Thursday, August 10, 2017

pandangan hati

Lama sudah tidakku pandang
Tinggi rumput dari lalang
Lama takku pandang 
laman sesawang
Rindu menulis
Muka buku hidup bermuka
Garam nampak sama macam gula
Terasa melongkar hidup peribadi
Sedang itu rahsia hati
Cukuplah menulis sekadar suka-suka
Melepas segala sebak rasa
Menemani jiwa adakala sunyi 
Adakala sepi menghantui
Melapang ruang lara
Menghiasi denai hati
Jumpa lagi sayangku
Hello, it's me

Friday, November 22, 2013

Catatan Ammar

Jika engkau mahukan teman,cukuplah Allah sebagai teman..
Jika engkau mahukan musuh,cukuplah nafsu sebagai seteru..
Jika engkau mahukan hiburan,cukuplah Al-Quran sebagai bacaan..
Jika engkau mahukan nasihat,cukuplah mati sebagai penasihat..
SubhanAllah!! Ammar, seindah nama, sehebat makna ( kuat iman, lemah lembut dan memakmurkan ) 
Al Fatihah keribaan baginda Rasulullah s.a.w., pada keluarga dan para sahabat baginda. Khusus pada ayahbonda kita, pada Ahmad Ammar dan seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat. 
 

Thursday, November 14, 2013

Salam 10 Muharam

Alhamdulillah kita bersama lagi pada hari Asyura. Hari 10 Muharam. Sejarah Hari Asyura telah menyaksikan banyak peristiwa besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Sempena meraikan hari Asyura kita disunatkan berpuasa. Seeloknya dimulakan pada hari ke sembilan. Info tentang makna dan kelebihan hari Asyura boleh dihayati sepenuhnya hanya dihujung jari.

Apa yang menarik mengikut tradisi orang melayu, bergotong royong memasak bubur asyura. Biarpun ada yang tidak menghiraukan asal usul dari mana bermula sejarah bubur Asyura namun kita bahagia bersepakat mengambil berkat meraikan tanggal 10 Muharam.


Kata mak, bagi mengesahkan tarikh sebenar yang pagi itu adalah pagi 10 Muharam, burung cak rumah pun tidak kedengaran, sunyi sepi tidak berbunyi. Kadang-kadang kata-kata orang lama meninggalkan kesan tanda tanya. Biasanya bila berpagi-pagi akan kedengaran suara burung cak rumah berkicau-kicau. Memang benar sudah berapa kali 10 Muharam disambut, hamba cuba mengamati suara burung ini.  Ternyata, memang sah siddeq, suara burung ini tidak kedengaran. Ironinya mak bilang, burung cak rumah antara bahan hidangan yang dimasukkan  ketika sejarah asyura bermula. Betul atau tidak hanya Allah Penyimpan segala rahsia.Tidak pula terjumpa dalam hadis.

Kita manusia biasa sekadar  bermain dengan teka teki. Apapun kita terus menghayati Asyura sejauh mana meninggalkan kesan pada kita dipenghujung usia.


10 Muharam kali ini. hamba catatkan,  makna besar bagiku setelah hampir 7 tahun bersara awal. Ramai yang membuat andaian, hidup pasti bosan tanpa kerja tanpa pendapatan. Sesungguhnya bersara merehatkan separuh nyawa. Terlepas dari beban tanggung jawab yang tidak pernah habis. Lainlah kalau niat bekerja itu hanya sambil lewa. Setakat bekerja hanya untuk menunggu gaji, lebih baik mati. Tidak membawa apa makna dalam hidup bahkan melantun kemalasan pada anak cucu.Tidak jumpa jalan pulang sampai tua.


Bila dirasakan segala hampir selesai, anak-anak sudah boleh berdikari. Apa salahnya kita undur diri. Mencari ruang untuk diri sendiri. Memberi laluan pada anak-anak muda yang dahagakan pekerjaan. Ternyata tindakan bersara awal memberi keistimewaan luar biasa. Siapa sangka setelah putus hubungan dengan rakan-rakan sekerja, kini tumbuh rakan- rakan tunas baru. Rakan seperjuangan, rakan niaga bahkan paling terkesan muncul saudara-saudara baru. Hubungan ikhlas terjalin tanpa talian darah.


