Tuesday, March 2, 2010

Matahati yang menyinari

Sungguh akal yang menyimpan jutaan sumber ilham. Ada satu lagi kelebihan yang ada pada manusia yang dikurniakan Allah bagi menguatkan akal fikiran.

Matahati.

Nabi bersabda;

' Mintalah fatwa dari hatimu, kebaikan itu adalah apa2 yang tenteram pada jiwa dan tenteram pula pada hati. Dosa itu adalah apa2 yang syak didalam jiwa dan ragu2 didalam hati'

Terangkan matahati selalu dengan zikrullah. Biarpun berada dalam kegelapan malam, karam ditengah lautan dalam, cahaya matahati terus menyinari malah semakin cantik dan berkilau.

Bila dihimpit kesusahan, terasa semakin tinggi ujian Allah maka semakin terangnya matahati menyuluh rahsia hikmah disebalik ujian hebat ini. Segalanya menambahkan keyakinan pada Allah dan bersyukur kerana berupaya menerima tekanan yang melanda jiwa dengan berlapang dada.

Ada banyak lagi kisah2 sedih yang mematangkan hidup kita. Segala pengalaman menjadikan kita lebih dewasa dari usia. Membuka makna yang matahati itu bersinar pada wajah2 yang redha, wajah2 yang ceria gembira dan menerima apa saja ketentuan Tuhan.

Kata kunci pada matahati.

Berzikir, Berfikir dan Berikhtiar tanpa rasa putus asa.

Betapa ajaibnya sentuhan Tuhan pada matahati agar terus menyinari.

Musibah diibaratkan hilangnya sebutir bintang. Bukankah ada lagi berjuta2 bintang yang masih berkilau.

Sambil merenung bintang dilangit, terbit rasa rindu pada dia yang berlagu;

' Ku petik bintang2....biarpun banyak halangan...'

Selasa yang indah bila segalanya terlerai sudah.

No comments:

Post a Comment