Tuesday, March 27, 2012

Rock kapak

Pagi ini aku ditemani dengan lagu2 rock kapak...aduhaiiii!!!

Terasa dibuai kenangan silam zaman muda mudi. Terbuai terlentuk sampai lupa apa yang nak di up date dalam Qaseh Bonda hari ini. Sengsara jiwa jadinya bila melayan lagu2 luahan Qalbu. Pandai sungguh mamat2 dulu mencipta lirik dan melodi. Sesekali terkesan seluruh badan. Menyentap jiwa, menyusuk nun jauh disanubari lantas berderai airmata jadinya.

Sekali sekala kena layan juga lagu2 ini buat menghibur hati. Aku bukan malaikat.Jiwa halus tidak lari dari dambaan Sentuhan suci. Tersimpan jadi puisi abadi.

Terima kasih pada sang penyair. Syair indah itu penyejuk hati. Puisi Sentuhan yang tiada tandingannya.Sesungguhnya ilham indah dari para malaikat.


Kau istimewa,
Bersuara melalui mata
Melihat menerusi jiwa

Berbisik hati tanpa ketentuan
Bersentuh rasa tanpa kehilangan
Kenapa kini segalanya berbunga
Munkin takdir melewatkan kita
Lumrah insan yang tidak sempurna


Padan lah dihimpit kenangan lalu. Hari Selasa rupanya hari ini. Hari Nostalgia.


Salam ceria...





Thursday, March 1, 2012

Sampai bila....

Akan tiba waktunya nanti. Entah sampai bila lagi aku sendiri tidak pasti. Aku belum bersedia lagi wahai Tuhanku. Banyak lagi hutang yang belum dilangsaikan samada berhutang dengan manusia mahupun dengan Tuhanku.

Mudah2an Dia lepaskan aku dari bebanan ini sebelum aku dijemput pulang menemuimu wahai Tuhanku. Sayu hati tatkala setiap Jumaat jika tiada aral aku kepusara bonda. Pusara yang tempat sepinya jasad bersemadi. Walaupun ribuan nesan terpacak kemas, ada juga yang senget benget namun yang hadir disisi hanyalah manusia yang sama, yang serupa, yang setia, yang ada masa, yang tak de kerja yang dekat dimata.


Nun dihujung sana ada pusara anak kecil yang tiap kali tidak pernah walau sekalipunku lihat ibu bapanya tidak hadir menziarah pusara anaknya. Membaca yasin, mengemas kubur agar bersih selalu. Kira ibunya aral, bapanya akan keseorangan mengalunkan bacaannya untuk dikongsi bersama penghuni tetap disitu yang tak nampak dimata namun hadir dihati manusia bernyawa.


Bukanlah untuk menyalahkan sesiapa yang tidak berkunjung. Sesungguhnya kehadiran kita menziarah pusara bukan untuk kepentingan sesiapa malah satu pengajaran dan petunjuk untuk diri kita sendiri. Mendidik rohani supaya tidak mati.Mengambil iktibar apa itu mati.


Seperti jugak bacaan Talkin, bukan untuk simati tapi yang masih hidup yang ada disitu. Sampai bila lagi nak melihat yang mati itu tiada memberi impak maksima. Samalah juga tatkala menziarahi pusara.


Semakin kita taat melihat nesan2 terbentang luas, pusara nyaman lagi sepi, pohon2 segar dan layu terkulai diatas batas2nya, semakin pilu rasanya hati. Sampai bila lagi aku harus ke sini. Tak sanggup rasanya nak ku biarkan bondaku tidak dikunjungi sedang aku punya masa selesa.


Pohon pandan yang Kak Ani tanam hidup subur lalu aku tidak perlu menghiris pandan dari rumah. Mak memang suka wangi. Mak suka bersih. Periuk mak sentiasa berkilat. baju mak cerah2 belaka tiada yang luntur, mak cukup jaga bab makan dan pakai. Mak jaga kesihatan sendiri, mak minum anlene, mak tak pernah tinggal pharmaton.Pendek kata di usia 83 mak tak pernah mengharap ehsan sesiapa. Segalanya mak buat sendiri. Aku cuma tukang belinya saja.


Keupayaan mak sukar ditemui dari orang2 tua sebaya mak. Jadi seharusnya mak berada ditempat paling tinggi dihatiku. Segala kenangan bersama membuatkan aku tak sanggup lagi untuk tidak menziarahi pusara mak sedang aku diberi waktu dan kesempatan.


Dengarlah pantun mak,


Tenang air nampak dikali,
Tenang dihati terpancar diwajah.
Sudah diuji berkali-kali.
Maknanya kita dicinta Allah.



Mak balik sehelai sehelai sepinggang. Aku langsung tak punya apa bahkan RM 10 yang ada pun duit mak.Ada yang tergamak tanya depan jenazah mak...ada ke duit nak simpan mak. Belanja kebumi mak RM 930.00.

Aku yakin pada cinta Allah yang tidak akan membiarkan jasad mak busuk.

Aku kata Ada...dia tanya lagi, betul ke ada..aku kata aku ada padahal hanya pada Allah aku berserah.


Allah Maha Melihat, tanpa lengah lagi bantuan datang secepat kilat, bukan setakat wang ringgit. Segala khemah diberi percuma. Jiran tetangga setia bersama bahkan pak imam jiran terdekat menguruskan segalanya sempurna dan pada malamnya dimasjid dia sendiri mengepalai tahlil.


Persekitaran mengajarku untuk tidak jadi hamba duit. Ada yang menghina bila kita tidak berduit namun aku peduli apa. Teman setia masa menangis itulah teman sejati.Aku memang tidak punya siapa2 tetapi aku bersedia menjadi teman bagi mereka yang kehilangan, yang sedang berduka nestapa yang dalam gundah gulana namun yang pasti aku tetap ceria malah akulah tok guru mereka. Seharusnya tok guru kena in better position and best performance.


Walaupun adakalanya tok guru sendiri langsung tak berduit. Percayalah...kekuatan sebenar bukan pada duit ringgit. Aku terima segalanya dengan redha dan berlapang dada. Aku yakin ada sebab mengapa kita diuji. Semua ujian jika ditempuh dengan sabar ganjarannya SubhanAllah...Alhamdulillah....AllahhuAkbar.



Esok hari Jumaat. Mudah2an tak hujan. Dapatlah lagi berkunjung kehalaman teman2 yang mendahului khususnya ke halaman pusara Qaseh Bonda.Padanlah setiapkali kita melintasi halaman pusara walau dimana kita berada kita dipesan untuk mengucapkan salam dan menghadiahkan Fatihah. Sesungguhnya kita tidak akan tahu dimana bakalnya tempat bersemadi tapi yang pasti teman2 lama sudah setia menanti dimana saja kerana mereka sudah cukup mengenali suara hati. Tentunya kita disambut mesra kerana membantu merehatkan seksaan untuk seketika.


Sampai bila lagi aku dapat menghantar pahala khatam Al Quran  Menghantarkan Fatihah, Qulhu dan memanjatkan doa serta mengirim pahala kebajikanku jika ada untuk kedua orang tuaku.


Love does not make your world go round and round. Love makes your ride worthwhile.