Ada yang menawar diri menjadi anak angkat. Ada sudah selesa memanggil mak. Ada yang menganggap seperti saudara sendiri dan seribu satu macam hubungan begitu indah, begitu akrab. Bahagia bila ada yang menjadikan tempat mereka mengadu, meluahkan apa yang terbuku, meminta khidmat nasihat dan berbagai lagi keperluan khususnya melibatkan rasa jiwa. Diluar sana ramai dahagakan sentuhan. Aduhaaii...


Jalinan ikhlas ini meliputi semua bangsa, semua pangkat tidak kira darjat. Rumah yang dulunya sepi bila anak-anak sudah keluar mengejar impian, kini seringkali ada tamu bertemu janji. Tidak kira doktor perubatan maupun doktor falsafah, jurutera, tidak ketinggalan guru-guru, misi-misi messy, bahkan apa jua bidang hadir membawa seribu satu masalah. Seribu satu kisah duka, kisah rumahtangga sedang mewarnai dunia hamba. Pendek kata macam-macam ada. Seronok juga dipenghujung usia dapat jadi penawar rindu. Ingatkan dihati selalu, aku berbakti kerana Allah. Jika ada pahala dalam bakti ini, hamba hadiahkan pada kedua ibu bapa kita.


Sekadar meninggalkan jejak-jejak kisah kita buat tatapan anak cucu kita. Bila kita yakin pada Allah, insyaAllah ditemukan kita jalan keluar.  Segala kesukaran dimudahkan. Bila sudah melalui jalan berduri, jalan penuh liku, tidak sukar bagi kita melalui jalan lurus bahkan dapat membantu meredakan jiwa-jiwa yang hampir putus asa dengan rahmat Allah. Allah tidak saja-saja menguji hambaNYA. SubhanAllah semakin berat ujian ditempuh semakin dekat kita dengan kasih sayang Allah. Yakin lah pada ayat Al Quran, antaranya,

 “Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan…(Al-Baqarah : 155)

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya….  
 (Al-Baqarah 286)


Dipenghujung usia ini rasa bersyukur diberikan Allah sedikit ilmu. Sebagaimana kita semua maklum ilmu manusia hanyalah seumpama titisan air yang jatuh dari paruh burung berbanding dengan ilmu Allah yang melebihi luas lautan. Dengan izinNya juga dapat di manfaatkan untuk berkongsi, mencurah bakti. Hamba rakamkan tanda kenangan buat anak cucu sambil berpesan-pesan pada kebenaran. Online selalu dengan Allah, insyaAllah doa mustajab. Bersuara dengan mata, melihat melalui jiwa, insyaAllah masin mulut bila kurang berkata pada sia-sia.



Antara yang terkesan, kisah sebuah rumahtangga. Pasangan berkahwin sudah lama. Hampir 6 tahun masih belum dikurniakan cahaya mata. Suami sudah disahkan doktor tidak ada sperm. Seumpama mandullah dia. Miang pun bukan main bagi menutup keaiban sendiri. Isteri tetap sabar menanti. Hanya melalui sentuhan, ditambah doa mustajab, kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Bila Allah hendakkan sesuatu itu terjadi, maka jadilah ia. Bila isteri sudah disahkan mengandung, dengan sendiri mententeramkan suami. Alhamdulillah, lahirlah sudah bayi perempuan sihat lagi comel bahkan sesuatu yang luar biasa, bayi ini lahir sudah tumbuh gigi bawah dua batang. Doktor sendiri mengaku tidak pernah jumpa kes seperti dia. Tahniah pada isteri dan Zahrin bukan nama sebenar.




Lagu jiwa menyentuh rasa sempena Hari Asyura.












Wednesday, November 13, 2013

Masa itu kehidupan

Hargalah masa sementara masih ada waktu bersama masa. Masa muda masa berharga. Masa muda masa bertenaga menjana hidup berkualiti. Masa muda masa membuahkan hasil. Bertemankan masa lalu penyuluh jalan, kukuhkan benting, melawan arus.


Persekitaran mengajar orang muda supaya tidak terbenam dek arus perdana. Walaupun pada hakikat, orang muda tidak dapat lari dari meredah arus, pastikan tebing dibina kukuh menahan arus gelombang. Tebing itulah bakal membuktikan siapa kita semasa muda. Tebing itu bekalan menuju akhirat.


Tebing-tebing itu anak-anak kita, anak-anak tuan dan anak-anak puan. Hargai ruh dan jasad ketika kecil. Nikmati hidup bersama ketika menukar lampin. Saat-saat indah menyisir rambut, menyuap makanan maupun sambil mendodoi semasa tidur. Tidak kira samada bed time story , anak-anak memang suka mendengar cerita. Didik dengan kasih sayang, hormat menghormati. Pastikan terdidik makan bersama, semeja. Perilaku emak bapa penentu akhlak anak-anak. Children learn what they see.

