Saturday, March 20, 2010

Cinta dalam Islam

Ibadah hakiki bila beribadat sambil bercinta. Ibadah orang merdeka, yang bebas dari tekanan takutkan Tuhan. Yakin dengan Qaseh sayang Allah. Cinta Allah cinta kudus, cinta tulus lagi suci.

Tak kenal maka tak cinta. Cinta itu tanda percaya. Kepercayaan meminta pada ketetapan hati. Segala rasa cinta diiringi dengan usaha perit getir.  Tenggelam dalam kepayahan sebelum ditemukan cinta sejati. Kata pujangga ' Asmaradana berserakan seperti sampah sedang cinta terpendam disanubari yang paling dalam'.

Adakalanya cinta berdendang, tidak hanya terbeban membicarakan soal2 hidup maupun mati. Syurga atau neraka. Pahala dan dosa. Yang pasti Irama dan lagu membawa kebahagiaan dalam mengenal cinta hakiki. Tunduk sujud mengenal Ilahi.

Cinta dalam Islam mudah.  Tidak boleh dikendalikan dengan kekerasan. Allah Maha Lembut dan Maha Halus lagi Maha Penyantun. Cinta tidak diperbodohkan dengan ketakutan dalam mengenal Tuhan. Allah Maha Kuat dan Maha Perkasa. Dia Merasakan apa yang ada dihati. Dia Menentukan apa yang nampak dimata. Dia bersama dimana kita berada.

Cinta tidak dibiarkan kelaparan dalam menjejaki Tuhan. Allah Maha Pemberi Rezeki. Tidak boleh dipaksa untuk jatuh cinta kerana Allah Pencetus segalanya. Dia yang Mencipta Cinta sebab Dia Maha Bijaksana Mengendalikan segala kejadian. Tidak juga boleh berpura2 dalam mengenal cinta. Allah  itu Maha Melihat, Dia Maha Mendengar segala keluh kesah. Ada yang mengatakan;

Cinta seperti  barangan Antik...dipelihara untuk nampak kuat, menawan dan cantik.

Cinta adalah gerak rasa Tuhan yang paling sempurna. Cinta sakti yang tidak mati.

Cinta itu nikmat paling tinggi dalam pertemuan ibadah yang hakiki.

Lalu, apa ditunggu lagi, Bercintalah kerana Allah. Berpisah jua kerana Allah.

' Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai disisi Allah adalah Islam '

( Al-Imran : 19 )

No comments:

Post a Comment