Tuesday, September 24, 2013

Melayu Tegar

Lama tak update laman sesawang tempat melegakan minda jangan lesu. Menulis biarlah dari hati jadi bila tiada menulis tandanya tiada hati. Bangkit semula dari lena yang panjang terasa ingin menitipkan sesuatu bila terkenangkan kisah  Tegar. Ada sesuatu dalam lagu Tegar buat hati ini ingin mengenal siapa Tegar itu sebenarnya dia. SubhanAllah setegar nama, Tegar bangkit jadi ternama. Atas ehsan masyarakat prihatin nama Tegar gah seantero dunia.


  


Iktibar pada perjalanan hidup tegar mengingatkan pada anak-anak cucu jangan biarkan bangsa sendiri merempat ditanah melayu. Bila hidup berkemampuan ada hak simiskin pada sikaya. Tanda kaya bukan menambah kereta mewah, membesarkan banglo yang sudah terbesar. Tanda kaya bila ada cinta. Tanda kaya bila bekerja dalam kerajaan bukan dengan perdana menteri kita mengikat janji. Kuasa ditangan anak-anak cucu mengeluarkan anak-anak seperti Tegar bukan setakat jadi penyanyi bahkan menjadi ilmuwan sejati sekurang-kurangnya menjadi genius seperti Rafizi dan P. Ramlee. Pusaka bangsa melayu.


Dikabarkan tanah air kita diami semakin dalam bahaya. Jenayah sana sini. Miskin tegar  menjadi-jadi. Malaysia dalam bahaya bukan kerana wujud ramai orang jahat tetapi adanya ramai orang melayu baik-baik tapi tidak berbuat apa-apa.