Eu lagi sedangkan sekarang kelebihan mata memang pada orang Cina jadi tak salah  Cina Guan Eng yang memerintah. Mudah-mudah Guan Eng kekal menakluk Pulau Pinang sampai bila-bila. Memang itu kelebihan bangsa cina.

Jadilah pengajaran pada melayu UMNO yang sibuk-sibuk sungguh nak rampas kelantan yang sudah memangnya bangsa melayu yang perintah...apalah salahnya!!! Akibat kerakusan nak tawan kelantan, bukan saja satu malah banyak negeri yang beralih arah.

Allah hu Akbar. Cina pun manusia malah dia lebih baik dari kita orang melayu bila mereka menerima hidayah Islam. Kita doakan ada diantara mereka yang dimasukkan hidayah Islam hasil gandingan mantap bersama Tok-tok guru, para alim ulamak yang berlapang dada dengan orang-orang Cina maupun India.

Memang dari kecil sudah melekat lagu ini dalam kepala seolah2 mengingatkan bangsa agar tidak leka dengan permainan kotor orang2 politik khususnya orang2 UMNO yang terlalu leka kerana memerintah terlalu lama.

' Marilah mari, pergi mengundi,
jangan lupa kewajipan pada negara,
Fikirkan lebih dulu dengan akal bistari
Sebelum membuang undi yang dihargai'

2009 UMNO mula perasan.

Kementeria Pembangunan Usahawan yang dirangka khusus untuk membangunkan kerjaya keusahawan jadi kerjaya pilihan untuk anak-anak melayu maju berniaga. Kementerian ini semakin popular dipersada antara bangsa. Akhirnya dibubarkan tanpa notis, seolah-olah UMNO memang tidak berhajat melihat anak2 bangsa mereka berjaya dan merdeka minda. Mereka rela bangsa sendiri ditakok lama.Hanya menadah tangan pada subsidi dan bantuan sepanjang zaman. Selamanya hidup orang-orang melayu dicucuk hidung.

Bila rakyat cerdik IT. Kerajaan UMNO terbeliak biji mata. Bimbang anak2 melayu bangun dari lena yang panjang lalu dibubarkan peluang yang telah dicipta. Dengan mudah mereka pejamkan mata pada segala persiapan yang telah dirangka. Sesungguhnya bala sedang menanti. Menunggu kejatuhan UMNO yang hakiki. Akibat dari pembubaran satu-satunya kementerian yang sedang bergaya menggapai awan, mencipta nama. Kementerian yang sedang merealisasikan keusahawan menjadi kerjaya pilihan bagi semua umat Islam bersandarkan hadis 9/10 rezeki itu adalah dari berniaga. Mak cik goreng pisang ditepi-tepi jalan gigih berusaha dengan kemudahan yang ada apatah lagi anak-anak melayu muda berpeluang meneroka sampai keluar negara.

Akibat dari segala penganiayaan, sama-samalah kita nanti babak-babak terakhir sandiwara UMNO yang semakin hari semakin tua dan wajib dibersara.

2010 UMNO huruhara sampai menjelang pilihanraya.

Sunday, March 28, 2010

Di celah2 kehidupan

Dalam sibuk2 kami mengatur langkah ke pesta buku semalam 27 Mac 2010...dicelah2 arus manusia, nampak begitu ramainya warga2 tua mundar mandir ke hulu ke hilir sambil ditangan memegang bekas plastik berisi kuih muih serba satu. Siapa gerangan atuk2 dan nenek2 ramai2 berpesta disini.

Ooo patutlah!! ada perasmian PERKASA...entah apa makna perkasa pun maaflah malas nak fikir tapi tau lah sikit2 makna sebenar kehadiran atuk2 dan nenek2 tadi.