Jangan kita hairan kenapa sikecil macam peluru. Tidak kira ada tetamu, suka menunjuk laku. Ada yang gelojoh ketika makan.  Nasi langsung tidak sudi. Fast food nombor satu. Jajan sentiasa dihati. Gula-gula penyeri gigi. Emak bapa jadi keliru kenapa anak-anak jadi begitu. What you give you get back.

Pandai masa kecil sungguh luar biasa. Tab ditangan walau jari sehalus lidi. Mummy daddy bangga anak-anak kecil  slide tab sana sini dihujung jari. Mama papa leka menghadap muka buku sampai senja. Tambah bangga membina impian anak-anak bakal ke International School, boarding school or whatever, asalkan sekolah berjenama.

Tebing bagaimanakah sudah tercipta. Sudah teruruskah anak-anak berjiwa ampuh, jasad kuat tidak mudah terpedaya dengan dugaan dunia. Anak-anak bakal mengharungi masa depan lebih mencabar.. Menempa nama dipersada dunia. Anak-anak bangsa asing berjaya merealisasikan impian mak bapa menjadikan siapa mereka hari ini. Sampai tujuh keturunan mereka cukupkan bekalan.


Tidaklah perlu sampai jadi culture shock dengan bahan ciptaan manusia. Macam kera dapat bunga. Jangan pula seperti tikus melihat besi. Steve Job mati awal setelah berjaya menempa nama Apple untuk dunia. Job
Steve sudah selesai merencanakan kehebatan akal manusia. Hanya dengan iman, ilmu dan amal dapat mengimbangi hebatnya jadi manusia, lebih hebat lagi bila menyedari kita adalah hamba didunia fana. Jangan hidup sampai tidak membuahkan hasil.

Wal hasil balik asal
Wal asal balik hasil
Wal hasil cari pasal
Itu pasal tak hasil

Terhasil sekarang, anak-anak lupa daratan. Kacang lupakan kulit. Haruan makan anak dan macam-macam lagi perilaku anak-anak yang melantun pada emak bapa. Paling sedih bila ramai lelaki berjiwa perempuan. Ramai perempuan yang jadi ibu, lupa tanggungjawab hakiki konon hebat bukan main seperti kaum lelaki.

Sebelum datang lima perkara, rebut satu perkara paling utama. Bagaimana mendidik anak ketika mak bapa masih  muda belia.
  

Wednesday, November 6, 2013

Mulakan dengan Bismillah...

Mulakan hari-hari dengan Bismillah. Ucapan mudah lagi terindah. Bismillah merangkumi beribu makna.





Tuesday, November 5, 2013

Ku petik bintang-bintang

Salam Awal Muharam dengan lagu kenangan. Berhibur seumpama mengambil secubit garam. Bohonglah kalau kita hidup berirama tanpa lagu. Berseloka tanpa nada.






Mudah-mudahan tahun baru menempa sejarah indah. Alhamdulillah kita sambut dengan berpuasa sunat. Sesungguhnya puasa menteramkan jiwa.

"Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Allah berfirman: "Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang memberi ganjarannya"

Puasa sunat Isnin dan Kamis, puasa sunat hari-hari putih.

Diriwayatkan dari Imam Abu Daud, “Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15 di mana baginda bersabda; ‘Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa”

Apa lagi yang kita dambakan diusia emas ini selain dari redha Alllah. Menunjukkan akhlak terbaik, contoh teladan buat tatapan anak cucu.

Diturunkan nabi kita Muhammad s.aw. adalah untuk menyempurnakan akhlak. Akhlak itu teras utama pendidikan. Ugama adalah nasihat. Nasihat mengukuhkan ugama. Islam itu indah bila kita tahu melaksanakan tanggungjawab. Mencipta suasana keindahan menjadi orang budiman. Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.

Sempena Muharam, terkenangkan madrasah Ramadhan. Mudah-mudahan kita istiqamah dalam mengamal  solat sunat qabliah dan ba'diah khususnya masa zohor dan Isya'. Tidak lupa solat witir walaupun hanya satu rakaat bukti cinta hakiki. Setelah bertahajud, kita tunggu sampai terbit fajar bagi menunaikan solat sunat fajar. Manusia paling kaya atas dunia adalah mereka yang bersolat fajar seperti hadis Rasulullah s.a.w. dari isteri baginda Aisyah r.a.

