Sibuk sungguh sana sini memperkatakan tentang ketuanan melayu...yang muda2 pun sibuk padahal masa mereka adalah untuk belajar.
lainla orang tua2 yang hidup lama yang sangat tidak mahu menerima arus perubahan yang sedang bergelora.
Bak kata sorang anak bujang;
'sibuk sana sini dengan takkan melayu hilang didunia tapi Hang Tuah sendiri menghilangkan diri entah kemana...hilang ghaib disangkakan mati, kalau mati mana kuburnya'
Semua kita adalah hamba yang menumpang dibumi Allah . Tiada apa yang nak dibanggakan dan dipertahankan....dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.
Syukur banyak2 kita diIslamkan awal2 oleh nenek moyang kita...sepatutnya kita menguatkan akar pokok kita dengan cabang2 yang subur yang membuahkan hasil tanaman dalam membuka ladang ke akhirat.
Sepertimana orang putih yang asal keturunan mereka lebih lagi hebat...keturunan para nabi. Dek megah dengan ilmu dan konon sumber kekuatan mereka adalah dari semula jadi dan asal usul nabi yang terdahulu lalu mereka menolak kehadiran nabi akhir zaman, nabi kita Muhammad S.A.W.
Megah dan sombong pakaian mereka lalu Muhammad S.A.W. hadir semata2 untuk menyempurnakan akhlak...mengalihkan dari hidup bermegah2, membetulkan akidah menjadi hamba Allah. Ada yang bermegah dengan agama nenek moyang...sehingga berjaya meyakinkan anak2 cucu mereka yang hadir nabi kita hanya sebagai peminta sedekah....paling mereka bimbang akan sampai waktunya nanti nur hidayah Islam masuk menerjah dada anak2 cucu...disini sepatutnya tugas orang2 melayu mendekatkan diri dengan bangsa asing untuk jatuh cinta dengan Islam.
Orang melayu bertuah kerana kaya dengan nama orang melayu itu sendiri, nama yang diilhamkan sempena nama2 nabi. Bila terlena diulit mimpi orang melayu lupa asal usul...dibuai godaan dunia...bila ahli fikir yang selama ini mendiamkan diri...mengabdikan diri bukan untuk diri sendiri...bangun membetulkan akidah sebelum ramai terpesong menjadi bukan umat Muhammad. Terjaga dari lamunan...dituduh bangsa sendiri menjadi pengkhianat, padahal tepuk dada tanya selera....selama lebih 50 tahun dibiarkan memerintah....lahirlah bangsa melayu yang goyah, caca marba...kononya maju padahal akhlak anak2 melayu semakin tenat....bangsa yang lemah longlai.
Patutnya kita lebih kuat dalam melahirkan insaniah tulin....yang tak takut dipukul gelombang berbekalkan takwa dan iman. Ni tidak...dok sibuk dengan ketuanan melayu,lupa perintah Tuhan...fakir miskin diabaikan...bangsa lain sibuk berlumba2 mengumpul kekuatan....memeriahkan gereja, tokong dan kuil terang benderang, menubuhkan dana membantu anak bangsa mereka dan samasekali mereka tidak melupakan tuhan sedang orang2 melayu lupa Tuhan selalu...tak takut Tuhan. Masjid surau semakin lengang....yatim piatu dibiarkan berkeliaran memohon restu....menagih simpati sedang Allah Memerhati.
Terjadilah Tsunami politik yang manis untuk dikenang anak cucu dan menjadi pedoman untuk generasi akan datang. Kembalikan semula maruah bangsa khususnya orang2 gomen yang lama dah membuang masa. Tauhid orang dulu2 takutkan Tuhan. Dengan rela berbakti bila sudah dibayar gaji. Orang gomen la ni??? Yang malas punya la ramai...macam pahat dengan pemukul...rasuah dari menteri sampai kuli.
Kata seorang tenaga pengajar berbangsa India cikgu Selvam, yang hebat, yang mampu mendorong kejayaan anak2 muridnya skor straight A's dalam kelas tambahan dibawah seliaannya;
' Tak kira apa bangsa suka saya nak ingatkan kamu semua kita kena sembahyang...Melayu cara melayu...cina cara cina...India pun ada cara sembahyangnya...baru kamu boleh benar2 berjaya, jangan buang masa...sampai masa untuk sembahyang kamu semua kena sembahyang'
Tak malu ke guru2 melayu bila sorang guru India yang fasih berbahasa melayu dan pakar dalam matematik mampu meninggalkan azimat yang sungguh berkesan pada anak2 kita.
Apa guru melayu kita buat?? Lena?? Sibuk dengan MLM??Sibuk berbalah dengan seniority, sibuk berpolitik?
Bangsa asing lebih arif tentang meraih berkat...mereka juga yakin yang tuhan nampak apa yang mereka buat...dalam bekerja mereka bekerja sungguh2 berbanding orang melayu yang cukup berkira dengan masa bekerja...berpolitik sampai kedai kopi.
Bangsa asing pun percaya ada buah tangan untuk mereka bawa balik jumpa tuhan...Alhamdulillah seandainya mereka menerima hidayah Allah, mereka lebih mulia dari orang melayu yang asal usul Islam yang bekerja tanpa niat tanpa arah tujuan...asyik2 dok gebang berjuang demi menegakkan ketuanan melayu.
Kenapa anak2 orang melayu sekarang ramai dihantar kesekolah cina???
Belambak cikgu melayu yang ada tak mampu bersaing dengan kehebatan hanya seorang cikgu cina.
Sekurang2nya ramai orang2 melayu sekarang sudah bijak membuat pilihan untuk memilih pemimpin akan datang. Yang tua2 biarkanlah...biarkanlah mereka berjuang cara mereka...kesian jugak tengok yang tua2 dok tandatangan MOU yang mata masing2 pun dah kabur.
Nak juga menegakkan benang basah!!!
No comments:
Post a Comment