Hamba ni bukanlah orang politik jauh sekali nak melibatkan diri. Tapi sejak akhir2 ini setelah kita buat yang terbaik untuk keluarga, kita pun berharap pemimpin diluar sana berbuat baik pada rakyat jelata. Alangkah sedihnya sorang2 anak buah yang keciciran kesekolah disebabkan kemiskinan tegar. Paling sakit hati bila diberhentikan hasil kekangan pihak sekolah sendiri, pihak PIBG yang berkompromi, di tambah dengan PPD yang semuanya dibawah cengkaman orang2 politik.

Nak tak nak kena belajar serba sedikit tentang politik dan kena turut serta seperti orang lain supaya tidak turut terjerumus seperti atuk2 dan nenek2 semalam yang diusung beramai2 kepersidangan perkasa yang gila kuasa.

Alhamdulillah Tsunami politik melanda negara...hasilnya beberapa negeri beralih tangan kuasa pemerintah...apa yang penting kami peduli apa siapa yang perintah asalkan ada perubahan ke arah membaik pulih rakyat, khususnya rakyat jelata diluar sana yang semakin hari terhimpit dengan projek yang mega2 tapi anak2 sudah tidak berpeluang meneruskan persekolahan. Serba serbi naik harga, yuran sekolah,yuran PIBG dan macam charge tambahan yang dikenakan. Hasilnya, abang2 rela beralah tak nak sekolah asalkan adik2 dapat teruskan pelajaran.

Melihat suasana dicelah timbunan manusia ke pesta buku, ada lagi mereka yang sanggup mengusung warga2 tua keluar kampung semata2 nak buktikan yang perjuangan mereka diterima rakyat. Padahal kelemahan sudah jelas terbayang diwajah2 warga tua yang tidak bermaya.

' Allah hu Akbar, Allah Maha Perkasa, Allah Maha Tahu apa yang sebenarnya berlaku'

Kalau macam ni lah punya gelagat, marilah sama2 berdoa supaya lebih banyak negeri ditukar milik pada pemerintah yang baru. Tak malu ke dah tua2 masih tak faham arus anak2 muda. Memang anak2 muda kita sekarang ramai tak sekolah tinggi tapi tak bermakna mereka tak cerdik. Cerdik akademik hasil belajar yang sungguh2, cerdik jati diri hasil penindasan orang2 atasan.

Jangan menidakkan perjuangan anak2 muda melayu yang dahagakan perubahan. Hamba antara yang berdoa agar UMNO tumbang dipersada negara tercinta.


Jom jalan jalan....cari buku buat ibu!

Pesta Buku di PWTC. Berkesempatan turut serta berpusu2 ke pesta buku. Macam2 ada, pilih saja yang mana suka untuk dijadikan teman baru. Daripada mensia-siakan hidup dengan bergaya dihadapan cermin sampai melewati usia lebih baik bertemankan buku dijadikan teman setia.

Teman setia yang tidak pernah memuji, sahabat yang tidak mengampu, kawan yang tidak membosankan dan tidak menipu dengan tipu daya mainan perasaan. Teman sejati yang membuatkan kita bebas bergerak, fikiran tak mandul, otak tak tumpul, bersama2 terbang bebas menikmati hidup yang tidak lama.

Hati tertambat pada buku BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU , pengarang Buku Best Seller ' La Tahzan ' Dr. 'Aid Abdullah Al-Qarni

' Dengan budi pekerti yang agung, anda akan mampu menambat hati dan menawan jiwa. Dengannya juga anda akan dapat menjadikan musuh sebagai sahabat, kerana anda seorang pendakwah yang luar biasa '

Apa pun terima kasih pada anakku sayang yang sedaya upaya sentiasa menghiburkan hati bonda, menghadiahkan teman2 baru buat ibumu melepasi sisa2 waktu.

Saturday, March 27, 2010

Earth Hour

Alam tenang seketika

Wednesday, March 24, 2010

Sahabat Nabi jadi pedoman.

Kisah penglipurlara untuk dikongsi, cerita anjing dan kucing musuh tradisi dari zaman berzaman.

Hanya manusia beriman dan haiwan pasangan yang terselamat didalam bahtera Nuh.