' Dua rakaat fajar adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya '

Bukan susah mengenal diri. Cukup sudah kalau kita berbuat baik, mendidik persekitaran jadi baik. Mengikut kajian pakar psikology, bila banyak ketawa pada perkara remeh tanda jiwa sunyi sepi. Kata orang tua-tua ilmu pun lari.  Jika banyak sangat membongkang tidur tanda ikut hati bersedih. Bila suka marah tak tentu pasal, tandanya kurang kasih sayang, attention seeker. Bila banyak sangat makan tanda escapism. Bila terlalu banyak bercakap, macam tin kosong. 

Yang sebenarnya, belajar dari orang-orang lama. Penuh ilmu didada. Sudah menempuh segala onak duri. Merka tidak banyak berkata-kata. Bila bercakap sentiasa beralas pada Ilahi. Setiap tutur kata terkesan dihati. Orang-orang begini dalam istilah orang melayu masin mulut. Mereka jauh lebih kenal ilmu manusia seumpama setitis air lautan bahkan lebih sedikit dari itu.  Ilmu Allah terlalu luas. Kalau air laut dijadikan dakwat pun masih tak cukup menulis ilmu Allah. Ilmu makhluk  seumpama setitis air dari lautan. Melihat pada kehebatan orang-orang lama siapa kita nak tunjuk pandai.

Cukuplah jika kita kenal diri kenapa dihadirkan didunia ini. Bila kenal diri, kita kenal Allah. Bila kenal Allah. Mudah-mudahan dibukakan ilmu makrifah. Bila sedar pada kekurangan yang ada, kita mudah memahami orang lain. Menerima kehadiran mereka seadanya. Jika perlu kita bantu dengan kasih sayang. 

Banyak lagi terms n condition untuk mengenal siapa kita disisiNya. Jika mahu teruskan belajar. Tak kenal maka tak cinta. Teruskan pencarian untuk faham makna, cinta. Merasakan rindu , rindu, serindunya...Dia sedang memerhati jika benar cinta bersemi dilubuk hati. Cinta itu milik siapa.

Beramal bukan meletihkan bahkan menguatkan ruh. Tambahan bila sering qailulah, bangun malam jadi mudah. Apa yang penting, urusan fardhu jangan dilengahkan. InsyaAllah, mudah-mudahan doa diangkat jadi mustajab.Ternyata menakjubkan, kelainan dicipta setelah online dengan Allah menempa impak teristimewa.

Thank You Allah for the gifted hand.

Ayuh kita beristiqamah dalam beramal. Untuk pencerahan minda, rajin-rajin baca Quran. Hamba mengingatkan diri, saudara mara, sahabat handai. Tidak lupa anak-anak cucu tersayang. Ingatlah, ikat ilmu dengan tulisan supaya tidak lupa. Peninggalan ini buat anak-anak cucu meniti masa depan.  Berpesan-pesan selalu dalam kebenaran untuk menuju tangga-tangga kebaikan. Sementara hayat masih dikandung badan. Bila sudah bercerai nyawa dan badan, hanya budi baik yang tahan lama. 






Monday, November 4, 2013

Syukur, Alhamdulillah!!

Puji dan Syukur pada Ilahi atas anugerah yang tidak terhingga.Hamba panjatkan rasa syukur saban waktu. Segala ujian ditempuh dengan redha. Ujian susah, ujian sakit, dugaan menghadapi kerenah manusia. Dihina disisih sanak saudara seperti dalam lirik lagu kasih ibu.

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Kasihnya ayah, sanggupkah berpisah...

Hamba merasakan seolah-olah diri sedang diperhati. Allah sedang menguji hambaNya. Alhamdulillah diakhir pencarian makna kehidupan, kemanisan dikutip dipenghujung usia. Bersatu kembali sanak saudara bila sedang menjejaki puncak.

Bila kita yakin kita anak yang baik. Membuat sudah yang terbaik pada ibu bapa, taat pada suami., menjaga suami dan anak-anak dengan air tangan sendiri sambil bekerja mencari rezeki, pasti menjanjikan sesuatu yang berharga menanti dihadapan.



Sebelum ditinggalkan hari akhir bulan Zulhijjah antara 4 bulan suci dimuliakan Ilahi, syukur hamba atas nikmat dan rahmat Allah. Menjelang Maal hijrah nanti senja, terima kasih atas nama Cinta.