Semasa bergelut dalam pelayaran semua telah diberi peringatan supaya tidak bersenggama...bimbang pembiakan yang tidak tertampung.

Kucing mengadap tuan bahtera.Kucing mengadu pada tuan empunya bahtera perihal anjing yang bersenggama bersama pasangannya.

Lalu anjing dipanggil mengadap.

Akibat menanggung malu yang teramat, anjing bersumpah;

' Bagi menebus maluku ini..seluruh alam bukan saja menyaksikan bahkan mendengar permintaan kucing untuk bercengkerama dengan pasangannya'

Sesungguhnya anjing juga mempunyai hak memohon pada Tuannya untuk berdoa sebagaimana hamba2 yang lain.

Bermulalah sejarah permusuhan tradisi anjing dengan kucing dan kemarahan anjing pada kucing tak pernah padam hingga saat ini.

Sungguhpun kucing dituduh pengadu domba...namun kucing juga tidak berdaya melawan takdir....biarpun malu disaksikan seluruh alam bila kucing mula mengawan...kucing tetap sabar membersihkan diri saban hari tanpa henti...sampai nampak keserian kucing terserlah kerana kucing rajin mandi membelai diri saban hari.

Ada ilmu pada kucing kalau nak kekal awet muda.

Samada anjing bersalah atau tidak, semua kita tak dapat nak jawab sebab itu urusan anjing dengan Tuannya. Pengukur nafsu dan hati milik Tuhan yang abadi.

Kucing memang pemalu tapi kucing tidak boleh dipercaya samasekali walau tuannya sudah banyak menabur budi sedang anjing memang menumpukan sepenuh taat setia pada tuannya.

Yang faham makna sahabat akan dapat banyak ilmu dalam aksi kucing. Berkata benar biarpun pahit. Sahabat sejati tak minta disogok. Biarpun seluruh alam menafikan kejujuranmu, sahabat sejati jujur pada diri sendiri sepertimana kucing yang sentiasa mendoakan diatas segala kebaikan tuannya. Jadi, jangan sekali2 membenci dan menganiaya kucing yang sudah jelas kucing mendapat gelaran sahabat.

Kemuliaan kucing diangkat semula dizaman Rasullullah S.A.W. bilamana kucing menjadi sahabat nabi.

Hakikat kejadian, malaikat tidak dibenarkan memasuki rumah yang ada anjing.

Ada iktibar yang boleh kita pelajari dalam sejarah permusuhan ini dalam mengenal diri untuk tunduk sujud pada Ilahi, Pencipta Yang Maha Suci.

Sama2 kita kutip ilmu bagaikan anjing dengan kucing, cerita penglipur lara peninggalan orang2 dahulu kala.

Tuesday, March 23, 2010

Yang cantik itu budi...Yang teguh itu peribadi

Peribadi yang tenang tanda kita berani, suka membahagiakan orang lain tanda kita bijaksana. Pemaaf lambang kekuatan jati diri. Yang sebenarnya ada jalannya untuk kita mendalami ilmu memindahkan sifat Tuhan dalam diri kita sehingga tiada lagi hijbanya kita dengan Allah. Barangsiapa berusaha sungguh2 dalam pencarian nescaya dia dapat merungkai makna sebenar kehidupan. Rahsia cinta Ketuhanan.

Sesungguhnya segala kesulitan, segala kepayahan dan segala macam keburukan didunia ini akan hanya kita dapati ianya termasuk kepada perkara2 kecil sahaja berbanding yang dihadapan itu ada perkara yang lebih besar yakni kekuasaan Allah Yang Maha Esa.

Bersangka baik, berani, tenang, penyayang, pemaaf dan bijaksana antara anugerah Allah pada manusia dalam membentuk peribadi teguh.

Berilmu sahaja tidak memadai kalau tidak dilengkapkan dengan akhlak luhur dalam membentuk peribadi.

Monday, March 22, 2010

Lagu pusaka

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama

Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku

Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu